Rabu, 18 September 2013

HOT! Akhirnya Pas Tolak Semua Ulamak Dalam Pas!!


Mc ingat lagi Nik Aziz pernah kata semua orang dalam Pas adalah Ulamak. Semasa kes Nik Aziz sindir Mat Sabu tentang jawatan Timbalan Presiden Pas. Selepas sindir, Nik Aziz cover kononnya media salah petik dan salah ulas tentang kenyataannya tu. Itu memang perkara biasa dalam Pas, kita tak hairan pun.

Bila jadi kontroversi, Nik Aziz nak selamat dan bagi kenyataan 'semua orang Ulamak dalam Pas' maknanya semua pimpinan dan ahli Pas adalah ulamak. wow! Hebat parti Pas ni, maknanya si Spenda Stopa dan Khalid Gereja tu juga ulamak? rosakk rosakk..

Kemudian Allah nak tunjuk bahawa Pas ni kelam kabut dan huru hara. Ketua Dewan Ulamak Pas, Harun Taib memberi pendapatnya semasa Multaqa Ulamak untuk kaji semula hubungan Pas dengan Pkr kerana bagi pendapatnya ianya merugikan Pas.

Maka Dewan Ulamak Pas pun bersetuju untuk mengkaji hubungan itu..

Namun selepas Harun Taib Ketua Dewan Ulamak Pas, baca elok-elok.. Ketua Dewan Ulamak tau.. maknanya Ketua Ulamak dalam Pas, mengeluarkan kenyataan tersebut. Beliau di sindir, dicaci, dimaki dan dihina oleh para pemimpin Pas sendiri.

Malah ada yang keluarkan kenyataan bahawa Ketua Ulamak Pas ni tak cerdik, dalam bahasa kasarnya BODOH, sebab keluar kenyataan tersebut.

Maknanya, pendapat Dewan Ulamak yang berhimpun tempohari ditolak mentah-mentah oleh para pemimpin Pas sendiri. Apakah ini yang Nik Aziz kata semua orang Ulamak dalam Pas? puii!

Kalau Pas boleh mengangguk apa saja kata Anwar Ibrahim, menjerit takbir apabila Kit Siang kutuk UMNO. Tapi Pas tak boleh terima nasihat yang baik dari Ketua Ulamak sendiri?

Tak payah la Mc ulas panjang, kalau pembaca cerdik, rasanya dah tahu apa sebenarnya tujuan Pas sekarang ni. Apakah Pas mahu menegakkan syiar Islam, atau meraih simpati politik untuk berkuasa?


McTheory:
Mulut sebut Islam, tapi hati Allah saja yang tahu..

5 ulasan:

Awanama berkata...

Nampaknya, pemimpin2 melayu(tak kira parti) semua sibuk nak jaga hati cina dan kafir.
Takde siapa yang nak jaga Melayu. Habis lah Melayu ni.

Semua negeri (BN & Pakatan) declare buat project nak tolong Melayu, tapi semua pemimpin Melayu sapu dulu.

Melayu semua sibuk nak jadi pak arab, jadi liberal, jadi bapok & pengkit, nak jadi kaki auta, kaki penipu, kaki botol & seks dan macam2. Duit sedekah pun kena sapu jugak...

Melayu memang dah nak sampai ke akhir zamannya. Bersedialah melayu2untuk jadi macam bangla, indon dan myanmmar kat bumi melayu nanti. Semua malas, pemimpin pentingkan diri sendiri dan anaknya.

Saya ucapkan syabas kepada pemimpin2 Melayu atas usaha untuk melenyapkan melayu.

Good luck melayu...

Awanama berkata...

Saudara Blogger

Mohon anda siarkan posting ini yang sebelumnya telah saya kirim ke Blog Ridhuan Tee sebagai respon kepada artikel beliau bertajuk Mengubat Hati Melayu. Saya mahu supaya semua melayu yang terlalu ghairah dengan Tahalus Siasi PAS-DAP nampak kesan buruk yang menanti kita (melayu/islam) jika PAS masih mahu berTahalus Siasi dengan DAP. Berbanyak terima kasih dari saya jika anda sudi menyiarkan.

TAHALUS SIASI atau TAHALUS SIAO-SI. Which is which ? (Yang mana satu ?)

(Melayu tidak bersatu hati. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Melayu tidak mahu dengar nasihat sesama Melayu. Melayu memandang rendah sesama Melayu. Inilah hati Melayu) .. seperti yang ditulis oleh Ridhuan Tee

Benar dan benar dan memang benaaarrrrrrrrr ........

Ini lah dia puncanya melayu semakin lama semakin lemah dalam penguasaan politik di negara ini.

Saudara Ridhuan, izinkan saya menambah sikit lagi kepada kenyataan anda itu ...

