Isnin, 30 September 2013

HOT! Jamawi Jaafar Rebah di Kuala Terengganu? #JJ4NKP


Semalam Mc mendapat berita Jamawi Jaafar calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah rebah ketika berada di Kuala Terengganu. Kenapa dia rebah? Di pukul ke? Atau rebah sebab sepak kayu?

Rilek.. cerita yang betui kat bawah ni,

Sebenarnya Jamawi memang penat. Dari wife dia bersalinkan anak kembar yg pre-mature sebelum puasa haritu, dia tunggu 20 jam sehari kat hospital selama hampir sebulan, sampai anak dia discharge. Lepas pada tu, dia sambung terus kerja sambil berkempen seluruh Malaysia. Mana tak rebah betul tak?

Mc diberitahu Jamawi direhatkan sebentar di Hospital Kuala Terengganu. Maybe Jamawi kekurangan air dalam badan kerana tak cukup rehat.

Kalau robot pun boleh habis batery, inikan pula manusia, cuma Jamawi kena jaga diri elok-elok, badan nak pakai lama. Kalau ikut hati memang nak berjalan satu Malaysia, tapi kesihatan tu pun penting. Perjuangan tu perjuanganlah.. tapi kalau sampai sakit, nak berjuang apa lagi bro?

Mc pun belum tentu boleh buat macam Jamawi ni, semangat pemimpin muda.

Semoga cepat sembuh bro..

Tiada ulasan: