Sambungan dari siri pertama:
MctHeory: Disebabkan TheUnspinnes pernah mendedahkan individu terbabit walaupun secara tidak langsung atas permintaan pembaca blog, MctHeory akan menyambung cerita benar ini secara ringkas.
Semasa didalam kereta Yent asyik mengelabah dok tanya pasaipa aku nak p serbu port depa. aku jawab ''aku tak suka depa buat perangai macam tu, depa muda lagi, aku sampai sana mampuih semua aku terajang!'' Yent diam, 'port' budak-budak tu kat bilik sewa Simpang Kuala (Budak sana panggil Bb-Park) memang terkenal port maksiat dan dadah.
Bilik sewa Bb-Park ni, 1jam rm20. Cuma bagi IC, bagi duit, tak banyak tanya, aku taktau la pasaipa tempat ni boleh buka dari dulu sampai lani. Balik ke cerita, aku suruh Yent call si Anak ahli Parlimen tu tanya bilik mana depa dok, Yent pun berlakonla kata dia nak p dok join dengan budak-budak tadi.
Sampai ja sana, aku suruh Yent ketuk pintu, aku dok sembunyi dulu. Bila depa buka, Yent masuk dan aku pun terus serbu masuk, habih la semua terkejut berselerak habih dapoq (alat untuk hisap dadah) semua pakat nak lari, dan aku sapu (sepak) sekoq dua budak-budak tu lepaih tu aku p tangkap si anak ahli Parlimen tu la. Terketaq-ketaq dia.
Aku tanya dia ''hang mau aku bagitau kat bapa hang?!'' dia kata ''awat hang ingat aku takut, p la bagitau, dia bukan peduli kat aku pun'' aku terdiam, lepaih tu dia teriak (menangis) aku tanya ''dia pasaipa ang teriak'' dia jawab hang p bagitau kat orang tua tu, kata anak dia dah lingkup, dia bukan peduli pun, dia sebok politik sana sini, kalau dia balik pun, dia dok balik rumah bini muda ja, bukan nak balik mai jaga kami dah'' aku diam lagi, sedih plak dengaq dia cerita macam tu.
Teruk budak ni teriak (menangis) terisak-isak, kawan-kawan dia tadi dah blah habih dah, tinggai budak Yent buat muka sekupang dok tunggu tengok kami, aku kata kat dia ''dahla toksah dok teriak dah, burok aku tengok muka hang, jom p lepak minum, hang cerita kat aku pasaipa hang jadi macam ni''.
Kami semua p minum dekat Nasmir (kedai mamak lagi). Dia cerita kat aku kisah hidup dia, sedih. . Sat-sat dia teriak, sat-sat teriak (kejap-kejap nangis), kesian aku tengok dia. Macam terseksa hidup. Tak payahla aku ceritakan kisah hidup dia kat sini, sebab takdak kena mengena dengan tajuk. Cuma secara ringkas, dia rasa hidup dia kosong, sebab tu dia jadi macam ni.
Cerita pun dah nak habih, aku cuma bagi nasihat kat dia suh berubah jangan dok ambik benda pelik-pelik lagi, aku kata kat dia kalau dia geram sangat kat bapa dia, aku ajak dia masuk UMNO untuk lawan bapa dia balik, dia takmau, dia takmau jadi ahli politik, dia takut nanti dia jadi macam bapa dia, lupa anak bini.
Aku bagitau dia, bapa aku pun sibuk berpolitik (orang UMNO lagi bz), bini pun dua juga. Memang susah nak jumpa dia. Kadang-kadang sebulan tak jumpa langsung, tapi kita kena la pandai jaga diri, jangan rosakkan diri, jangan lupa sembahyang ingat pada Allah nescaya kita tak terpengaruh dengan perkara-perkara yang dilarang olehnya (macam ustaz daa. .)
Dia pun angguk, macam paham, dia kata dia nak berubah, lepaih tu dia pun balik.
Kesimpulannya senang saja, Orang Pas yang dok kutuk anak bini orang, dok kutuk peribadi orang, macamla depa semua baik sangat. Ni yang kita tau, yang kita taktau macamana pula? Bersihkan diri dulu baru tegur orang. Ada Faham ka?!
MctHeory: Jangan jadi serupa itu ketam mengajar anaknya berjalan lurus, tapi dia sendiri berjalan kot tepi. (karam singh karpal melaporkan) heh. .opss. .nak tau sapa sila rujuk pada ulasan siri pertama tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!