Pages
▼
Sabtu, 27 Mac 2010
SELANGOR JUARA 'LENDIR' (MESTI BACA!)
Dalam posting terdahulu Mc pernah mendedahkan mengenai kedai menjual minuman keras, Pub dan Cybercafe (game+judi) semakin bersepah tumbuh disekitar Petaling Jaya, Subang dan Sunway. Mc ingat cuma perkara ini saja yang timbul, rupanya ada yang lebih advance dan lebih dahsyat yang berlaku di Selangor akhir-akhir ni.
Tumbuhnya kelab malam dan pub bistro tu satu perkara, ni ada satu lagi bisnes 'baik' punya dah terjadi diantara kelab-kelab malam. Walaupun bukan semua, tapi ada diantara kelab malam ni yang menawarkan khidmat jualan lendir. Atau dalam bahasa lebih jelas lagi adalah pelacuran. Mc tak tahu macam mana perkara ini boleh terlepas pandang, tapi inilah hakikat yang berlaku.
Setakat ini Mc dah mengenal pasti ada beberapa kelab yang menjadi sarang urus niaga ini. Dua kelab dekat Sunway, satu dekat Lagoon Perdana dan satu lagi karaoke dekat PJS 8/9. Jikalau pembaca tidak percaya boleh lihat sendiri. Perniagaan ini bermula dari jam 7 petang. Di depan kelab ada dua-tiga ekor ayam yang sedang menunggu pelanggan dan didalamnya pasti ada seorang taiko cina yang sentiasa memerhati gerak geri dari jauh.
Mc mengambil masa seminggu juga untuk memerhatikan keadaan. Memang betul ada bisnes haram disebalik bisnes kelab atau bistro. Satu kelab bernama 'M***o' dan kelab 'Y****a' beroperasi betul-betul berhampiran Sunway Piramid. Manakala Kelab **** Sukan (nama baik punya) beroperasi di Lagoon Perdana. Belum lagi kira kelab di sekitar Bukit Segar pun bersepah..siap ada poster untuk tarian istimewa untuk tengah malam.
Jual belinya mengunakan ejen atau orang tengah (bapak ayam) yang akan berurus niaga bagi pihak anda mungkin atas sebab-sebab keselamatan. Pasti ada pembaca yang terfikir Jikalau blogger jalanan seperti Mc boleh nampak keadaan ini. Kenapakah penguatkuasa tidak boleh ambil tindakan? Nak tahu kenapa?. Mc dimaklumkan, sewaktu ada serbuan oleh pihak penguatkuasa. Kelab-kelab ini telah tutup terlebih dahulu sebelum penguatkuasa datang. Pelik Bukan! Bagaimana kelab-kelab seperti ini boleh tahu tindak tanduk serbuan pihak berkuasa?
Apakah ada orang 'dalam' yang mendedahkan semua serbuan dari pihak berkuasa? Mc tak dapat jawab semua ini, kerana Mc tak ada bukti untuk didedahkan. Tapi Insyallah Mc akan cuba masuk kedalam pihak berkuasa dan mencari siapa punca dan dalang sebenar disebalik semua ini. Apa yang pasti, sejak Pakatan Haram berkuasa di Selangor, banyak kelab seperti ini wujud. Kenapa ye? Adakah ini salah satu janaan ekonomi cara baru dari Pakatan Haram Selangor yang didalangi oleh Dap?
kemana perginya Pas Selangor? Merajuk menghilangkan diri, atau tak sudah-sudah menikus? Apakah ini kemajuan yang penduduk Selangor inginkan? Adakah ini yang orang Selangor mahu dalam pentadbiran Pakatan Haram? Cuba jawab sikit. Kata lesen hiburan tak dikeluarkan..tapi kelab haram macam ni tumbuhnya tak terkawal. Apa cerita ni?
MctHeory:
Tunggu pendedahan bab 'Mak Nyah' dan 'pengedaran dadah di Selangor'
wahh dasat betul selangor sekarang! maju sungguh dibawah pr ni ye.
BalasPadamct
Semua ni dah terjadi dari zaman umno lagi. soo...jangan salahkan Pakatan...
BalasPadamDin Kajang
wohoo dari zaman umno lagik eh..tapi bawah pr makin menjadi2 apakehall tuh??macam ni nak tadbir negara?? alamat lingkuplaa...kau si din kajang nasib baik la hidup lagi..
BalasPadammangla maju ct...depa terlebih lebih lebih lagi rasuah dr pemimpin dolu...dh lupa diri pun...org pas jd tikus sbb jaga periuk nasi jg beb..aiya dh tau tanya plak....smg rakyat sedar segala tipu muslihat,tipu daya, tipu tipu tipu dan segala jenis tipu yg ada di muka bumi selagi hati x puas mengaut kekayaan utk diri sendiri.....
BalasPadamZaman UMNO sudah ada tapi di kawal hanya 500 buah saja diluluskan tak dijalankan dikawasan org melayu tapi bila PR perintah Bukan 500 permis di luluskan tapi sudah melebehi 500 permis muking lebeh 1000 permis semua tempat ada penjualan ayer lendir ni sampai nak meloyakan prit prit....selangor
BalasPadamumno yang galakkan maksiat! umno yang buka kilang arak dan luluskan lesen hiburan! jangan salahkan pakatan!
BalasPadamDin
Kenalan saya seorang Cina yang ada foot reflexlogy di Sunway Mentari amat marah pada Khir Toyo pada masa BN dulu sebab selalu sangat buat operasi.
BalasPadamSalah satu sebab mengapa BN Kalah adalah kerana USAHA MEMBENTRAS Maksiat terkutuk ini.
