Pages

Khamis, 14 Januari 2010

ISU RUMAH HIJAU MAK MAIDIN: BUKTI DAP P.PINANG MUNGKIR JANJI DAN ZALIM!



Kepada pembaca, masih ingat lagi janji-janji Pakatan Haram semasa berkempen pada PRU ke 12? Semasa berjanji mereka ini menghemburkan pelbagai janji, walaupun kalau diikutkan akal, memang tidak boleh nak tunaikan janji tersebut.

Masih ingat dengan peristiwa Kampung Buah Pala? Dimana hampir semua penduduk kampung telah dihalau oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Guan Eng Gangstar Hong Kong. Kejadian tersebut terjadi akibat penduduk di kampung berkenaan mempercayai janji-janji palsu yang ditaburkan oleh Pakatan Haram.

Kali ini sekali lagi peristiwa yang hampir serupa berlaku lagi, di kawasan Rumah Hijau Mak Maidin yang telah dipaksa pindah oleh kerajaan negeri dan pemaju. Untuk keterangan lanjut sila baca berita dibawah.

MAK MANDIN - Kira-kira 70 baki penghuni di kawasan Rumah Hijau yang enggan menerima tawaran rumah di Ampang Jajar, protes di kawasan perumahan asal mereka bagi menuntut janji yang ditaburkan oleh Kerajaan Negeri sekarang.

Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Hijau Mak Mandin, A Tamil Salvan berkata, penduduk di kawasan itu bertegas untuk tidak berpindah dari kawasan petempatan asal dan hanya ingin Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka untuk menempatkan mereka semula di kawasan itu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak sepatutnya melupakan janji mereka itu dan lepas tangan dalam isu ini kerana terdapat ramai penduduk yang kurang kemampuan di kawasan itu yang tidak mampu untuk berpindah ke rumah baru itu.


Ini jawapan dari Lim Guan:
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sedia berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan mana-mana pemimpin Umno bagi menyelesaikan masalah penduduk di Kampung Baru Rumah Hijau Bagan, Mak Mandin di sini.

Beliau berkata perbincangan itu bertujuan mencari jalan penyelesaian yang terbaik kepada penduduk memandangkan kontrak perjanjian bagi pembinaan rumah mewah di kampung terbabit berlaku semasa negeri ini di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah penduduk kampung terbabit, katanya masalah itu juga akan selesai sekiranya Umno boleh membayar ganti rugi dan kos pecah kontrak kepada pemaju yang berjumlah RM15 juta kepada kerajaan negeri.

Selain itu, Lim juga berjanji memberikan RM1,000 setiap keluarga bagi bayaran perpindahan.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Penduduk A. Tamil Salvan berkata terdapat hanya 70 keluarga yang masih tinggal di kampung itu yang enggan berpindah atas alasan tertentu dan mereka hanya mahu diberikan seunit rumah kos rendah bagi setiap keluarga sebagai ganti rugi.

"Sebagai penduduk kami juga ada hak dan kami tidak menuntut bayaran ganti rugi yang terlalu tinggi, kami juga berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan pemaju dapat bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.

Isu berhubung Kampung Baru Rumah Hijau Bagan timbul apabila kerajaan negeri memerintahkan lebih 200 keluarga berpindah ke pangsapuri Ampang Jajar berikutan kawasan itu akan dibangunkan dengan perumahan mewah.

Tapak tanah kampung terbabit telah diswastakan untuk tujuan pembangunan rumah mewah sejak lima tahun lepas.


Guan Eng dengan tanpa rasa bersalahnya menuduh UMNO yang bertanggung jawab terhadap semua ini. Sedangkan penduduk disana mengundi Pakatan Haram dan DAP hanya kerana mereka membuat janji untuk menyelesaikan perkara ini secara baik jika mereka memerintah Kerajaan Pulau Pinang.



Ini adalah perbualan telefon penduduk bernama Tamil dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

“Dalam perbualan telefon bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng, sebulan yang lalu mengenai perkara ini, Hock Seng memaklumkan sekiranya Kerajaan Negeri ingin membina perumahan kos rendah di kawasan asal, mereka perlu membayar RM6 juta.

“Ia merupakan alasan baru (Kerajaan Negeri), kini untuk mengelak dari menunaikan janji mereka, sebagai Kerajaan Negeri, mereka tidak patut mengelak lagi dengan memberi pelbagai alasan baru sebaliknya menyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu selepas membuat protes bersama kira-kira 50 penghuni bagi menuntut janji kerajaan negeri itu, di sini.

Tamil berkata, hasil makluman dari penduduk yang telah menerima tawaran rumah oleh Kerajaan Negeri itu, mereka perlu berpindah keluar dari kawasan petempatan asal menjelang 31 Disember yang lepas.

“Penduduk yang telah menerima tawaran rumah telah diminta untuk berpindah keluar pada 31 Disember ini, bagaimana pula dengan nasib penghuni yang belum dan enggan menerima tawaran rumah itu.

“Adakah kami juga akan diusir keluar seperti penduduk Kampung Buah Pala? Penduduk yang menerima tawaran rumah itu juga menerima tawaran itu bukan secara rela tetapi selepas takut melihat keadaan penduduk Kampung Buah Pala yang diusir keluar dari petempatan asal mereka yang didiami sejak berpuluh tahun itu,” katanya.

Menurutnya, dengan tujuan menakutkan penduduk di kawasan itu, mereka telah menghantar surat tawaran untuk rumah atau pampasan pada hari yang sama Kampung Buah Pala dirobohkan.

