Sabtu, 15 Jun 2013

PANASS!! Virus Paling Bahaya Dalam Kedah Tersebar!! #HanyaDiKedah

Virus hijau...

Mc banyak mendapat komen yang meminta MB Kedah memberi perhatian pada GLC utama yang telah menjadi sarang puak Pas. Selama 5 tahun Pas memerintah Kedah. Depa dah susun puak Pas ni menyerap masuk ke dalam GLC untuk memegang banyak jawatan penting.

Sebenarnya selepas BN menawan semula Kedah. Puak Pas ni risau bahawa BN akan lakukan tindakan yang sama seperti Pas dulu, memecat atau menamatkan kontrak kerja orang yang dipercayai tegar UMNO/BN.

Walaupun mereka amat bimbang sekiranya Mukhriz akan mengulangi apa yang dilakukan oleh PAS dulu, namun kini selepas 50 hari BN menjadi Kerajaan negeri, tidak nampak Mukhriz akan lakukan perkara yang sama terhadap kakitangan GLC yang menyokong Pas.

Malah sudah ada suara di kalangan para penyokong PAS yang masih berada dalam GLC serta entiti-entiti penting Kerajaan Negeri Kedah, termasuklah Kulim Hi-Tech, mereka telah yakin tidak akan diketepikan sama sekali oleh Mukhriz, kerana menganggap Mukhriz tak kisah akan perkara tersebut.

Tapi mereka silap sebenarnya, Mukhriz bukan tak kisah, tapi tak sempat nak pandang lagi tentang perkara tu. Sebab orang UMNO/BN ni selalunya pulun cari duit untuk majukan negeri dulu, sebelum pedulikan perkara lain.

Kalau ikutkan, banyak kerja yang perlu diselesaikan dan diperbetulkan oleh Mukhriz Mahathir. Sudah tentulah perkara utama adalah menggantikan pentadbiran GLC yang telah dikuasai oleh virus Pas yang telah menyerap masuk jauh ke dalam. Perkara itu tak boleh biar, kerana sampai satu masa virus ini akan merebak dan merosakan GLC tersebut.

Bak kata orang, baik mencegah dari mengubati, betul tak?

Selain membersihkan GLC, Mukhriz juga perlu membetulkan semula pentadbiran PBT Kedah dengan bantuan KCS yang boleh dipercayai. Pegawai-pegawai daerah  yang ada sebelum ini terlalu lembab bekerja dan hanya menghangatkan kerusi empuk di pejabat masing-masing, perlu digerakkan untuk turun padang dan meninjau masalah rakyat di daerah yang mereka dipertanggungjawabkan.

Sebelum masalah yang ada, di lontar kepada Kerajaan negeri bulat-bulat, baik push orang yang sepatutnya bekerja, dari terus tidur. Ini dibawah tanggung jawab Exco yang memegang portfolio PBT, perlu memainkan peranan. Benda nampak macam kecil, tapi sebenarnya boleh memberi kesan yang amat besar.

Posting ini bukan untuk mengajar Kerajaan negeri membuat kerja, cuma pendapat seorang penulis blog kerdil yang mengumpul suara dari bawah. Jika rasa ianya berguna, sila ambil kisah, kalau rasa ianya menyemak, boleh abaikan saja posting ini.


McTheory:
Siapa kita untuk orang dengar dan ambil kisah, betul?

3 ulasan:

Awanama berkata...

jgn bosan jgn cepat mengalah..byk perkara org atas tak tau tapi org bawah lebih mengetahui..org bawah bergaul dgn semua org..org atas hanya org tertentu..sebab tu punahsihat najib byk kencing najib...

hanya jgn lupa..tempat utk Melayu..jgn buat kesilapan besar seperti najib lakukan...

Awanama berkata...

SEMOGA UMNO DAN PAS BERGADUH SAMPAI HARI KIAMAT

Awanama berkata...

SEMOGA UMNO DAN PAS TERUS BERMUSUHAN HINGGA HARI KIAMAT.