Sabtu, 16 Mei 2015

Hasil Usaha Gigih #MCA Undi Kaum Cina Meningkat!

Antara situasi menarik semasa kempen MCA di Permatang Pauh

Benarkah majoriti undi kaum cina meningkat? Mari kita lihat carta dibawah,


Jika kita perhatikan pada carta diatas, memang ada peningkatan di dua PDM yang majoritinya kaum cina. PDM Kampung Cross Street2 dan Sungai Lembu.

Tidak dinafikan sememangnya ada peningkatan, walaupun sedikit, namun ianya perkembangan yang sangat bagus, bagi menguatkan semangat jentera BN untuk meneruskan usaha menarik kembali hati kaum cina kepada BN.

Perkara ini juga telah diulas oleh Datin Paduka Chew Mei Fun,

Menurut Naib Presiden MCA itu, para pengundi Cina dilihat sudah bosan dengan perselisihan tanpa kesudahan yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu isu hudud yang berlegar-legar tanpa kata putus daripada Pas, juga menjadi salah satu faktor. Kerana ramai pengundi Cina, tidak faham dengan jelas agenda hudud yang diperjuangkan Pas ketika ini.

Begitu juga sejak mula penubuhan gabungan Pakatan Rakyat ini lagi, mereka bukanlah satu parti yang mantap. Masing-masing memperjuangkan agenda peribadi, yang ternyata tidak bersefahaman.

Mereka bergabung hanya kerana perasaan dendam dan mahu mengalahkan Barisan Nasional. Langsung tidak terfikir untuk membela nasib rakyat, sebagaimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional sejak turun temurun.

Menurut beliau lagi, antara punca kenaikan undi kaum cina kali ini ialah statistik keluar undi yang agak rendah telah membawa kepada keadaan yang tidak diduga.

Misalnya, dalam 99% majoriti kaum Cina mengundi di Sungai Lembu, terdapat aliran masuk 14% undi Cina. Aliran masuk undi juga dicatatkan di kawasan bercampur dengan 900-1400 pengundi Cina.

Permainan politik pembangkang yang menyematkan kebencian ternyata semakin terhapus dan memakan diri. Rakyat semakin nampak permainan mereka dan rakyat mahukan perubahan dan penambahbaikan. Bukan hanya pandai bercakap, tetapi ia melibatkan semua segi.

Jelas bahawa, kaum cina tidak menolak BN dan masih lagi menaruh harapan untuk bersama parti Kerajaan ini untuk terus membina negara Malaysia.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak payah dok ulaslah jika peningkatan hanya 100 undi. Buang masa sahaja. Bodoh biar bertempat.
Cakap hanya sedap mulut. Memang kaum cina tidak menyokong BN. Itulah kakikat sebenarnya.
Kawasan majoriti melayu, undi BN banyak tetapi bila dicampur undi cina. BN kalah walaupun dengan 100 undi.

Tanpa Nama berkata...

Terlalu sikit takkan nak bangga,kaum ni dah dapat banyak habuan tapi tak tahu berterima kasih.