" Melayu adalah satu kelombok masyarakat yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Melayu juga adalah pelakon yang paling hebat di pentas sandiwara di negara ini "

Saya ada fakta, ini bukan tuduhan liar. Hanya melayu yang " membuta babi " sahaja yang tidak mahu menerima hakikat. Ini dia faktanya :

MELAYU BERSATU HATI, BERSATU MATLAMAT, BERSATU PERBUATAN DALAM SOLAT TAK KIRA SAMA ADA SOLAT NAFSI (SENDIRI-SENDIRI) ATAU SOLAT JAMAAH KERANA AGAMA MEREKA HANYA MENERIMA DAN MENGIKTIRAF SOLAT YANG SEBEGITU RUPA SAHAJA. LALU MEREKA MENIPU TUHAN MEREKA (ALLAH) SEOLAH-OLAH MEREKA BERSATU SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH TUHAN MEREKA. SETELAH SELESAI SOLAT MAKA MEREKA KEMBALI BERCAKARAN HANYA KERANA MEREBUT KUASA DAN BAHAGIAN, WALHAL MEREKA SEPATUTNYA DUDUK BERBINCANG SESAMA JAMAAH UNTUK MEMBAHAGIKAN KUASA DAN BAHAGIAN SAMA RATA SAMA ADIL DI KALANGAN MEREKA ATAS NAMA SEMANGAT PERMUAFAKATAN ISLAM.

Saya tidak takut mahu mengatakan ADA MELAYU YANG SANGAT SADIS KEPADA TUHAN MEREKA SEHINGGA TERGAMAK BERPAKAT DENGAN MUSUH ISLAM UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI SEDANGKAN SAUDARA SEISLAM ADA DI SEKELILING MEREKA.

Saya ingin mengingatkan kepada kelompok melayu tersebut HANYA MUSUH ISLAM YANG GILA (SAKIT MENTAL) SAHAJA YANG AKAN DENGAN IKHLAS MEMBANTU ANDA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM.

Saya ingin bertanya kepada kelompok melayu tersebut ANDAI KATA MEREKA (MUSUH ISLAM) MINTA ANDA MEMBANTU MEREKA BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN AGAMA MEREKA ADAKAH ANDA SANGGUP ATAS NAMA TAHALUS SIASI.

Saya ingin memperbetulkan persepsi anda ANDAI KATA ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK MEMBANTU MUSUH ISLAM DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA MEREKA, SEDANGKAN ANDA DI BANTU OLEH MEREKA (MUSUH ISLAM) DALAM PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM .. Jangan anda sebut permuafakatan anda dengan mereka sebagai TAHALUS SIASI .. paling tepat sebut saja sebagai TAHALUS SIAO-SI (KERJASAMA GILA-MATI).

Apa itu TAHALUS SIAO-SI : Satu pakatan diantara dua pihak yang secara terang dan nyata bermusuhan sejak berzaman, dengan matlamat untuk mengalahkan satu lagi pihak yang menjadi musuh bersama mereka, dan setelah berjaya mengalahkan musuh bersama, mereka akan kembali bermusuhan seperti keadaan sebelum terbentuknya TAHALUS SIAO-SI diantara mereka.

Saya katakan pakatan PAS-DAP sebenarnya jatuh dalam kategori TAHALUS SIAO-SI. Maksud saya, setelah Umno berjaya dijatuhkan maka PAS dan DAP akan kembali bermusuhan seperti sebelumnya, malah saya jangka akan lebih dahsyat lagi. Dan akhirnya keamanan dan kesejahteraan negara akan menjadi GILA dan akan ada rakyat yang MATI (Terkorban).

Wahai umat islam khasnya yang menyokong PAS, ingat lah BAHAWA PARA PEMIMPIN PARTI KAMU SEDANGKAN MENGADAKAN SATU BENTUK PAKATAN GILA DENGAN DAP (MUSUH ISLAM) YANG AKHIRNYA BOLEH MENYEBABKAN ISLAM MATI DI BUMI MALAYSIA INI.

Sedar lah kalian sebelum terlambat. Hayati dan fahami kebimbangan yang diluahkan oleh seorang lelaki bangsa Cina yang dahulunya bernama Tee Chuan Seng tetapi kini beliau merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bangsa Melayu kerana beliau seagama dengan kita.

Ana Muslimah

Awanama berkata...

Mari belajar bahasa cina.

" Siao " bahasa cina bersamaan " Gila " dalam bahasa melayu

" Si " bahasa cina bersamaan " Mati " dalam bahasa melayu

" Sia " (Xia) bahasa cina bersamaan " Bawah " dalam bahasa melayu

Ada pun kerjasama PAS dengan DAP dalam bahasa islam disebut " Tahalus Siasi " yang bila disebut ikut bahasa cina membawa maksud " Kerjasama Bawah Mati ". Realitinya dalam PR, PAS berada pada kedudukan terkeBAWAH dan seolah2 orang hampir nak MATI (tak boleh nak bersuara)

Ana Muslimah

nonbal berkata...

Hebat catatan ana muslimah.... Anggaplah catatan ini sebagai salah satu ungkapan keramat sebelum melayu lingkup dibumi malaysia angkara pas bertahalus sia si dgn dap. Selepas melingkup, maka nik azis, hj hadi dan lain2 pemimpin pas yang sangat sayang kpd dap perlu membuat kajian didalam alam barzakh tentang pakatan yang mereka cintai melebihi ukhwah islam ini sehingga membawa kpd kemusnahan islam di malaysia.
Saya kini mengganggap nik azis dan lain2 pemimpin pas telah dirasuk oleh satu kuasa atau kefahaman yang sangat dahsyat sehingga mereka begitu jahat terhadap umno.... Hanya kerana satu alasan... Umno rasuah. Adakah ini lebih utama dari dakwah?

Awanama berkata...

PAS parti ajaran sesat lagi manyesatkan...
minta di jauhkan dari kaum ini...
akan dibinasakan spt kaum firaun...