Ahad, 3 Mei 2015

#PRKRompin Antara Berlian dan Batu Suasa..


Isu yang mula melanda ketika pemilihan calon BN untuk Pilihanraya Kecil Rompin ialah faktor umur. Apakah faktor umur menjadi begitu penting hingga melupakan kelebihan yang lain. Kelebihan yang tidak mungkin ada pada orang lain.

Pertandingan di PRK Rompin kali ini umpama perlawanan antara 'otai' dengan 'freshie' kerana jarak usia 22 tahun antara kedua-dua calon. Malah Hasan baru sahaja menyambut harijadinya yang ke-62 pada 28 April lalu, manakala Nazri masih lagi berusia 40 tahun.

Sebaik Barisan Nasional (BN) mengumumkan Hasan sebagai calonnya PRK Rompin, terdengar sosak-sosek di kalangan pemimpin pembangkang mempertikaikan faktor umur Hasan. Hakikat sebenarnya, mereka cuba melindungi kebimbangan yang melanda di hati kerana pembangkang sedar faktor usia Hasan adalah satu kelebihan.

Kerana bak kata peribahasa, “orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam. Maksudnya, orang yang bijak tidak perlu diajar lagi, kerana ia tahu sendiri. Itulah hakikat yang pembangkang tahu akan kebenarannya tetapi mereka sentiasa menafikannya.

Pembangkang juga sedar bahawa pengundi di Rompin yang majoritinya bangsa Melayu tidak lupa pesan nenek moyang melalui peribahasa yang berbunyi - Berlayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai – yang membawa maksud, segala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.


Ternyata pembangkang menggunakan modal faktor umur Hasan disebabkan mereka sebenarnya gerun dengan pengalaman yang dimilikinya, jika dibandingkan lawannya yang 22 tahun lebih muda. Apa tidaknya! Semasa Hasan mula menyertai UMNO pada 1976 sebaik mendapat Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya, ketika itu, calon PAS itu masih menyusu.

Nazri yang berkelulusan Ijazah Sarjana Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir, walaupun sudah mencecah 40 tahun, baru sahaja menjawat jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin pada 4 April lalu, berbanding dengan Hasan yang mula memegang jawatan dalam parti UMNO ketika berusia 23 tahun dan secara total mempunyai  40 tahun pengalaman dalam politik.

Jadi, jika dibandingkan diantara Hasan dan Nazri, ia umpama langit dan bumi.

Malahan Hasan akan terus membawa segala jasa dan tanggung jawab BN kepada penduduk Rompin, bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Tan Sri JJ. Ia amat berbeza dengan calon muda Pas ini, yang akan bermula dari 'kosong' malah sudah tentu ianya akan jadi masalah, kerana kurang berpengalaman dan penduduk akan terkesan jika wakil rakyat yang dipilih tidak dapat khidmat dengan baik, malah kurang 'kuasa'nya untuk mencari wang bagi membantu rakyat.

Jika difikirkan akal, mahukah penduduk Rompin memilih batu suasa berbanding berlian yang dimiliki selama ini?

Dah lama senang, nak rasa susah pula ka?

Fikirkanlah..


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Batu suasa tu apa? Logam suasa tu saya tahulah iaitu emas yang dicampur dengan logam lain untuk buat perhiasan.

Batu suasa saya tak tahu... sekadar nak tahu.