Khamis, 12 September 2013

HOT! Kenapa Pemuda Pas Sokong Muhyiddin Yassin?


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memuji tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan pandangan Malaysia berhubung krisis di Syria kepada rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK) Nick Clegg di London semalam.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Muhyiddin dengan tegas dan berani menyuarakan pandangan luar Malaysia agar isu yang hangat berlaku di negara tersebut dipulihkan kembali dan memastikan keamanan ditegakkan di sana.

“DPPM merakamkan ucapan tahniah di atas ketegasan dan langkah berani yang diambil Timbalan Perdana Menteri dalam memastikan keamanan dikembalikan di Syria.

“Malah ketegasan itu dinyatakan sendiri di hadapan Nick Clegg semasa mengadakan pertemuan di sana dan bagi kami ia sebagai satu perkembangan baik untuk Timur Tengah,” katanya melalui satu kenyataan itu.

Justeru, Raja Ahmad berkata, pemuda PAS menyokong tindakan Muhyiddin yang disifatkan amat penting untuk mengembalikan keamanan di Syria yang sedang bergolak.

Media semalam Malaysia berpandangan pihak berkenaan perlu mengambil kira cadangan Rusia agar Syria menyerahkan senjata kimia kepada kawalan satu badan antarabangsa sebelum melancarkan campur tangan ketenteraan di negara itu.

Muhyiddin dipetik berkata, pandangan itu kerana Malaysia bimbang operasi ketenteraan ke atas Syria akan membawa bencana lebih besar dan pandangan itu dikemukakan dalam pertemuan dengan Nick Clegg.

Pertemuan dengan Clegg merupakan antara atur cara hari ketiga lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke UK yang bermula Ahad lalu.


Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Tiada ulasan: