Pages

Selasa, 1 Disember 2009

Pemuda UMNO dalam di lema!

Pemuda UMNO, pada suatu ketika dahulu 1 nama besar yang melambangkan semangat pemuda-pemuda Melayu Islam yang berkobar menuntut kemajuan Islam, kemajuan bangsa dan kemajuan ekonomi bangsa. Setiap pemuda Melayu yang menjadi ahli pemuda UMNO, merasakan diri mereka sebagai wakil pemuda di tempat mereka. Jika ada majlis-majlis kenduri atau kemasyarakatan, ahli-ahli pemuda UMNO inilah yang akan turun membantu, yang akan turun memecah peluh mereka ketanah untuk bergotong royong bersama-sama penduduk. Rukun tetangga, Ajk surau dan ahli jkkk boleh di katakan semuanya terdiri oleh Pemuda-pemuda UMNO. Pemuda UMNO pembela nasib Melayu! pemuda UMNO perisai harapan Melayu dan negara Bangga aku jadi Pemuda UMNO!

tapi kini?

Semua yang di atas dah makin pupus, dah jadi kenangan. walaupun masih ada, tapi yang tinggal hanyalah berapa kerat sahaja. Sekarang menjadi Ahli Pemuda UMNO tidak lagi boleh di banggakan, bukan lagi hero bangsa yang tinggal cuma nama sahaja. Diharap jangan jadi kenangan ataupun sejarah sudahlah. Di Johor, bahagian UMNO, pemuda UMNO dan cawangan-cawangannya masih berfungsi dengan baik. tapi di negeri-negeri lain, kebanyakkannya haru biru. Bukanlah semua, tapi kebanyakkan ok. Ambil peta Malaysia, pejam mata dan tunjuk keatas peta tu pasti ada bahagian dan cawangan UMNO. tapi adakah dia berfungsi? adakah pemudanya buat kerja? siapa yang pantau? kalau ketuanya sibuk buat duit! geng-geng yang di lantik terdiri dari kroni, macamana kerja nak jalan? Kita kat bawah ni buat kerja mati-mati berperang dengan pembangkang, yang ketua kita kat atas dok sibuk duit sana sini. Pada ahli-ahli UMNO yang sedar diri, pada pemuda-pemuda UMNO yang baca blog aku ni, aku minta kita kembalikan zaman kegemilangan pemuda UMNO, zaman kegemilangan UMNO. Terbitkan rasa gerun dan gentar keatas pihak lawan bila dengar nama Pemuda UMNO. bukannya macam sekarang, orang nak ajak buat demo, kena gertak sikit dah melompat, dah menikus, buat malu kaum je. alahailah Pemuda UMNO.

3 ulasan:

  1. Rilex la beb. geng2 atas tu kan geng2 bangsawan. mana bleh kena panas. calarla kulit diorang. huhu..

    BalasPadam
  2. masa untuk talkinkan amno!

    BalasPadam
  3. salam.

    Jgn lupa kafankan PAS sama...

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!