Rabu, 25 September 2013

PANASS!! UMNO Perlu Lebih Agamawan - @MukhrizMahathir


SHAH ALAM - Berbekalkan faktor usia paling muda di antara mereka yang ingin bertanding dan mempertahankan jawatan naib presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat ada kelebihan.
Ditambah pula dengan objektif beliau menawarkan diri untuk membawa perubahan dan mahu memberikan nafas baru dalam Umno yang semakin matang dengan usianya lebih 60 tahun.

Namun menurut pemimpin berusia 49 tahun ini, hasrat untuk meremajakan Umno ini bukan boleh dibuat secara semberono dengan menarik seramai mungkin golongan muda untuk menyertai parti itu, tetapi harus diikuti dengan kualiti.

"... akhirnya orang akan lihat parti ini dan siapa yang menganggotai parti ini.
"Anak muda kita sekarang ini macam-macam. Ada yang liberal, ada yang konservatif. Macam-macam...

"Saya terbayangkan apa jenis orang muda yang kita ingin tarik ini?," katanya dalam program Bicara Bersama Pemimpin, "Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia", di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Mukhriz yang memutuskan untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan Umno bulan hadapan sebelum ini menegaskan, beliau masuk gelanggang dengan misi peribadi untuk memulihkan imej parti daripada perang persepsi yang dibawa oleh pembangkang.

Malah katanya, tawarannya itu juga sebagai menyahut seruan untuk membawa pembaharuan dalam Umno.

Mengulas lanjut soal memantapkan Umno itu sendiri dengan mencari pelapis parti masa hadapan, pemimpin muda ini begitu menekankan soal keupayaan parti itu sendiri untuk membawa impak baik kepada generasi muda negara.

"Saya ingat menjadi peranan kita dalam parti parti politik, kita bertanggungjawab ke atas pemikiran orang-orang muda ini. Sudah tentu kita hendak tarik orang yang sehati sejiwa dengan perjuangan kita.

"Tetapi kalau pun ada orang yang fikirannya langsung bertentangan, menjadi tanggungjawab kita untuk doktrin mereka. Dalam parti politik mesti ada indoktrinasi," katanya

5 ulasan:

Apai Ngelai berkata...

salam,

mohon jasa baik tuan sertakan http://sarawakia.blogspot.com ke dalam bloglist tuan.

Terima kasih

Muslim berkata...

Agama, bila tak dpt dilaksanakan semua, jgn ditinggalkan semua !
Dgn lemahnya iman, kurangnya ilmu, harus terus berusaha meningkatkannya dan menambahnya, sambil memperbaiki akhlak agar hari ini lebih baik dr semalam dan esok lebih baik dr hari ini. Ilmuan agama harus terus memberi nasihat, menunjuk cara dan contoh dgn berakhlak yg mulia sesuai dgn tingkatan ilmunya.

Blues berkata...

Tolong doktrinkan si KJ tu

Tanpa Nama berkata...

Dua sendiri ketepikan orang agama apabila menolak pandangan dan nasihat mufti apabila tidak melantik rektor kuin dari bidang pengajian islam

Tanpa Nama berkata...

MB ckp tak srupa bikin. Insaniah KUIN sbg cth. Lantik Rektor ltr blkg bkn peng Islam...khbarnya gaji RM40k. GILA. Jgn jual IPT agama!!