Pages

Khamis, 25 Februari 2010

SYABAS DS NAJIB! KDNK NEGARA NAIK 4.5 Peratus!


Baca petikan berita dibawah, satu lagi bukti bahawa Ds Najib menguruskan negara dengan baik sekali. Walaupun dunia berdepan dengan kegawatan ekonomi, tetapi Ds Najib tetap dapat menjana ekonomi negara dengan baik sekali. Nampak sangat perancangan beliau berjaya.

Kita tahu bahawa, anwar selalu menyindir Ds Najib dengan mengatakan Ds Najib tidak pandai mentadbir negara dan tidak pandai uruskan ekonomi. Ternyata anwar silap dan temberangnya tidak menjadi lagi.

BATU GAJAH, 25 Feb - Pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lepas sebenarnya memperlihatkan bahawa segala perancangan dan usaha kerajaan diuruskan dengan baik, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Pencapaian itu adalah satu perkembangan yang positif dan menunjukkan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengendalikan ekonomi negara sangat baik dan menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) di Kampung Sindhu di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pencapaian ekonomi negara yang mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang positif sebanyak 4.5 peratus dalam suku keempat 2009, disokong oleh permintaan domestik dan luar negara yang lebih kukuh.

Zambry berkata dengan pencapaian itu, rakyat dapat melihat bagaimana pendekatan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan memberi kesan baik dalam usaha membendung kemelesetan ekonomi.

"Beliau memperkenalkan satu struktur ekonomi yang berteraskan kepada daya saing serta impak yang tinggi dalam semua sektor dan bidang ekonomi," katanya.

Mengenai PPMS, Zambry berkata ia adalah antara usaha kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan di Perak.

PPMS merupakan program yang menempatkan golongan miskin tegar di sesebuah kawasan berdasarkan kesesuaian sebuah tempat dengan menyediakan rumah tiga bilik yang selesa serta kegiatan ekonomi untuk mereka.

Zambry berkata kerajaan negeri juga akan menilai semula perancangan pembasmian miskin tegar sebelum ini yang mempunyai beberapa kelemahan supaya semua usaha dapat dilaksanakan melalui pendekatan bersepadu yang lebih efisyen
. - BERNAMA

MctHeory:
Apa kata pembangkang yang dok bising-bising pasal ekonomi? Takmau Komen apa-apa ka? Anwar? Kit Siang? Guan Eng? Mahfuz? AnyOne?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!