Pages
▼
Sabtu, 16 Januari 2010
1MALAYSIA: MISSION 1st BERJAYA! GENDANG PERANG BAGI BN, GENDANG KIAMAT BAGI PR!
Sila baca berita dibawah dan cuba fahamkannya. Berita ini dipetik dari Berita Harian. Isu ini disiasat dan selidik oleh MctHoery. Mesti Baca!
KUALA LUMPUR: Satu tinjauan pendapat yang dikendalikan kerajaan tahun lalu menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada tujuh juta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya setakat ini, memahami maksud gagasan 1Malaysia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengumumkan hasil kajian itu di sini, semalam, berkata 40 peratus lagi meminta kerajaan memberi lebih penerangan mengenai pengisian gagasan berkenaan.
"Kementerian bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi dan menghantar tinjauan pendapat kepada rakyat Malaysia secara rawak. Soalan yang ditanya adakah rakyat faham konsep 1Malaysia.
"Hasilnya, kita menerima 14 juta maklum balas. Daripada jumlah itu, 7 juta sudah diproses dengan 60 peratus darinya memahami gagasan 1Malaysia, manakala 40 peratus lagi meminta penjelasan lanjut," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Pegawai Kanan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dari seluruh negara di Angkasapuri.
Rais berkata, kementeriannya juga mengadakan menemuduga terus rakyat mengenai pemahaman masyarakat mengenai gagasan 1Malaysia. "Sejumlah 12,212 responden ditemuduga dan kira-kira 62 peratus mengatakan mereka faham dan maklum mengenai maklumat dan matlamat murni gagasan 1Malaysia.
"Jadi kedua-dua kumpulan data ini akan kita buat satu pangkalan dan kemudian kita buat satu cerakinnya supaya lebih mudah bagi kita menentukan aspek mana 1Malaysia ini yang harus kita beri penumpuan lebih daripada sekarang," katanya.
Ini adalah 1 berita baik bagi Barisan Nasional, manakala bagi Pakatan Haram, petanda kiamat baginya sudah dekat. Kenapa Mc kata begitu?
Statistik yang ditunjukkan tadi adalah statistik secara rawak melalui ujian sms kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita semua tahu bahawa ada 27 juta rakyat Malaysia. Bagi pengundi berdaftar SPR ada hampir 15 juta semuanya dan 300 ribu pengundi baru yang akan mengundi pada PRU ke 13.
Apa kaitan diantara statistik pertama dengan kedua? Statistik pertama menunjukkan kementerian penerangan berjaya dalam misinya menyebar maklumat dan matlamat gagasan 1Malaysia kepada rakyat, kemudian rakyat memberi respon yang baik.
Ingatkah kita pada PRU ke 12? Dimana BN hampir tergelincir disebabkan gelombang rakyat yang mahu pentadbiran Pak Lah ditamatkan perkhidmatan dengan segera. 15juta pengundi berdaftar dan hampir setengah daripadanya menolak BN dan mengundi PR.
Maknanya sebanyak 50% pengundi di Malaysia menolak BN semasa itu. Sekarang Rais Yatim telah mengumumkan bahawa, sebanyak 60% rakyat memberi respon yang baik mengenai 1Malaysia dan 30% lagi berminat untuk mengetahuinya, bukankah ini bermakna Ds Najib dah berjaya dalam misi memujuk rakyat Malaysia supaya setia dengan Kerajaan BN dan menyokong perlaksanaan kerajaan pada misi seterusnya.
Ini merupakan berita yang amat baik bagi BN. Pada pilihanraya yang lepas. BN ditolak disebabkan kesilapan pemerintah. Pimpinan Pak Lah tidak pandai merancang strategi untuk memancing rakyat. Lagipun dia dikelilingi menantu dan pembodek-pembodek yang diibarat sokongan yang membawa rebah.
PRU ke 12 dibuat semasa rakyat sedang panas hati dengan harga minyak naik, hindraf sedang kecoh dengan tuntutannya, kuil hindu sedang dipolitikan dan kaum cina diracun otaknya oleh Anwar bahawa Pak Lah hanya jaga ekonomi Melayu dan kroni. Semestinya BN akan kalah sebab PRU tidak tepat pada masa dan semua isu tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Mc masih ingat lagi kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa rakyat Malaysia sebenarnya penyokong setia BN, cuma mereka agak tertekan dengan pemimpin yang terdahulu (Pak Lah), yang tidak pandai menjaga rakyat, menyebabkan rakyat menolak BN.
Sekarang Ds Najib sudah berjaya membawa Malaysia dan BN kelandasan yang sebenar dan diharapkan Ds Najib teruskan dengan perancangannya untuk menumpaskan terus PR dari muka bumi Malaysia, sekaligus kebumikan Anwar, N.ajis, Kit Siang dan sekutu-sekutu haram jadahnya!
MctHeory: Mission pertama berjaya! Next mission wait n see beb! hehe.
inilah cita2 amno yg syok sendri! tolol!
BalasPadamHarap Ds Najib dapat mengekalkan kestabilan negara dan politik kelandasan yang betul. Rakyat pasti bersama Ds Najib.
BalasPadamMie Putra