Rabu, 11 September 2013

HOT! Hati-Hati Ada Hantu Raya Dalam Bangunan KUIN!! #KedahAmanMakmur


Semalam Mc dihubungi sahabat dalam KUIN. Katanya KUIN sekarang dah aman damai. Buat kerja pun tak payah nak fikir gaji bila nak masuk. Sebab hujung bulan saja, gaji dah tentu masuk. Baru rasa yakin dalam diri.

Cuma, sekarang ni, ada dua tiga ekor hantu raya yang masih berdendam dengan Kerajaan negeri sekarang sedang membuat 'onar' dalam KUIN. Membalas dendam cara lembut dan makan dalam. Mereka ini masih memegang jawatan tertinggi dan berhak untuk mengubah staff ke sana dan kesini.

Bila ditanya kenapa ubah staff sana-sini. Mereka hanya menjawab, itu arahan kerajaan negeri. Bila mereka buat salah atau lakukan sesuatu yang staff KUIN tak suka. Mereka hanya menjawab 'arahan dari kerajaan negeri'.

Hinggakan pada satu ketika, mereka membuat kesimpulan dihadapan staff, Kerajaan negeri 'dulu' lagi bagus dari kerajaan negeri sekarang. Sebenarnya itulah perancangan mereka untuk menyakitkan hati staff, sambil menyalahkan kerajaan negeri sekarang.

Cuba bayangkan jika doktrin ini dicucuk dari sekarang hinggalah 4 tahun akan datang. Rasanya dari sakit, boleh jadi kanser, disebabkan orang macam nilah nama kerajaan negeri akan busuk, seterusnya mewujudkan dendam kepada kerajaan negeri.

Mc harap Kerajaan negeri Kedah berhati-hati dengan keadaan ini. Mereka ni teruk, mereka ni dahsyat, jika perlu, Mc akan dedahkan siapa dan muka mereka satu per satu.


McTheory:
Orang bagi kerja, tak terima kasih, lagi nak tikam belakang..

1 ulasan:

Awanama berkata...

Dedah saja tunggu apa lagi,nak bagi nasi jadi buboq baru nak kalot,dah terlambat masa tu...ingat bro