Jumaat, 4 April 2014

INFO!! Kursus Kahwin Percuma Pada Golongan Belia! #HanyaDiKedah #JanjiDitepati


ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan kursus pra perkahwinan secara percuma kepada golongan muda dan belia di negeri ini yang ingin mendirikan rumah tangga bermula Disember 2013.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, kursus pra perkahwinan secara percuma itu dijalankan secara berkala di semua daerah di negeri ini.





“Untuk kursus ini, kita akan memberikan tumpuan kepada golongan muda dan belia dalam membina rumah tangga yang aman dan bahagia.

“Kita juga ingin melahirkan golongan belia yang seimbang dari segi rohani, jasmani serta mempunyai intelek yang tinggi,” katanya pada majlis penyampaian Sijil Pra Perkahwinan Islam Percuma 2014 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, kursus itu melibatkan modul-modul khusus kepada kekeluargaan dan nilai-nilai hidup dalam bekeluarga.

“Kita berharap setiap golongan muda dan belia yang menyertai kursus berkenaan dapat memahami pendidikan keagamaan yang disampaikan oleh tenaga pengajar dalam kursus itu,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan, YB. Aminuddin Omar; Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga serta Pembangunan Insan, YB. Badrol Hisham Hashim.

Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Ismi Anuar Haji Abdul Halim; Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Dato’ Hajjah Nafisah Haji Abdullah; pegawai-pegawai kerajaan dan ketua-ketua jabatan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini lah yang rakyat nak selama ni...
Rakyat semua nak kursus pra perkahwinan percuma.

Lepas ni hidup akan lebih senang syabas bijak sangat.
Hampir setiap,hari kita dengar rakyat mengeluh pasal,kursus perkahwinan ni.

Rakyat hidup susah tapi kerana keperihatinan kerajaan umno Kedah hidup rakyat Kedah makin senang makin mewah pasal adanya kursus percuma ni.

Kepimpinan yang tak ada strategi langsung
......