Pages

Selasa, 22 Disember 2009

Isu: UMNO vs Gerakan = BN Penang?

Panas - Gerakan vs UMNO, Isu yang menghantui setiap sudut penyokong setia BN di Malaysia. Ada yang pelik, ada yang bertanya-tanya kenapa dua parti komponen BN ni boleh bergaduh. Sepatutnya, isu ini perlu diketepikan dahulu. Siapa Pengerusi BN Pulau Pinang tidak penting kalau BN tak berjaya mengambil hati rakyat Pulau Pinang.

Sekarang sepatutnya UMNO dan Gerakan bersatu kukuhkan parti, untuk menentang musuh yang sama iaitu Pakatan Rakyat, tapi masa yang terluang ini digunakan untuk membidas sesama sendiri (macam dah takde kerja lain).

Kita semua dah tahu, PR (Pakatan Rakyat) dah berada dalam keadaan yang lemah (konvensyen PR cuma wayang semata-mata). Peluang untuk BN menjuarai PRU ke 13 sangat terbuka. PR khususnya langsung tak punya isu untuk di ketengahkan, balik-balik isu perkauman, isu ketuanan Melayu dan isu Rasuah kerajaan.

Rakyat sebenarnya dah tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Hampir separuh rakyat Malaysia menyesal kerana mengundi PR (termasuk aku, tapi aku langsung tak pergi mengundi sebab geram kat UMNO Pak lah) PR bukan hendak membantu rakyat tapi cuma hendak berkuasa dan wang rakyat.

Jikalau terjadi pilihanraya sekarang, aku percaya Selangor dan Pulau Pinang akan dapat dirampas oleh BN kembali, Bukan sebab BN kuat, tetapi disebabkan PR kelihatan amatlah lemah sekali. Khalid (Selangor) tiada perancangan dan sering flip flop dalam pentadbiran, manakala Guan Eng, pentadbirannya (DAP Penang) tersangatlah rasis, nescaya pasti ditolak oleh kaum-kaum lain di Pulau-Pinang.

Kami penyokong-penyokong BN tersangatlah kecewa apabila komponen BN asyik berbalah sesama sendiri, kurangkan perselisihan, tumpukan perhatian untuk bekerja demi masa depan negara.

Kepada Zahid Hamidi, jangan suarakan tentang Pengerusi BN Penang. Janganlah bertekak lagi, ikutlah cakap PM, pergi la buat kerja dari asyik bergaduh. Tumpukan pada dun-dun dan parlimen yang dirampas pembangkang, bukannya bergaduh sesama sendiri.

Kepada Tsu Koon, bangunlah dari tidur, suruhlah Gerakan bergerak. Nak tunggu sampai bila baru nak bergerak. Bangun dan lanyak DAP di Penang.

Ini adalah pandangan dari hamba yang kerdil mewakili golongan kecil penyokong-penyokong UMNO/BN.

Oleh MctHeory

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!