Pages
▼
Khamis, 18 Februari 2010
HARGA GULA NAIK LAGI!?
Mc mendapat tahud dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Ada pula barua-barua yang sedang merancang nak jadi kaya dengan cepat, apabila pengedaran gula kebahagian Selatan tanahair sudah diminimumkan pengedarannya dan ada yang disembunyikan.
Mc bukan nak tuduh, tapi semua ini Mc dapat dari mulut peniaga di sekitar Kuala Pilah, Senawang dan Utara Melaka. Kawasan-kawasan ini sudah kurang pengedaran gula. Bahkan ada sesetengah kedai yang langsung tak ada.
Bukankah pada awal tahun 2010, harga gula baru dinaikkan dari rm1.40 sekilogram ke rm1.65. Kerajaan menaikkan rm0.25 sekilogram kepada pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual. Tidak cukupkah kenaikkan ini? Hingga ada pihak yang cuba hendak sembunyikan lagi gula?
Bayangkanlah betapa seriusnya masalah ini. .dari 20 kedai runcit, cuma dua sahaja yang masih ada gula. Lain semua sudah habis, ada yang memang tak ada langsung. Malah, kawasan yang kekurangan gula makin hari makin luas. Hinggakan gula bagaikan barangan yang sangat terhad.
Mc tengok peruncit jual gula pun, macam nak jual barangan haram. Gula diletakkan dibawah kaunter. Kena tanya dulu, tengok muka, kalau kenal baru jual. Serupa macam peniaga jual belacan dalam cerita ali baba bujang lapok daa. .
Bila Mc tanya, kenapa gula tak ada? Pelbagai jawapan yang diberikan, ada kata stok habis, ada kata pemborong tak datang, ada kata stok datang sikit dan pelbagai jawapan lagi. Bila Mc cuba siasat lagi, Mc dah dapat jawapan bahawa ada pihak yang cuba kurangkan pengedaran gula.
Pengedaran gula mungkin dikurangkan secara berperingkat, dijangka banyak tempat lain yang akan kena dengan kesan sindikit ini. Sumber yang Mc dapat, memberitahu, dahulu tumpuan mereka hanya dibahagian selatan tanahair, tapi kini kawasan Lembah Kelang juga telah terasa kesannya.
Mc juga telah mendapat panggilan dari seorang penyampai sumber Mc, yang mengatakan ada dalang yang cuba bermain dengan harga dan pasaran gula. Ini semua kerja orang tamak yang mahu kerajaan Mlalaysia naikan harga gula hingga ke rm2.00. Mereka ini mahu harga gula rm2.00 sekilogram. Setanding dengan harga gula di sekitar Asia Tenggara yang lain.
Mc diberitahu, kerajaan mungkin hanya akan naikkan harga gula dari rm1.65 ke rm1.70, atas sebab itu, pihak yang tidak bertanggung jawab ini cuba memberi tekanan kepada rakyat dengan mengurangkan jumlah pengedaran gula didalam pasaran. Sekaligus akibatnya, akan ditanggung oleh kerajaan. Rakyat mungkin akan bising kerana kekurang gula, permintaan akan meningkat, mahu tidak mahu, kerajaan akan terpaksa naikkan harga gula.
Sebab itu, kita kena elakkan semua ini berlaku. Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera bagi mencegah barua pencekik rakyat ini cuba mengugut kerajaan untuk menaikkan harga gula. Bila harga gula naik, ini akan membebankan kita, sebagai rakyat biasa!
Semua ini Mc lakukan demi pendedahan sebenar, bahawa ada dalang yang cuba menyembunyikan gula, meningkatkan permintaan dan berhasrat menaikkan harga gula. Kalau tidak percaya, turun padang, pergi tanya taukeh kedai runcit. Di Lembah Kelang juga sudah terasa kesannya.
MctHeory:
Turun lakukan siasatan dan tangkap dalang disebaliknya untuk kesejahteraan rakyat! Jangan tunduk akan kemahuan barua-barua gula ini.
BIASALA, MEREKA INI MEMANG BERUK YANG SUKA MENCEKIK DARAH RAKYAT! PATUT KENA HUKUM!
BalasPadamYang peliknya permit import gula hanya di beri kepada satu individu sahaja.. mengapa ehh ? Macam dah ada MOU yang individu berkenaan sahaja di benarkan mengimport Gula !!! Yang kaya bertambah kaya, rakyat biasa juga yang menanggung derita .
BalasPadamkonsepnya mudah je. selagi pengedaran gula berada ditangan kaum yang hanya mementingkan duit maka perkara ini akan sentiasa berlaku. Mereka sebagai orang tengah mendapat untung berlipat kali ganda, petani seciput je, manakala pembeli menanggung padahnya. Patut kerajaan membina satu perbadanan yang mengawal pengeluaran gula seperti felda yang mengawal pegeluaran minyak sawit. Banyak tanah kerajaan terbiar yang boleh ditanam dengan tebu. sama juga dengan ayam dan sebagainye yang sentiasa naik harga disebabkan oleh ketamakkan sesuatu kaum
BalasPadamsape nak import gula masuk malaysia
BalasPadamharga import RM3.20(gula di proses)
nak jual RM 1.65.......atau RM3.50....lu fikir la sendiri.....
Aku amat bersyukur di semenanjung harga gula masih kata masih murah berbanding sabah sarawak (rm1.65). Namun begitu aku amat bersimpati dengan saudara saudara kita di sesetengah daerah di sarawak...harga gula di kampung rm2.70 - rm3.20 sekilo! contoh masa raya dulu anak saya beraya dengan keluarga angkat kat SPAUH, sri aman harga gula masa tu RM2.90!!! orang kampung kata nak buat macamana nak tak nak beli jugak walaupun harga rm5/kg. sekali lagi kita di mayala ni patut lebih bersyukur.
BalasPadamagaknya bila kita boleh menikmati 1MALAYSIA 1HARGA?????
dATUK iSMAIL sABRI TOLONG TENGOK HAL NI YEEE....