Pages

Rabu, 28 Ogos 2013

PANASS!! KP Jutawan? Minta @AzwanBro Tolong Jawab dakwaan Blogger ni!! @KhairyKJ


Dah lama Mc baca cerita MTK dedah pasal Azwan Bro si Ketua Pemuda UMNO Perak. Bila baca pehhh.. terkejut juga, berpuluh-puluh syarikat rupanya si Azwan Bro ni pegang, ada BOD, ada Chairman, ada CEO dan macam-macam lagi. Tu pun kalau benarlah dakwaan si Azwan ada syarikat sebanyak tu. Kalau betui.. memang kaya la si Azwan ni.

Tapi blogger si Azwan ni tak faham apa yang si MTK tu tanya.. tanya lain, jawab lain..

Mc faham apa maksud MTK, bukan dia tak suka ada korporat dalam UMNO, tapi tak suka budaya  'mengkontraktor' kan Pemuda UMNO, 'mengBISNESkan' Pemuda UMNO, mengKAYAkan diri, guna Pemuda UMNO. Sebab mereka yang cari makan dengan nama Pemuda UMNO ni selalunya kerja lingkup!

Bukan Mc nak kata Azwan jenis macam tu, takk.. itu cuma contoh Mc kepada semua.

Sebab Mc kenal ramai  Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang setahun sekali balik tengok kawasan, waktu lain mereka sibuk bisnes kat KL. Bila ada Ketua Pemuda macam tu, macam mana nak jaga Pemuda di kawasan?

Sudah la UMNO kini kekurangan sokong dari Pemuda, jika ada pulak Ketua Pemuda yang tidak bertanggung jawab dan langsung tak mengambil berat, rasanya apa akan jadi pada Pemuda UMNO pada 5 tahun akan datang?

Agak terlambat jika nak PRU baru pulun nak baik dengan pemuda di kampung-kampung. Patutnya gerakan tu bermula dari sekarang. Tengok Pemuda Pas, walaupun ketua mereka bukan dari golongan bangsawan dan hartawan, tetapi dari sokongan mereka tak kurang!

Pemuda Dap pula merisik ke merata tempat untuk menagih sokongan belia cina. Malah hampir semua pengundi baru kaum cina di sapu bersih untuk didaftarkan. Itu baru satu cara untuk menang! Pemuda UMNO pulak sibuk buat apa? Boleh Mc tahu?

Apa gerakan Pemuda UMNO untuk menang PRU ke 14? Macam mana nak tarik sokongan orang muda? Nak tabur duit? Bagi minyak motor naik konvoi ramai-ramai? Bagi bola? Bagi jersey? Macam tu?

Kalau diteruskan macam tu, Mc percaya PRU ke 14 UMNO/BN bakal jadi pembangkang!!

Itu alasan kenapa kami tak suka melihat Pemuda UMNO dikorporatkan, sebab nanti, dia akan lebih sibuk buat bisnes dari menjaga UMNO sendiri!

Jadi minta Mc minta Azwan Bro tolong jawab dakwaan si blogger MTK, Kalau tak benar, sila nafikan!!

Kami juga Pemuda UMNO, kami juga ada hak bertanya dan menentukan!


McTheory:
Tolak Pemuda kayakan poket sendiri!

1 ulasan:

  1. dia ni upahan KJ,pencacaiangkat najis ni.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!