Isnin, 2 September 2013

HOT! Harga Minyak RON 95 Naik!! Patut ke? Relevan ke? @NajibRazak @PMOMalaysia

Harga minyak naik 20sen, patut ke tak patut naik? Ada orang kata, alaa.. 20 sen saja pun, 20 sen tak memberikan kesan yang besar. Itu kata-kata orang yang tak fikir kenaikan minyak dari segi ekonomi.

Mc tak risau minyak naik 20sen. Apa ada pada 20 sen? Mc pakai kereta tangki minyak kecik, tangki 3 liter dah penuh, baru beza 60sen dari dulu.

Tapi.. bukan itu yang Mc takutkan..

Bila harga minyak naik, harga barang lain akan naik!

Ianya akan jadi alasan pada taukeh sayur, taukeh ikan, taukeh ayam, peniaga nasi lemak, peniaga roti canai, kedai makan, kedai ais kacang, kedai runcit, kedai mamak dan lain-lain barang keperluan akan naik! Barang kehendak jangan cakap la.. lagi la mencanak-canak naik!

Sebab semua barang perlukan pengangkutan, kita nak marah pun tak boleh, sebab kos pengangkutan akan naik. Bila kos pengangkutan naik, sudah tentu harga barang akan naik. Cuma ditakutkan, ada peniaga yang akan naikkan harga barang hingga tak masuk akal.

Pada yang banyak duit dan mempunyai pendapatan yang tinggi ianya tak terasa sangat. Tapi pada individu yang mempunyai pendapatan RM1000 kebawah.. sudah tentu kenaikan ini akan sangat membebankan!

Patutnya Kerajaan Malaysia kaji betul-betul sebelum naikan harga minyak, sebab yang dok undi BN ni pun rakyat yang berpendapatan rendah. Kerajaan cakap senang, minyak naik, BR1M juga akan naik. Tapi kita taktau, harga barang lain lagi yang akan naik disebabkan peningkatan kos minyak!

Kita jangan terkejut jika minggu depan harga roti canai dari RM1 naik ke RM1.50sen. Nasi lemak dari Rm2 naik ke RM2.50sen. Sebab apa? Alasannya minyak naik harga!

Nak marah tak boleh, sebab memang betul minyak naik harga. Nak minta kerajaan pantau? Kementerian? Jangan harap laa..

Akhir kata, sebagai rakyat Malaysia yang mengundi BN, terasa amat sedih dan kecewa dengan tindakan dari Kerajaan Malaysia.

Betul la kata cacai Pakatan, BN menang saja, harga minyak naik! Tepat dan memang kena batang hidung sendiri!


McTheory:
Rakyat susah patut difikirkan.. jangan buat kerja senang saja..

13 ulasan:

hangkedee berkata...

Ah jib gor, punahsihat & pemandu...thank KAYU

Awanama berkata...

Orang yang tak dapat BR1M macam saya ini akan jadi lagi merana.

Awanama berkata...

orang ramai risau pasal harga barang naik betul tak..? tp takkan barang kawalan pun naik harga..?

subsidi tukar BRIM..?emmm rasanye kaedah terbaik nak selamatkan ekonomi

subsidi belanja berbilion2 sedangkan BRIM mungkin beberapa juta sahaja..

cth: 1 bilion subsidi minyak
1 juta BRIM ..

Awanama berkata...

kita harap subsidi untuk kenderaan perdagangan seperti lori dan pengangkutan awan dikekalkan agar tidak mempengaruhi harga barang

Awanama berkata...

Korang tak tahu ke yang PEMANDU tu dari orang petronas.

Dia nak tunjuk Petronas dapat naik keuntungannya... jadi dia tak mahu share keuntungan Petronas dengan naikkan harga minyak.

Najib ni sebenarnya orang suruhan PEMANDU...tukang anounce aje. Dengan kata lain Najib ni seperti lembu cucuk hidung... pengembalanya nya adalah PEMANDU....

Enough is enough !!!
Najib MUST to step down seperti Pak Lah step down !!!

Awanama berkata...

Najib patut letak jawatan sbb prestasi yg lbh buruk dr pak lah...dia x belajar punca kejatuhan pak lah....aku nak cakap najib bodoh jaa naikkan harga minyak, punca segala kenaikkan harga

Awanama berkata...

PM xintelligent!

Awanama berkata...

Kenapa harga RON97 tak naik sekali ?

Adakah ini visi baru Kerajaan ... org kaya diutamakan dan rakyat miskin dianak-tirikan.

Awanama berkata...

Kenyataan bodoh menteri "harap peniaga tak naikan harga barangan"...memang bodoh nak mampus. Ayat bodoh lagi "Kenaikan tidak Membebankan rakyat"...Menteri tu bangang dan memang bodoh. lagi ayat " hanya orang berkereta besar saja yang terasa"...bodoh betul. Lagi bodoh "Kesoan kat pak long...mak long...pak ngah dikampung"...Mereka tak fikir adik...kakak di bandar lagi terjejas. orang kampung dah ramai yang kaya-kaya .... orang bandar yg lagi miskin.

Awanama berkata...

BRIM sekali setahun. Pakai seminggu habis. Minyak dgn barangan lain, pakai 365 hari setahun. Dan x pernah habis dan harus dibeli. Memang x releven sungguh.

Awanama berkata...

Ramai orang konfius pasal subsidi..sama jugak seperti pemberian bonus. Disangka wajib diberi walhal ia diagihkan setelah dinilai dari segi performance . Macam juga subsidi...ia adalah sesuatu yang dinamik dan ridak semestinya dikekalkan lebih2 lagi pengurangannya dilihat dari sudut yang positif.....cabaran terbesar sebenarnya kepada kerajaan untuk meyediakan mekanisme mengekang kenaikan harga barang dengan melampau manakala cabaran peniaga adalah mewujudkan option atau suasana harga kompetitif untuk barangan supaya meringankan beban pengguna. Dan ini sebenarnya peranan yang patut dimainkan oleh kerajaan dan juga rakyat.

Awanama berkata...

Najib tak relevan, menyusahkan rakyat.

Awanama berkata...

20 sen mmng x dk prob.. tapi krana 20 sen suma barang akan naek.. minyak, kos penghantaran... inikah hadiah kemerdekaan bn utk rakyat???...
jgn risau 2nggu lak goverment service tax (GST). saya ucapkan tahniah kpada pegundi BN.