Pages

Jumaat, 26 Mac 2010

RACUN DIDALAM UMNO!



Mc baru balik dari perjalanan yang jauh melihat dan menjelajah dari satu kampung ke satu kampung melihat perkembangan penduduk, ekonomi dan politik dikawasan setempat. Banyak cerita mengenai kawasan setempat yang Mc dengar.

Johor adalah negeri lahirnya UMNO. Johor merupakan kawasan kubu kuat UMNO. Bak kata orang Johor, kalau bertanding pilihanraya, letak songkok pun boleh menang. Itu kata orang Johor la. Mungkin ayat tu boleh digunakan pada 10tahun dahulu, dimana semangat kaum melayu terhadap UMNO begitu kuat.

Tapi sekarang bila UMNO dah mungkin terlalu selesa di Johor, ramai pemimpin bawahannya yang lupa diri bahawa dia dilantik untuk menjaga rakyat dan kawasannya. Malah ada yang sudah berlagak sombong dengan mengenepikan kepentingan penduduk setempat. Ini adalah kisah benar yang Mc dapat semasa pengembaraan Mc dari satu tempat ke satu tempat.

Contohnya Mc ambil daerah Pagoh, Muar, Johor. Kawasan dimana semangat UMNO masih kuat dan menebal didalam jiwa penduduknya. Hinggakan Pas dan PKR nak masuk kawasan sana pun susah. Tapi! ada dikalangan pemimpin tempatan disana yang mengambil kesempatan diatas kepercayaan penduduk.

Mc mendedahkan ini sebagai ingatan dan amaran kepada UMNO Johor dan Pagoh untuk berwaspada dengan duri dalam daging yang membusukkan nama UMNO dikalangan penduduk. Jika dulu kawasan Pagoh tiada virus parti bulan. Sekarang kita boleh lihat percambahan cawangan Pas disana.

Kenapa penduduk menyokong Pas? Bukan kerana Pas bagus. Bukan kerana Pas parti Islam. Tapi kerana dendam dan geram atas kebongkakkan pemimpin akar umbi yang menyalahgunakan kuasa untuk mempelingkupkan rakyat. Mc mengambil tidak mahu mendedahkan individu terbabit. Mc cuma minta UMNO Johor turun padang dan menyiasat sendiri dakwaan Mc.

Nasihat Mc pergilah jumpa dengan penduduk dan dengar apa masalah mereka. Bukan rugi pun. Mc berasal dari Kedah, Mc tak mahu UMNO Johor retak dan musnah macam UMNO Kedah. Disebabkan sikit masalah dibiarkan begitu lama. Lama kelamaan, masalah yang kecil akan jadi besar dan akan jadi barah yang membawa maut.

Bersihkan nama UMNO dari rasuah dan salahgunakuasa. Tapis dan buang pemimpin UMNO yang ditolak masyarakat. Mungkin ada segelintir yang menyokong pemimpin terbabit, tapi itu hanyalah untuk mencari makan atau disuap untuk menyokongnya.

MctHeory:
Rakyat Sayang Pada UMNO, Cuma rakyat benci akan individu yang guna nama UMNO untuk poket sendiri!

12 ulasan:

  1. toksah dok kata apa aihh...dah memang umno dengan rasuah umpama aur dengan tebing...kalau nak hilangkan rasuah di Malaysia ni...hilangkan umno sekali..

    Din Kajang

    BalasPadam
  2. Betul la cakap Din Kajang tu...

    untuk menghilangkan rasuah di Malaysia, UMNO kena dihilangkan...

    untuk menghapuskan golongan gay di Malaysia, maka seluruh kaum gay termasuklah mereka yang mengamalkan biseksual perlu dihapuskan....

    boleh ker macam tu, Din?

    BalasPadam
  3. Dats rite cucu tok wan. . Mc sokong!

    BalasPadam
  4. Pemerhatipetualang26 Mac 2010 pada 10:41 PG

    Salam kawan

    Memang benar kata saudara itu. UMNO kalau nak kinggup pun dik disebabkan oleh ahli ahli sendiri. Baru dapat jadi Ketua cawanagn dah lagak macam org atasan. Masalah org bawahan tidak di pedulikan lagi. Apa yg mereka tahu perut mesti di isi penuh penuh sementelah UMNO masih memerintah kerana kalau UMNO terjun pasti mereka pun terjun juga.

    Begitu juga kat Pulau Pinang ini. Ada yg memegang jawatan dlm UMNO lagaknya hanya ALLAH yg tahu. Jalan mendabek dada. Hingga sekarang masih ada. Ada pulak yg berkerja dgn GLC tapi buat GLC tu depa yg punya. Gaji dibayar oleh GLC itu tapi masuk dan keluar pejabat buat sesuka hati.Buat pemimpin atasan, kalau nak menang PRU13 nanti, pastikan virus dlm UMNO dihapuskan dulu, inshallah akan berjaya nanti.