“Mereka menggunakan taktik psikologi, menakutkan rakyat dengan gambaran Kampung Buah Pala , bagi membolehkan penduduk di sini berpindah keluar secara aman.

“Sekiranya, kami ingin berpindah dari sini, sudah tentu dari dulu lagi kami tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hanya menabur janji palsu mereka untuk menempatkan semula kami di kawasan ini ,” katanya.

Tamil berkata, sehingga sekarang, Kerajaan Negeri meminta mereka untuk datang berbincang tetapi apabila berbincang, tiada jalan penyelesaian yang memberi kebaikan kepada penduduk yang diputuskan sebaliknya keputusan yang berpihak kepada pemaju yang diputuskan.

“Mereka hanya memberi pilihan kepada kami bukannya berbincang dengan kami untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.

Beliau berkata, penduduk yang belum menerima tawaran itu tekad dengan keputusan untuk kekal di kawasan itu meskipun apa juga yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri dan pemaju.

Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu, V Rathnama , 43, berkata, beliau yang menanggung suami dan tiga orang anak yang dua daripadanya masih lagi bersekolah tidak mampu untuk berpindah ke kawasan perumahan baru itu.

“Saya sendiri menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sering berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan .

“Kami sekeluarga hanya bergantung harap pada wang ehsan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 dan pendapatan yang tidak seberapa hasil pekerjaan saya seorang tidak mencukupi untuk kami berpindah ke rumah baru itu, biar kami kekal di sini sahaja,” katanya

“Saya berharap Kerajaan Negeri prihatin kepada nasib malang kami dan membina perumahan kos rendah di kawasan ini seperti yang dijanjikan,” katanya.

Dalam menyatakan sokongan kepada penduduk Rumah Hijau, Ketua Pemuda MCA Bahagian Bagan, David Chua berkata, pihaknya kini hanya meminta Kerajaan Negeri menunaikan janji kepada penduduk di kawasan itu.

“Sekiranya mereka tidak pernah menabur janji, sudah tentu penduduk tidak akan sampai sehingga ke tahap protes untuk menuntut janji mereka itu.

“Kerajaan Barisan Nasional pernah mengusahakan dahulu untuk tanah dengan tujuan membina perumahan kos rendah di kawasan asal ini bagi penduduk di kawasan, kenapa usaha itu tidak diteruskan oleh kerajaan sekarang,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu.

David berkata, sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan persendirian dalam isu ini yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk menunaikan janji mereka kepada penduduk , mereka sepatutnya mengaku kepada khalayak umum.

“Sekiranya, mereka tidak mampu untuk menunaikan janji, baik mereka mengaku , dan kita akan cuba untuk mengusahakan bantuan daripada Kerajaan Pusat demi penduduk di kawasan ini,” katanya.

Sumber dari Dun 11 Permatang Pauh


MctHeory:
Dengar cerita Kepimpinan Dap Pulau Pinang turun berdialog dengan penduduk, namum hasilnya tetap gagal. Ini kerana sesi dialog berkenaan bukan untuk mencari jalan penyelesaian, tetapi hanya untuk Dap P.Pinang menafikan bahawa Hock Lim tidak pernah berjanji dengan penduduk mengenai kes tanah di rumah Hijau Mak Maidin. Hock Lim sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut dan disokong dengan Adun Dap yang lain.

Apa yang boleh Mc katakan lagi. Dap memang pandai berjanji, tapi jangan harap nak buat janji. Pentadbiran Dap di Pulau Pinang betul-betul ala mafia. Mereka langsung tak pedulikan rakyat. Bila di tanya kat Guan Eng, dia salahkan kerajaan BN yang terdahulu. Sepatutnya, dia mencari jalan terbaik untuk selesaikan perkara ini atas janji-janjinya dahulu, bukannya menuduh orang lain.

Dengar cerita perkara ini masih lagi tertangguh dan belum diselesaikan lagi. Mc berharap kepada semua rakyat Malaysia yang membaca kisah ini. Jadikan teladan supaya kita tidak salah memilih lagi pada masa hadapan. Jangan mudah percaya dengan kata-kata manis puak Pakatan Haram ni. Mulut je manis, tapi hati hitam busuk!

6 ulasan:

  1. ameno babi ni tk sudah2 nk mnipu!

    BalasPadam
  2. bodoh tak boleh diajar lu pangkah PR salahkan amno lu pikir la sendiri hahahahahahaha

    BalasPadam
  3. What's Going down i'm new to this, I stumbled upon this I've found It positively helpful and it has helped me out loads. I am hoping to give a contribution & aid different customers like its helped me. Good job.
    Feel free to visit my website ... vakantiehuisje

    BalasPadam
  4. used to be the grazing ground of European backed privateering chanel財布 a good quality from the stores, you can purchase them from the http://www.theaudiopeople.net/beatsbydre.html Halliburton company. This jack-up, built at the Bollinger ヴィトン 長財布 apparel in shops or perhaps web stores, you need to carefully
    stretch out or hangout with your friends. Of course theres the Discount NFL Jerseys quite a few reports how the Port LaLanne juicer is very to Louboutin Pas Cher to a phone jack This is placed near the computer, or dish network Isabel Marant Sneakers terrier will have excess energy that will hinder its ability to
    make good designs on their computer and plan, glue, or trace them NFL jerseys intricately carved to make bright and wonderful designs, and they ナイキ シューズ essential part of a pirate life that any lack of availability nike online honored him by taking a staff photo wearing yellow shirts and

    BalasPadam
  5. whoah this weblog is great i love reading your articles.
    Keep up the good work! You understand, many individuals are looking round for this
    information, you could help them greatly.

    My blog austria

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!