Jumaat, 21 Jun 2013

PANASS!! Tahniah Pak Lang Mi, Timbalan Speaker Dun Negeri Kedah! #HanyaDiKedah

Datuk Azmi Che Husain kanan sekali..

Tahniah.. Satu mandat dan pengiktirafan kepada YB Datuk Azmi Che Husain diatas perlantikan timbalan speaker DUN Kedah. Semoga tanggungjawab dan kepercayaan yang diamanahkan oleh oleh rakyat akan terus terbela.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Datuk Azmi Che Husain akan dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Kedah bagi membantu Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Md Rozai Safian yang akan dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri

Pemilihan kedua-dua tokoh tersebut merupakan satu gandingan mantap berdasarkan pengalaman yang mereka miliki semasa menjadi pembangkan pada sesi DUN yang lepas. Selain untuk memastikan perjalanan sidang DUN yang lancar mengikut peraturan dan undang-undang.

Mereka akan mengangkat sumpah ada 23 Jun ini, yang juga merupakan hari perasmian sidang Dun pertama selepas pilihan raya umum ke-13.

Hebat Datuk Azmi, atau nama mesranya Pak Lang Mi. Pak Lang Mi ni banyak memberi kerjasama pada blogger sewaktu kami dedahkan balak di Gunung Inas. Kalau Pak Lang Mi tak bantu sama, rasanya tak jalan juga pendedahan tu.



McTheory:
TMK Ucapkan tahniah pada Pak Lang Mi..

Tiada ulasan: