Jumaat, 1 Januari 2010

PANAS: Kenapa Kita Perlu Mempertahankan Nama 'ALLAH' Dari dipergunakan Oleh Kristian dan Agama Lain? (Umat Islam Wajib Baca!!)



Mungkin ada sesetengah orang Islam sedar atau tidak bahawa selama ini ada gerakan-gerakan sulit dilakukan oleh pihak Kristian hanya untuk menambat hati orang Islam di Malaysia.

Gerakan mengKristiankan orang Melayu Islam sudah lama bermula, dari IPT ke IPT, ada yang dari rumah ke rumah. Tentu kita pernah dengar berkenaan Holy Water yang dicampurkan dalam mineral water? pelajar IPT dibawa masuk ke gereja. Semua tujuan itu hanya untuk memesongkan akidah umat Islam.

Gerakan terbaru kristian kali ini, berjumpa dengan fakir miskin yang beragama Islam kemudian menjanjikan bantuan kewangan dan kemudahan jika keluarga ini dikristiankan. Gerakan ini dinamakan Malay Christian Assosiation berpengkalan di Singapura.

Contohnya kejadian di Johor dua tahun yang lepas sekeluarga hampir murtad apabila cubaan dikristiankan oleh pihak ini, Alhamdullilah keluarga itu dapat dihalang oleh penduduk kampung dengan bantuan Jabatan agama Islam negeri.

Ini cuma contoh yang dilaporkan dalam akhbar, ada juga yang tidak dilaporkan, seperti gerakan kristian yang datang berjumpa pemuda-pemudi kita (geng-geng rempit) menjanjikan kewangan dan motorsikal baru jika pergi ke gereja pada hari Ahad (bagi yang agamanya kurang, pasti akan terpengaruh).

Semua contoh yang dinyatakan di atas ialah usaha-usaha gerakan kristian ini untuk cuba memurtadkan masyarakat kita. Tapi sekarang tugas mereka dimudahkan lagi dengan bantuan Kalid 'gereja' Samad.

Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Pihak gerakan Kristian ini pasti akan menggunakan nama Allah di dalam bible versi Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Indonesia. Berita baik yang sangat ditunggu-tunggu oleh gerakan kristian terbabit.

Tahukah pembaca semua mengenai wujudnya bible berbahasa arab dan gaya bahasanya hampir sama seperti kitab suci Al-Quran? buku tersebut namanya 'The True Furqan'(al-Quran Palsu) Al-Quran palsu ini telah ditulis oleh musuh-musuh Islam pada tahun 1990an. Al-Quran palsu ini setebal 368 halaman telah dikarang selama tujuh tahun, semata-mata untuk meniru gaya bahasa kitab suci Al-Quran. Kandungannya hampir sama dengan kitab suci Al-Quran (amat mengelirukan).

Gaya puisi dan prosa Al-Quran palsu hampir setanding dengan Al-Quran asli. Jika seseorang yang buta Al-Quran membaca Al-Quran palsu ini, dia pasti tidak dapat membezakan yang mana asli yang mana palsu. Pengarang Al-Quran palsu juga mengunakan nama samaran Al Saffe dan Al Mahdy. Syarikat percetakan yang bertanggung jawab mencetaknya ialah syarikat Omega 2001.

Isi kandung Al-Quran palsu mempunyai 77 Surah, Surah 1 (chapter 1), Al-Fateha (the openning) berakhir dengan Surah 77, Surah As-Syahid (the Martyr). Setiap Surahnya hampir dengan gaya bahasa kitab suci Al-Quran juga dengan penggunaan nama Allah. Hakikatnya ia hanya sebuah kitab Injil diprosa dalam bahasa arab, yang direka khas untuk menyesatkan umat Islam yang cetek dalam ilmu agama.

Selepas ini, tiada lagi halangan untuk Al-Quran Palsu ini memasuki pasaran Malaysia. Selama ini Al-Quran palsu ini memang sudah ada dipasaran barat malah kedutaan-kedutaan Islam juga telah mengetahui mengenai kewujudan Al-Quran palsu ini.

Mungkin ada yang berpendapat, umat Islam di Malaysia taklah sebegitu bodoh, tapi ramai remaja kita yang buta Al-Quran, dapatkah mereka yang baru belajar Al-Quran membezakan antara palsu dan yang asli. Jangan sampai anak cucu kita terpedaya dengan perangkap orang Kristian yang selalu cuba untuk menjahanamkan umat Islam.

MctHeory: Siri kedua sembahyang mazhab ortodoks hampir sama dengan sembahyang umat Islam.

Tiada ulasan: