Pages

Selasa, 26 Januari 2010

APA NASIB ZULKIFLI DALAM PKR? MENYERAH ATAU MELAWAN ATAU DRAMA?!



Mc masih tertarik mengikuti perkembangan Brader Zul yang masih tetap setia bersama PKR. Brader Anwar dah bagi arahan supaya Zul yang buat report polis kepada Khalid James menarik balik reportnya jika tidak mahu dikenakan tindakan.

Pembaca semua perlu tahu, jika Zul menarik balik reportnya terhadap khalid berkenaan pindaan enekman Islam Selangor. Zul pastinya akan menyelesaikan masalah ini dengan peluk cium bersama Khalid dalam sidang akhbar.

Imbasan semula Zulkifli Noordin ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, telah membuat keputusan dengan tidak menarik balik reportnya terhadap Khalid. Maka isu ini akan berpanjangan. Kaki ampu dan kaki jilat Anwar dalam PKR pun dah mula buat andaian dan keputusan sendiri untuk menghukum Zul. Adakah semua ini benar?

Apa yang menariknya disini, adalah PKR akan membuang seorang lagi ahli Parlimennya? adakah Zul akan meninggalkan PKR? Semua ini masih menjadi persoalan kepada kita. Jika benar Zul sudah menyimpang perjuangannya bersama PKR, kita harap Zul akan meletakan jawatan secepat mungkin.

Apa yang difahamkan, jika isu ini berpanjangan hingga berlaku tarik tali dan percakaran dalam media. Ini boleh dianggap sebagai satu lagi lakonan yang dirancang oleh PKR untuk mengubah perhatian rakyat dan media massa bagi menumpukan perhatian kepada kes pembicaraan liwat Brader Anwar.

Apa yang pernah Mc katakan dalam posting yang lepas, bahawa PKR akan membuat satu lagi drama untuk alihkan perhatian media dan rakyat, ia adalah benar dan drama itu sudah dirancang hinggakan kita sendiri tidak sedar nak baca sini. Malah kita semua tahu, Brader Anwar memang tak lokek idea untuk menipu rakyat dan penyokongnya. Sehinggakan dia meliwat depan mata pun penyokongnya masih lagi menjilat Brader Anwar.

Jika benar semua ini hanya lakonan untuk memesongkan perhatian rakyat tentang kes liwat Brader Anwar dimahkamah. Sampai bila agaknya PKR ni nak menipu rakyat? Rakyat dan penyokongnya pula tak serik-serik kena tipu. Jika benar Brader Zul berada didalam pihak yang benar dan semua ini bukan lakonan semata-mata. Mc mewakili umat Islam di Malaysia, meminta Brader Zul isytihar keluar PKR dan jadi ahli parlimen Bebas dengan secepat mungkin. Buktikan brader Zul berada di pihak yang benar!

MctHeory:
jangan ingat rakyat semua buta! ada banyak yang dah celik!

1 ulasan:

  1. yb zul kene kuar pkr ..
    dah bnyak sangat benda
    x sahakuan dgn pendirian beliau
    tp, dr dulu sampai skank ..
    sama jer yb zul ni ...
    konsep sorong papan tarik papan lak

    agagaggagaga

    >>___<<

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!