Pages
▼
Jumaat, 29 Januari 2010
PKR PULAU PINANG BERMASALAH!
Sememangnya PKR dalam haru-biru! PKR Pusat atau negeri, semuanya bermasalah dalam pentadbiran. Saban hari kita dengar ahli Parlimen dan Adun PKR yang meletakan jawatan dan keluar parti.
Mc ada dengar-dengar khabar mengatakan PKR Pulau Pinang pun ada masalah. Mc pun cuba mencari kesahihan mengenai PKR Pulau Pinang yang dikatakan retak menanti belah.
Mc ada berita diakhbar SinarHarian yang mengulas berkenaan isu ini. Ketika isu ini sedang panas diperkatakan. Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Law Choo Kiang mendakwa, itu mungkin satu lagi 'projek' Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).
Dia berkata "Saya tak pernah dengar khabar angin ini. Ini mungkin satu lagi projek Barisan Nasional. Perang saraf untuk menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di saat-saat kes mahkamah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).... that is my comment (itu komen saya). Tq (terima kasih).
Selepas pada ulasannya itu, dia terus mendiamkan diri dan tidak menjawab telefon lagi. Pada pendapat Mc, memang benar PKR Pulau Pinang ada masalah. Bukan PKR sahaja. Malah Pentadbiran kerajaan Pulau Pinang sendiri juga bermasalah.
Dahulu, ahli parlimen Dap keluar Parti, bekas exconya minum racun. Kali ni, PKR pula yang dah kecoh. Semua kerajaan PR di serata Malaysia dah goyang. Nak baca ahli Dap keluar parti klik di sini
Kelantan Pas dah haru-biru, Selangor PKR dah lembik, Pulau Pinang Dap semua sudah mau lari. Kalau keadaan macam ni berterusan. Belum lagi PRU ke 13, semua kerajaan negeri PR dah kacau bilau.
Ketika semua kerajaan negeri PR dalam masalah, brader Anwar pula tersepit dengan masalah kes liwatnya dimahkamah. Kalau macamni la, Mc ingat Brader Anwar punya impian nak pergi Putrajaya dah jadi macam Mat Jenin je la.
Belum pun nak pergi berperang, PR dah main tembak sesama sendiri. Lepas ni kita tengokla apa pula nak jadi lagi.
MctHeory:
Silap haribulan, Brader Anwar yang buat magik hilangkan diri dari Malaysia. heh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!