Pages
▼
Rabu, 9 Disember 2009
Benarkah UMNO memperbodohkan Melayu?
Semalam aku melayari Malaysiakini, aku terbaca sesuatu di ruangan kolum. Mengenai tulisan hishammudin Rais. Salah seorang penulis yang agak terkenal. Penulisannya yang selamba dan tajam selalu di selitkan dengan pesanan dan nasihat. Aku sebenarnya antara peminat tulisan hisham. Aku suka gaya bahasa dan cara selitkan jenaka dan cucuk jarum nasihatnya ke atas pembaca. Cuma, aku tak bersependapat tentang politik. Aliran aku, teori aku dan kefahaman aku jauh berbeza dari hisham. Tulisannya terbaru di Malaysiakini mengundang terbit rasa hati untuk mengulas dan menulis. Hisham betul-betul menunjukkan emosinya terhadap UMNO seolah-olah ada dendam lama yang terpendam sekian lama. Cara kritikkannya, penekanannya, seolah-olah UMNO begitu teruk memperbodohkan orang melayu. Hisham selalu menulis mengenai keburukan UMNO tapi jarang sekali mengulas tentang kebaikkan Pakatan Rakyat dan masa depan Malaysia jika Pakatan ambil alih Malaysia. Jika UMNO begitu hodoh pada pandangannya, apakah tiada satu pun perkara baik yang UMNO lakukan untuk dirinya dari secara langsung dan tidak langsung? Semua kesalahan di tujukan terhadap UMNO dari media, sekolah dan raja. Hormat melayu pada UMNO bukan mitos atau pembohongan. Hormat melayu pada UMNO bukan sebab pembodohan. Hormat melayu pada UMNO di sebabkan jasa dan budi parti keramat ini membela dan memperjuangkan bangsa dari dulu hingga la sekarang. Parti keramat ini jugalah yang melindung orang melayu. Ya. .hisham panggil UMNO utamakan kroni, apakah PKR,PAS malah DAP langsung tak ada kroni? PKR, Anwar ibrahim, terkenal dengan kroni-kroninya, dari dalam UMNO hinggalah keluar. Pas pula, yang terbaru Nik aziz dan menantunya. Dap, Lim Guang Eng dengan Lim kit Siang tu ada hubungan apa? itu boleh di klafikasikan sebagai kroni juga mengapa di hentam UMNO sahaja. Ramai orang melayu yang bijak pandai, melayu bukan bodoh. Cuma ramai melayu dah di perbodohkan oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim yang sangat pandai bermain kata, ramai melayu yang tersangat taksub dengan ulama politik seperti Nik Aziz, Hadi Awang hingga memecah belahkan agama. Mungkin ada salahnya UMNO dalam mentadbir, tapi jangan kita tutup terus kebaikkan yang pernah kita perolehi. Jangan jadi melayu mudah lupa, jangan marahkan nyamuk kelambu di bakar. Jangan kita terlalu leka dengan sumpah dan janji manis Pakatan Rakyat, kerana kita pasti menyesal jika kita menjadi hamba di tanahair kita sendiri. Fikirkanlah. .
agaknya kejadian tunjuk punggung semasa majlis perayaan pakatan tempoh hari, pun di salahkan UMNO ape. keh keh keh. .
BalasPadam