Pages
▼
Isnin, 8 Februari 2010
AKHIRNYA ANWAR MENGAKUI KEADILAN MAHKAMAH MALAYSIA!
Akhirnya Brader Anwar mengakui juga bahawa dia yakin mahkamah Malaysia ini adil dan mengikut lunas-lunas perundangan. Jika tidak masakan dia yakin bahawa dia akan menang dalam kes liwatnya kali ini. Brader Anwar berkata demikian semasa dia berucap di majlis ulangtahun pertama BN di Perak.
Walaupun keadaan sekarang lebih berpihak kepada Saiful, akan tetapi Brader Anwar ni tak berputus asa menyakinkan penyokong-penyokongnya bahawa dia akan menang kes dimahkamah.
"Insya-Allah, kita harap akan menang kes ini kerana kita mempunyai pasukan peguam yang kuat yang diketuai oleh Karpal Singh," katanya
Jikalau dia tak yakin dengan keadilan mahkamah, dia (Anwar) tidak akan berkata demikian. Sama juga dengan kes MB Perak yang masih lagi menunggu keputusan dari mahkamah persekutuan. Kalau betul seperti dakwaan Pakatan Haram, yang selalu mengatakan UMNO/BN mengawal mahkamah, mengapa mereka tetap menunggu keputusan mahkamah?
Apabila UMNO/BN mengawal mahkamah, semestinya semua keputusan mahkamah pastilah menyebelahi UMNO/BN, kenapa mereka tunggu lagi (keputusan)? mengapa mereka yakin menang, jikalau mereka tak yakin dengan keadilan mahkamah? Sebabnya mereka ni pembohong! Mahkamah Malaysia adil dan saksama, mereka ini yang suka mainkan cerita dengan mengatakan bahawa UMNO/BN mempergaruhi keputusan mahkamah.
Akhirnya Brader Anwar sendiri yang terlepas cakap dan mengakuinya bahawa mahkamah Malaysia adalah adil. Tak percaya? boleh baca di sini. Mc cuma menjelaskan, kenapa dia kata begitu.
MctHeory:
Anwar.. Anwar.. asyik Pusing-pusing, ko yang dah pening.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.
Harap Maaf dan Harap Maklum!