Khamis, 12 September 2013

HOT! Husam Lagi Popular Dari Mat Sabu Untuk Timbalan Presiden Pas? #MuktamarPas


PAS kawasan Segamat, Johor memilih Datuk Husam Musa untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden untuk Muktamar parti itu yang ke-59 November ini.

Pemilihan Husam dibuat oleh perwakilan muktamar yang bersidang 25 Ogos lalu, iaitu kawasan PAS yang pertama membuat mesyuarat agung.

Semalam, PAS kawasan Besut, Terengganu memilih Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai calon timbalan presiden mereka.

Pemilihan Nik Amar dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu selepas diberikan mandat oleh Mesyuarat Agung PAS kawasan sebelum ini.

"Pemilihan kedua-dua tokoh ini membayangkan sikap dua kumpulan penting dalam PAS untuk jawatan timbalan presiden kali ini.

"Apa yang jelas ulama mahukan Nik Amar manakala akar umbi mahukan Husam," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiarkan.

Beliau membuat andaian ini berdasarkan siapa di belakang jawatankuasa PAS kawasan Besut yang memilih Nik Amar sebagai calon mereka. Antaranya Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh dan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Datuk Husein Awang di samping Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Bagi kawasan Segamat pula, ia membayangkan kehendak akar umbi PAS kawasan itu kerana pemilihan Husam dibuat oleh semua perwakilan mesyuarat agung kawasan itu.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub merasmikan mesyuarat agung itu.

Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod, berkata beliau menyerahkan pemilihan itu dibuat oleh semua perwakilan untuk mengelakkan sebarang masalah jika jawatankuasa beliau membuat pilihan.

"Bayangkan mesyuarat agung kawasan kami terpaksa habis jam 12 tengah malam selepas bermula jam 9 pagi bagi membolehkan perwakilan diberikan hak sepenuhnya membuat semua pilihan," kata Firdaus kepada The Malaysian Insider.

Penyandang jawatan timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu sudah mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan itu dalam muktamar ini.

Nama Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga disebut-sebut bakal mendapat pencalonan untuk jawatan ini tetapi belum dibuat secara rasmi oleh mana-mana kawasan.

Sementara itu, sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai Presiden PAS termasuk kawasan Besut dan Segamat.

PAS akan mengadakan muktamarnya pada 22 - 24 November ini di Shah Alam, Selangor dengan pemilihan untuk semua jawatan dibuat.


Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

1 ulasan:

Awanama berkata...

DOA IKHLAS

Kenapa lah Nik Aziz, Hadi Awang dan barisan kepimpinan ulamak dalam Pas bengap dan bodoh sangat. Saya nak bagi tahu para ulamak dalam Pas bahawa :

" Ada pun tujuan pihak Kristian nak menggunakan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu adalah berniat untuk mendekatkan orang melayu (generasi selepas saya dan para ulamak Pas) kepada agama Kristian "

Memang layak sangat kalau kita memanggil Nik Aziz, Hadi Awang dan para ulamak Pas yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu dengan gelaran :

Nik Aziz Laknatullah
Hadi Awang Laknatullah
Nasrudin Hassan Laknatullah
.... dan yang lain2 nya.

Doa dari ku :

" YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM SELAMATKAN ANAK BANGSA KU DARIPADA MENJADI KRISTIAN. YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM BERIKAN KEMENANGAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA DALAM PERBICARAAN MENGHALANG PENGUNAAN NAMA SUCI MU DALAM MAJALLAH HERALD DAN BIBLE BERBAHASA MELAYU. AMIN .... "

Ana Muslimah