Pages
▼
Ahad, 21 Februari 2010
KES LIWAT ANWAR: HADI AWANG TAKUT, ATAU HARAKAH SPIN CERITA?
Semalam Mc tergelak sendiri, apabila terbaca dua berita yang sama dan dilaporkan cara berbeza. Tak tahulah Mc, sama ada Mc salah baca, atau tukang lapor yang salah tulis.
Mengikut berita dilaporkan oleh bernama, Hadi Awang, President Pas menyelar 50 ahli parlimen kangaroo kerana campur tangan mereka keatas kes liwat anwar, yang mendesak kes liwat anwar digugurkan.
Hadi Awang dilaporkan, berkata menyelar 50 ahli parlimen Australia kerana campur tangan asing keatas keputusan dan undang-undang mahkamah Malaysia.
Tapi dalam Harakah pula, lain yang dilaporkan, mereka lebih memberi keutamaan tentang laporan Hadi Awang yang mempertikaikan mahkamah kerana berada dibawah jabatan Perdana Menteri.
Memang benar dalam temubual Hadi dengan bernama, Hadi juga ada pertikaikan bidang kehakiman, tapi selama ini pembangkang hanya mengsyaki, tiada sebarang bukti yang menunjukkan mahkamah dikuasai oleh Jabatan Perdana Menteri.
Mungkin disebabkan takut ahlul Pas bising atas kenyataannya, Hadi sekali lagi meminta Setiausaha politiknya menjelaskan isu berkenaan dengan mengubah kenyataannya. Daripada selar, menjadi tidak setuju.
Semua laporan tadi boleh baca kat sini, sini dan di sini
Bagi mengikut pandangan Mc, apa yang Hadi Awang kata adalah betul, biarkan anwar dinilai oleh mahkamah, tanpa sebarang campur tangan asing. Kerana mereka tidak menghormati undang-undang kita jika mereka campur tangan.
Mungkin Hadi mahu melihat adakah anwar boleh dipercayai atau tidak. Ataupun Hadi sudah tidak mempercayai anwar lagi, kerana sering menunda kesnya dimahkamah. Biarkan mahkamah menilai kes liwat anwar ini adalah keputusan yang bijak.
MctHeory:
Nampaknya sekarang, Hadi Awang lebih pandai berfikir berbanding politik sempit N.ajis. Kerajaan Perpaduan, apa cerita? Senyap je?
Hadi tersepit sama ada nak sokong umno ke atau kena maki dengan n.ajis.
BalasPadamMacam CIFUT. Kejap di luar kejap di dalam...........
BalasPadamBetul tu mat!
BalasPadambertaubat hai org yang diberi akal oleh Allah swt.... fitnah dosanya sgt berat di akhirat kelak... agak2 nya boleh lepas kerrr
BalasPadam