    BalasPadam
  5. salam....naper la kita masih dangkal. UMNO adalah pesaka tok tok kita. yang diwariskan kepada anak cucu dengan keikhlasan hati dan kasih sayang supaya waris-waris tidak merempat. "anak kecil main api, terbakar jari nya nanti" wasiat atau 'clise'. dulu abah pergi mesyuarat agung UMNO naik basikal bawa beras segantang skrg balik bawa beras, banyak pulak tu.....melayu2, mengaku islam lagi. sayang, sume lupa kata tun mahathir, ,melayu mudah lupa, sebab dah jadi burung kakak tua..UMNO tidak pernah salah, ahli-ahli UmNO dah banyak yang sesat dan sakit. SEDARLAH bangsa ku, bertaubat lah, org putih kata apa, 'REPENT' betul ker...x paham sangat maklum datuk kita bernama Rono Sentono Bin Arjo Ulama, tapi bukan bersaudara dengan kerabat Haji Rono sate kajang!

    BalasPadam
  6. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga! itu pepatah yang paling tepat!

    BalasPadam
  7. Din Kajang bangang,

    UMNO lah yang berjuang untuk kemerdekaan negara ni....

    UMNO adalah tonggak melayu...cuma hanya perlu digilap dan dibersihkan.

    Bukan dimusnahkan. Bukan senang menghidupkan wadah perjuangan orang Melayu ni...bukan sehari dua...Dari dato Onn hingga kini...Inilah wadah perjuangan bangsa Melayu...

    Belum tentu yang baru boleh membawa kegemilangan orang Melayu...sebab benda yang baru ni perjalanannya masih jauh...contoh PKR...sekarang dah goyah. Begitu juga Pas berubah macam cuaca...sekejap perjuang hudud, sekarang ni mana dia hudud Pas tu? cakap saja nak laksana kena sergah dek karpal langsung senyap.

    Kita masih belum terlambat utuk membersihkan UMNO...bukan menghapuskannya....

    abang Li.

    BalasPadam
  8. Apabila UMNO bagi duit itulah rasuah. Apabila PAS bagi duit itulah amal jariah. Apabila ambil duit UMNO maka haram. Duit dari PAS halal. PAS pun dah ada bini banyak. Nak tanggung bini banyak mengguna duit rasuah balak di Kelantan. Bayar nafkah bini muda RM3.0juta dari duit rasuah balak. PAS di depan amal jariah dan di belakang rasuah.Macam Anwar sama rata & depan belakang sedap sahaja.

    BalasPadam
  9. Mc amat berterima kasih pada semua komentar. Setakat ini ramai yang masih sayangkan UMNO. UMNO masih relevan, cuma kita mahu UMNO digilap dan dibersihkan dari gelaja yang meracun sesetengah ahlinya.

    BalasPadam
  10. UMNO tiada cacat celanya ,yang cacat dan celanya pukimak-pukimak yang ada dalam UMNO ,masok umno bukan hedak berjuang kerana ugama dan bangsa tetapi mencekik sekenyang-kenyangnya apa sahaja yang bolih dapat dan dalam proses untok membesarkan tembolok sendiri umno digadai pon tidak akan diambil hirau.

    Tiada banyak pilihan buat UMNO kalau hendak terus dilihat relevent melainkan menghaposkan mereka yang seperti ini ,walau pon kekurangan ahli tidak mengapa ,buat apa banyak yang membawak rebah.
    Ramai orang menyampah dengan UMNO sekarang ini bukan kerana apa hanya kerana SETAN_SETAN yang berkeliaran dalam UMNO, yang langsong tidak menyumbang kapada perjuangan ugama dan bangsa.

    BalasPadam
  11. betui laa..kalu umno buat utk org melayu,kira pilih bulu...kalau yg lain buat.....betui semua...
    yg dok melingkup umno ni ada 2-3 kerat saja...
    terutamanya sikitol beruk hitam...

    BalasPadam
  12. Seandainya darah yang mengalir dalam tubuh kita semua adalah darah melayu tulen..tak tergamak untuk menghilangkan umno yang telah banyak berjasa kepada bangsa yang bernama melayu...Apalah nak diharapkan pada PAS dan PKR? Pas berjuang untuk memiliki kuasa semata-mata dan telah hilang tujuan daulah islamiahnya..Pkr hanya merupakan perjuangan individu yang punya keinginan yang terlalu tinggi...
    Virus parti ada dalam semua parti politik di malaysia malah negara2 lain didunia..
    Insyaallah PM yang baru ini bukan kaki tidur atau mengguna proksi untuk sebarang urusan negara.
    Kepada Din kajang hanya ini saja yang layak diucapkan pada anda.. "MELAYU BANGSAT TAK SEDAR DIRI"

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!