Pages

Khamis, 21 Januari 2010

AZMIN DALANG KONSPIRASI GULINGKAN KHALID MB SELANGOR!


Mc tertarik dengan berita ni. Mengenai ulasan bekas Mb Selangor. Dr Khir Toyo mengenai pembubaran cabang Pkr di Kuala Selangor. Bagi Dr Khir semua ini konspirasi dalaman Pkr untuk cuba menjatuhkan Khalid gagap sebagai MB Selangor.

Sebelum ini kita pernah dengar bahawa Pesuruhjaya Pas Selangor ingin menjawat jawatan MB Selangor dengan cuba mengulingkan Khalid. Sekarang kita dengar lagi kejadian seumpama ini berlaku dalam kerajaan Selangor. Apa nak jadi dengan Kerajaan PR di Selangor? Masing-masing berebut kuasa. Macam beruk dapat bunga.

Kadang-kadang Mc kesian juga dengan Khalid ni. Banyak betul orang tak suka dia. Malah orang Pkr sendiri pun tak suka sama Khalid ni. Macam mana PR nak mentadbir negara, kalau negeri pun, mereka asyik nak berebut kuasa.

Baca ulasan Dr Khir dibawah ni:

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa terdapat usaha di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu untuk menggulingkan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, PKR di negeri itu kini menghadapi krisis dalaman yang cukup ketara terutamanya bagi merebut jawatan di peringkat negeri dan pimpinan tertinggi.

"Sesama mereka sendiri ada masalah dalaman, perkara ini tak dapat nak selindung lagi kerana ia jadi semakin besar.

"Perkembangan terkini menunjukkan memang ada usaha untuk jatuhkan Tan Sri Khalid, ada kumpulan tertentu dalam partinya sendiri mahu rampas kedudukan beliau," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya (AJK) PKR Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Abdul Khalid.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Situasi ini bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.

Selain itu, Dr Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali merupakan dalang di sebalik kemelut yang melanda parti itu di Selangor.

Malah menurutnya, penglibatan Azmin dalam perkara ini adalah sebagai langkah persediaan untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti jika sebarang kemungkinan berlaku terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

"Permainan ini mereka yang rancang, Azmin yang menjadi dalang. Beliau dan sebahagian penyokong PKR yang lain sudah was-was dengaan Anwar kerana kes liwatnya.

"Kalau Tan Sri Khalid tidak dihalang atau disekat, tidak mustahil beliau akan naik menggantikan tempat Anwar menerajui PKR nanti.

"Jadi Azmin mula bertindak dari sekarang dengan cuba menghancurkan karier politik Tan Sri Khalid," katanya.

Tambah Dr Khir lagi, Abdul Khalid kini menghadapi krisis hilang kepercayaan yang cukup ketara.

"Kumpulan yang menyokong Azmin kini dilihat mula bertindak, malah saya juga ada dimaklumkan bahawa selepas ini mungkin ada lagi bahagian atau cawangan PKR di Selangor yang akan dibubarkan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Khir menegaskan kemelut yang melanda PKR Selangor tiada kaitan dengan Umno.

"Ini semua hal mereka sendiri, saya harap mereka tak akan menunding jari kepada Umno setelah apa yang berlaku.

"Umno tak perlu lakukan perkara-perkara sebegini untuk meraih sokongan rakyat," katanya.


Biasala, bila kejadian macam ni berlaku. Ada la suara-suara sumbang yang menyalahkan UMNO menjadi dalang yang kononnya membeli ahli-ahli Pkr yang keluar parti. UMNO takdak masa nak layan semua ni. Kalau ada pun mereka yang ikhlas nak kembali pada UMNO macam posting lepas yang Mc ceritakan nak baca klik di sini.

Azmin rupanya ada udang disebalik batu. Ada usaha untuk menjatuhkan Khalid kemudian Anwar. Dahsyat ni Azmin ni. Azmin buat macam ni mungkin kerana banyak ahli Pkr yang sudah tidak percaya kemampuan Anwar mentadbir Pkr. Macam mana pula dengan Pakatan Haram yang lain. Adakah mereka semua masih nak ikut pungkoq Anwar yang sibuk dengan kes liwatnya tu?

Pakatan Haram sekarang dalam dilema. Mereka takut jika Anwar masuk dalam check in hotelnya di Sungai Buloh balik, tentu hala tuju mereka terjejas, siapa nak jadi ketua PR? N.ajis? Mana boleh dia sibuk bersilat kat Kelantan dengan menantunya, mana la ada masa nak jaga PR. Hadi Awang? dia ni suka tidur, macam Pak Lah dulu, mana layak. Lim Kit Siang? tak boleh, rosak dikerjakan PR, jadi parti komunis la agaknya nanti. Ikut je pesanan Mc ni. Bubar dun Selangor! dan bubarkan sekali Pakatan Rakyat! Rakyat gembira, Kami bahagia!

MctHeory:
BUBARKAN DUN SELANGOR, SINGKIRKAN KHALID! HAPUSKAN PAKATAN HARAM DI SELANGOR!

6 ulasan:

  1. poyolah laki aku nie

    BalasPadam
  2. KHALID TERGAGAP2 NAK JWB BALA YANG DTG BERTIMPA2. LEPAS NI GENG KOMUNIS KAT S'GOR KENE CPAT2 CARI PENGGANTI SBLUM FUCKATAN KARAM. RASE2NYA SEMPAT TAK BRO? HUHUHU

    BalasPadam
  3. Salam bro, komunis yang mendalangi semua kerajaan pakatan rompak rakyat sudah banyak menunjulkan diri..... akhirnya jelas akan pengkhianatan mereka...... pasir pun kena jual ke Singapore dengan cara seludup.....

    BalasPadam
  4. Tak kan Azmin nak biarkan peluang nak jadi pemimpin tertinggi terlepas begitu sahaja. Dia dah korbankan segalagalanya termasuk ......... (faham ?) nak cari untung. Baru dapat sorang ........ itu tak culup. Dengan adik beradik pun .........

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!