Pages

Isnin, 21 Disember 2009

PANAS: Kenapa cabang PKR Ijok Bubar??!! (Temubual Warga Ijok)



Khalid Bakal Jadi Kenangan!


Kita semua tahu dengan Pembubaran Cabang PKR Ijok (pengumuman di buat oleh Dato Noh Omar) PKR Ijok yang adunnya Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dah ditutup. mungkin ramai yang nak tahu apa sebabnya Cabang PKR ini dibubarkan.

Aku (Hafiz) telah turun ke Ijok dan sempat menemubual beberapa warga Ijok.

Sampai saja di pekan Ijok yang tak beberapa sibuk, aku pun tak tahu nak mulakan dari mana, niat aku cuma nak mencari sebab kenapa PKR yang dulunya kuat disini boleh dibubarkan. PELIK! itu yang menjadi persoalannya. Sedang aku meninjau mencari mangsa pertama aku ternampak sebuah kedai Basikal di seberang jalan, dan kelihatan seorang Apek yang sedang membuka tayar basikal, aku menghampirinya dan aku pun mulalah bersuara.

"Selamat Pagi Uncle, maaf menganggu, boleh saya tanya sikit, dah lama ke uncle tinggal sini?" sambil tersinggih aku bertanya.
Apek tu jawab "wa sula lama loo.. lu sapa?" Apek tu tanya aku balik.

"Saya Mat (tukar nama), pelajar dari UiTM (maaf UiTM kerana meminjam nama) datang sini sebab nak buat sedikit tugasan. Boleh saya tanya uncle soalan yang berkaitan dengan Pekan Ijok ni ke?"
dia jawab " Oo.. lu student ka? ala apa hat mau tanya? Aku pun mulakan soal jawab, kita ambil yang penting je la sebab banyak yang aku tanya Apek ni.

Soalan berkaitan yang ditanya. "Uncle Seng (nama apek ni) uncle ada kenal sama dengan sini punya YB ka?"

apek tu buat muka pelik, macam sedang pikir, lepas tu dia tanya. "sapa lia punya nama? wa lupa la. "Khalid Ibrahim" aku jawab. "Oo.. itu olang ka! lulu lia ada latang sini, lama suda lia talak latang, itu busat-busat punya olang kan, Lulu masa undi punya time, lia ala tanya wa apa kabat. Sikalang wa pun tatau dia ala idup ka mati. aku sengih je dengar jawapan apek ni. Aku pun minta diri kat apek tu, aku nak pegi tempat lain lak, meninggalkan apek tu yang sedang baiki basikalnya dari tadi.

Aku jalan lagi, nampak gerai roti canai, perut pun lapar aku pun singgah la kejap makan dulu. Penuh orang gerai ni mesti sedap, disebabkan semua mejanya penuh aku terpaksa duduk kongsi meja dengan sorang uncle india.

"Ayaa (atok dalam bahasa tamil), boleh saya duduk sebelah?" Dia tengok muka aku lama-lama, dia kata "dudu la (duduk la), dudu la" aku pun duduk. Dah order makan, semasa sedang makan. Aku fikir baik aku tanya Aya ni pasal Khalid.

Soalan biasa, Ayaa.. sudah lama duduk sini ke? Ayaa tu tenung aku, dia kata "apa pasal anee, lepas makan saya bangun la" aku sengih lagi. Aya ni dah salah faham.

"Ayaa, saya tanya sudah lama ke Aya tinggal kat Ijok ni" Soalan yang lebih jelas. Ayaa jawab "Ooo..suda lama, 40 tahun libih. Ada lagi beberapa soalan yang aku ajukan pada Ayaa ni yang untuk merancakkan lagi perbualan kami. Lepas tu baru aku ajukan soalan yang berkaitan dengan soalan tujuan aku.

"Ayaa, tau itu PKR ka?" aku tanya lagi. Ayaa tu tengok muka aku, seram rasanya, lama dia tenung. "Musti tau la.. dulu manyak PKM sini, suma orang takut juga. Itu PKM selalu munuh sama worang. Manyak Jahat juga itu PKM (baca dalam loghat india). Aduhh.. Aya ni salah faham, ke salah dengar. Aku terangkan balik "Ayaa.. saya tanya itu PKR itu Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, bukan PKM Komunis tu.

Ayaa tu kata "itu PKM sama PKR tada sama ka, maca sama aja" lepas tu dia macam teringatkan sesuatu. "Ooo..Kalid menteri basar ka? Aya ingat, itu Kalid mana ada nampak lagi, sini banyak juga ada masalah. Dia pun tada peduli. Ayaa selalu tengok muka dia ada dalam TV juga. Suda jadi menteri suda banya (banyak) sumbung, muka pun banyak busar macam lumbu, sama kita dia tada jaga, sama dia badan busar makan banya-banya" Tetiba Aya ni emosi dan terus tinggalkan meja, lalu aku pun terpingga-pingga.

Baru dua orang aku temubual, aku pun sudahkan makan dah teruskan tujuan aku kat Ijok ni. Secara ringkasnya adala dalam 20 orang aku temubual, semuanya berbilang bangsa. Semuanya bagi jawapan yang lebih kurang sama. Wakil rakyat tak tolong rakyat, bila susah takde tempat nak mengadu. Sebetulnya khidmat Khalid kat Ijok ni dah bertambah teruk, patutnya tukar je YB kat sini.

Kesian aku tengok masyarakat Ijok ni. Sedangkan orang PKR sendiri pun dah tak yakin dengan Khalid, tambahan pula orang-orang lain. Harap Cawangan-cawang UMNO dan MIC sini buka la pintu untuk masyarakat Ijok mengadu, bantulah mereka.

Pada YB-YB yang menjaga dun masing-masing janganlah buat kawasan anda seperti ini, nescaya anda akan ditukar pada pilihanraya tahun hadapan. Sekian temubual saya pada kali ini.

MctHeory: Syabas pada Bro Hafiz kerana turun ke Ijok untuk menemubual masyarakat Ijok. Kepada Kalid Gagap, bersedialah anda untuk ditalkinkan di Ijok pada pilihanraya akan datang. kepada YB-YB pembangkang yang lain, politiklah selalu takyah la buat kerja. Senang kerja kami nak "kick-out" anda-anda semua keluar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!