PR TAHU RAHSIA ini, sebab itu mereka tutup sebelah mata, lagi pun Business Cina sinonim dengan benda benda macam ni. Mereka tak kisah akhlaq, janji poket penuh.
Sekarang zaman PR. Jangan sebut lagi pasal UMNO. Tolonglah buka mata dan minda.
Janganlah bila baik yang UMNO tinggalkan dulu buat buat tak nampak dan tak ingat. Bila maksiat depan mata tak tahu nak salahkan siapa, takut nak salahkan Elizabeth WOng, Khalid dan kuncu kuncu alih telunjuk ke UMNO.
Kau orang nak rasa Cina perintah Selangor, inilah habuan permulaan. Terimalah. Bila Khir Toyo dulu bising. Sekarang ini bisinglah.
Ataupun LANTAKlah, nak mampus dengan zina dan AIDs mereka ni semua lantaklah.
Khir Toyo pun satu, patutnya dulu LANTAKkan sahaja. Biar mampus awal kena AIDs dia orang ni semua.
Pakatan buat apa semua exco ugama nya goyang teloq bukan tak nampak buta ke mata kira dari zaman UMNO perintah selangor ada kah banyak macam sekarang disana sini rumah urut kaki lah urut lutut lah urut batang lah pelacur bertambah tambah ramai macam anak ayam bro..jangan salahkan UBN apa UBN buat ada lah tepat rumah jalang,rumah urut di kawal kami salahkan Pakatan tak buat kerja tau dak.
BalasPadammemang menjadi sifat semulajadi parti pas. berfikiran sempit. semasa membisikkan kata halus untuk menghapuskan rasuah, menghapuskan keruntuhan moral muda-mudi masakini, menghapuskan maksiat, menghapuskan rasuah dan berbagai macam lagi nak dihapuskan. rupa-rupanya suara melayu sahaja yang dapat mereka hapuskan. adakah ini bisikkan syaitan???
BalasPadamKalau si ikutkan kata si Din Kajang tu, secara analogi la -" Perangai aku buruk hari ini sebab MAK BAPA aku punya pasal la, dia orang dulu pun penagih dadah dan pelacur...."
BalasPadamItulah alasan tipikal puak pengencing Rakyat, segala2 nya sebab salah orang lain, bila dah diberi peluang memerintah, keadaan menjadi bertambah teruk. Nampak sangat la, walaupun MB seorang Melayu Islam, tetapi hanya mengikut telunjuk kafir DAPig je. Maklumlah, Ustad Ronnie pujaan puak Pengencing Rakyat berkuasa dalam segalanya, polis pun tak boleh sentuh.... Kepala Gangster le katakan.
Hahahahaha.....
PAS 4 ALL = PISS 2 ALL
dasyat betul Mc ...
BalasPadamhang lebih advance dr Harian metro , 999 ,dan Aduan Rakyat ..hehehe
syabas bro ..dedahkan gejala maksiat ini semua . skrg ini jumlah anak luar nikah sudah 17000 !! mau tunggu apa lagi PBT dan polis , serbu saja tempat2 ini ..
nik aziz ooi, dengaq habaq kat Puchong SelANGOR dah jadi HongKong,ada orang siang hari kepiah putih janggut sejemput, bila malam dah tau masuk pub.tahun 2007 Puchong ada 10 pub dan rumah urut,sekarang tak kurang dari 30,.tu baru 2 tahun prentah byangkan kalau ronni liew ada lagi 20 tahun puchong akan jadi HADYAI.syiok oo berenang dalam lendiaq. MAT SABU MESTI SYOK NI.
BalasPadamTerima Kasih kepada komentar. . Mc cuma dedahkan betapa teruknya pembangunan sosial yang tidak terkawal di Selangor. Pakatan sibuk ceramah dan fitnah, mana ada masa nak tengok semua ni. . err. .jangan pula ada komentar yang pergi tempat yang Mc katakan tu, sebab tempat tu memang wujud!. .elakkan ya!
BalasPadamsemua sama ... semua bengong .. semua tolol .. jum bukak parti sendiri .. haha
BalasPadamAKu ingat lagi hassan Ali kempen..esok PKr menang kita tutup kilang Carlsberg....dah menang bukan tutup tambah besor lak !!!
BalasPadamBenda2 ni dah lama kat KL. Setahu saya sejak tahun 90-an pun aku dah tengok mcm2. Blogger tolong jgn kaitkan benda2 ni ngan PR. X mrk yg buka pub2 ni. Tahun 2000 dulu aku pernah gi 1 pub ngan boss aku. Dia tu Datuk. Aku tlg hantar je (Drebar) bila aku masuk pub tu, terkejut benor. Semua waiter ngan waitress pakai bowtie je. xde benda lain tutup badan. Sehelai benang pun xde. laki ngan pompuan sameje. Cust semua datuk2 datin2. Banyak betul menteri2 kat dalam tu. Engkau cakaplah sapa je menteri ke timbalan menteri ke semua, Melayu ada Cina pun ada. Semua org BN. Datuk kata pub tu milik 1 menteri Melayu. Aku xnak sebut nama kat sini. Nanti binasa badan gue. Dia kate ada 3-4 pub mcm tu kat KL. Yg lebih malu aku tengok isteri2 menteri kita gatal sampai main ngan budak waiter depan suami mereka. Buat malu org melayu je.
BalasPadamJadi brader jgn marah. Org PR pun aku ada tengok jugak x takde tapi sikit je. Tapi yg penting siapa punya pub tu. Itulah yg penting. Kalau nak kira betul2, PR ngan BN samaje. 2x5.