Khamis, 26 Jun 2014

INFO!! Cendawan Bakal Jadi Eksport Penting Negara! @IsmailSabri60 #Dsis


Cendawan satu nama yg tak asing bagi kita, tapi tak ramai yg tahu bahawa cendawan juga merupakan industri tanaman yang boleh menghasilkan sumber kewangan yang sangat baik. Malah cendawan juga telah dipatenkan dalam tin juga kering untuk industri makanan.

Perbelanjaan membuka sebuah bangsal cendawan juga tidak memerlukan modal yang tinggi malah tanaman ini mudah ditanam dan dikutip mengikut kuatiti yang kita kehendaki.

Oleh itu MOA dibawah Menterinya Dato Sri Ismail Sabri mahu petani tempatan menceburi bidang ini secara serius dan pengeluaran cendawan dalam negara boleh ditambah dan menjadi sumber pertanian import dalam meningkatkan hasil import negara dalam bidang pertanian.

Kalau anda minat dengan pertanian dan mahu mencuba, cendawan merupakan tanaman yang sesuai. Amanah Ikhtiar juga sedang hebat membuat kursus untuk membantu orang kampung memahami tanaman dan seterusnya meningkatkan ekonomi kendiri.

#Dsis

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasal, petani disuruh buat pertanian yg orang lain dah lama maju.

Bila dah ada pengeluaran, harga jatuh sebab terlebih dlm pasaran. Kualiti plak rendah sebab teori je lebih...