Khamis, 22 Mei 2014

HOT!! Taktikal Cywar Dap, Perangkap Jentera BN? #PrkTelukIntan #MohPilihMah



Dari gambar bikini, sampailah gambar anjing dan video lucah - Red Bean Army meneruskan permainan politik kotor mereka. Jangan terpedaya dengan permainan jahat sebegini.





Apa kata Shen Yee Aun, bekas ahli DAP?

Diramalkan keluarga Dinasti Lim bersama strategis dan RBA akan merangka satu strategi untuk mempromosikan Dyana Sofya untuk meningkatkan kebarangkaliannya menjadi calon kerana beliau dianggap produk Dinasti Lim.

Keadaan ini akan mengurangkan kebarangkalian calon-calon berpotensi dan anak jati Perak yang datangnya daripada musuh lama, keluarga Ngeh dan Nga.

Mereka merancang untuk mencari gambar Dyana Sofya yang mirip dengan seorang selebriti Filipina iaitu Pauleen Luna dan menyebarkan kepada penyokong BN melalui jentera RBA.

Akhirnya, penyokong BN yang kekurangan strategi dalam media sosial terperangkap dengan menggerakkan ahli-ahli mereka menyebarkan gambar palsu Dyana Sofya.

Pada ketika itu , Malaysiakini dan laman page RBA dengan cepat mengatakan wanita yang disebarkan bukan Dyana Sofya tetapi Pauleen Luna. Sekiranya tidak dirancang maka persoalannya mana mungkin gambar asal tersebut boleh dicari dengan begitu cepat?

Kini semua media, blogger, RBA dan termasuk akhbar The Star melaporkan dengan meluas bagaimana jahatnya BN mengaibkan Dyana Sofya. Teknik ini adalah serampang dua mata iaitu pertama membuat fitnah sehingga menjejaskan kredibiliti BN, mengakibatkan masyarakat memberi undi dan simpati kepada Dyana Sofya.

sumber Pecah Palak Mikir

1 ulasan:

Awanama berkata...

Perghhh cayalah jentera beend dengan segala kekebalan kekayaan kehebatannya terperangkap dengan jentera pakatn yng miskin ceramah pun kena minta sumbangan.

Atau sengaja lakonan memerangkap diri macam mamak kat penang tu. Kah..kah..kah.

Itulah kalau berkawan dengan mamak bee end. Lihat mamak Pakatan .... steady je tak de lakonan pun.