Pages
▼
Khamis, 11 Mac 2010
SIAPA KATA UMNO BAGUS DAN BAIK?!
Mc nak mengutarakan topic berkaitan dengan soal parti UMNO. Bagaimana kisah disebalik kekukuhan UMNO dan kecelaruan pimpinan UMNO dicawangan, bahagian dan juga peringkat pusat. Selama Mc berblog ni. Mc tak pernah kata UMNO tersangat bagus dan tersangatlah baik. Bagi Mc, di Malaysia kini hanya UMNO parti politik yang betul-betul memperjuangkan agama Islam dan kaum Melayu.
Kalau nak dibandingkan UMNO dengan Pas dan PKR. UMNO lebih konsisten dan jauh berpengalaman dalam mentadbir negara bagi membela Islam dan kaum melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial. Janganlah sebut Dap. Dap lagi la teruk, Dap ni umpama api dalam sekam, depannya baik belakang dia boleh terkam.
Mc mengakui ada pemimpin dan ahli UMNO ada yang merasuah, ada juga yang jahat dan ada yang gila kuasa! tapi itu pemimpin UMNO. Bukan parti UMNO. UMNO tak mengajar ahlinya berasuah! tak menyuruh pemimpinnya berebutkan jawatan dan kuasa. Apa yang mahu diperjuangkan oleh parti yang bernama UMNO ialah Agama, Bangsa dan Tanah Air. Hanya itu matlamat utama.
Mengapa sering pembangkang mengatakan UMNO parti perasuah? Adakah semua orang UMNO merasuah? Mana ada! Semua main cakap ikut sedap mulut je. Yang merasuah berapa kerat je, yang makan rasuah pun berapa orang je. Banyak lagi yang sanggup berkorban untuk parti. Contoh terdekat ialah blogger. Ramai kata blogger UMNO ni ada penaja dan dibayar! What da F**k! mana ada!
Paling kelakar, apabila Mc cuba mengkritik pemimpin UMNO yang ada dikaitkan salah laku dan disiplin parti. Akhirnya Mc dituduh sebagai hamba pencacai pula. Yang menuduh Mc ni pula bukan orang lain, tapi ahli UMNO sendiri. Mereka yang membela bos mereka secara membuta tuli ni adalah bodoh dan benggap! Walaupun bos mereka melakukan kesalahan didepan mata mereka pun. Mereka akan tetap membela bos mereka itu.
Setialah pada parti! Bukan pada individu. Kalau sayang sangat pada pemimpin terbabit, suruh dia keluar parti dan buka parti baru. Kita tengok berapa kerat sangat nak ikut dia. Zaman sekarang bukan senang nak cari yang setiakawan, tapi senang aje nak cari yang SETIAKATWANG!
Mungkin mereka yang menghina Mc dan mengutuk Mc ni tak pernah rasa menjadi ahli bawahan dan berada bawah pada pemimpin yang SUKAKATWANG! Ikut suka korang la. Kalau korang rasa korang aje yang betul dan korang aje yang hero. Korang boleh teruskan perjuangan haprak korang yang memperjuangkan individu memperabiskan beras dalam UMNO.
Mc menegur bukan nak derhaka! Mc menegur kerana sayangkan parti! Mc setia pada parti bukan pada individu. Mc bukan blogger berbayar, jauh sekali tajaan sesiapa. Siapa la nak taja blog ni! Bukan popular pun! Guna akai la. Kalau tak tahan kena kritik, janganla langkah masuk politik! Baik masuk politeknik atau poliklinik!
MctHeory:
Sokong biar untuk berubah! Bukan sokong yang membawa rebah!
>>___<<
BalasPadamUMNO rosak sbb ahlinya ...
bukan sbb UMNO tu sendiri ...
Bukan semua pemimpin UMNO ni yang boleh terima teguran..
BalasPadamOtak mereka bukan fikir nak membela rakyat tapi camna nak tambah hasil kekayaan sahaja!
Kita punya pemimpin atasan pun satu. Buat - buat tak nampak je..!
Nak bertindak pun takut lebih -lebih lagi kalau sepupu sendiri!
mmpphhh...
begitulah hakikatnya mc.walaupun blog ni tak popular tapi saya selalu terpanggil untuk membacanya.teruskan.
BalasPadamsetuju dengan pendapat MC.lihat pada dasar parti,bukan pemimpinnya.mana yang x betul tu la patut diberi teguran sebaiknya.bukannya saman-menyaman,melatah x tentu fasal...beberapa kerat yang bermasalah ni lah yang patut disingkirkan...
BalasPadam