Pages

Jumaat, 2 April 2010

APA DOSANYA 1 MALAYSIA?



1Malaysia adalah slogan dan cara hidup baru yang mahu Ds Najib tekankan kepada semua rakyat Malaysia. Bukannya Ds Najib mahu semua rakyat Malaysia bergaduh, berbunuh dan benci sesama sendiri. Apa yang dibawa oleh 1Malaysia ialah untuk semua rakyat Malaysia bersatu dibawah satu label iaitu bangsa Malaysia.

Walaupun kita berlainan bangsa, tetapi hakikatnya kita sudah dapat menerima cara kehidupan dan budaya di Malaysia. Jadi ada masalah ke dengan cara hidup 1Malaysia? Apa yang Pakatan Haram kecohkan sangat? Jika 1Malaysia membawa semua rakyat Malaysia kejalan yang satu iaitu bersatu padu, adakah itu satu masalah? Apa kena mengena 1Malaysia kita dengan negara luar? Takdak kena mengena pun.

Sedarlah wahai kita rakyat Malaysia, bahawa ada racun yang selalu cuma mencemari minda kita dengan perkara-perkara buruk. Dulu dikitakan 1Malaysia ciplak Dap Malaysian Malaysia. Sekarang kata pula 1Malaysia tiru Israel dan berbagai lagi perkara buruk yang cuba dikaitkan dengan 1Malaysia.

Kita rakyat Malaysia mudah memahami 1Malaysia. Tak pula ada perkara buruk yang ditekankan dalam 1Malaysia, yang ada semuanya membawa kearah kebaikkan. Tapi apa yang buruknya dan dosanya pasal 1Malaysia ni?

Buruk dan dosanya 1Malaysia pada Pakatan Haram apabila rakyat dapat menerima seruan Ds Najib bagi menyahut jiwa 1Malaysia supaya tersemat dihati mereka. Bila rakyat sudah senang dengan slogan 1Malaysia dan cara hidup 1Malaysia. Maka susahlah Pakatan Haram aka Pembangkang untuk cuba memujuk rakyat memilih mereka. Kerana rakyat sudah selesa dengan Ds Najib dan pimpinannya.

Sesungguhnya Anwar dan Pakatan Haramnya tidak pernah suka negara kita ini aman damai. Ada saja salah dan silap yang akan dicari untuk cuba meracun pemikiran rakyat. Pelbagai tohmahan dan fitnah disebarkan bagi menganggu gugat kedamaian dan keharmonian negara. Semua ini hanyalah kerana mahu negara ini tidak stabil dan bagi memenuhi nafsunya yang sekian lama mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apakah kita rakyat Malaysia perlu bersubahat dengan nafsu anwar yang sememangnya songsang ini? Sebagai rakyat kita semestinya mahu hidup aman damai dan tenteram. Serta ekonomi dan politk yang stabil. Jadi perlukah kita pertaruhkan masa depan kita dan anak cucu kita kepada peliwat tegar ini? Yakin kah anda kepadanya?

MctHeory:
Dah nama pun Perosak Rakyat! Habis negara digadainya jika mereka berkuasa kelak!

2 ulasan:

  1. 1Malaysia adalah satu slogan najib yg syok sndiri saja. Takde apa2 pun yg penting. Cuma utk mnipu rakyat smata!

    BalasPadam
  2. APA BUKTI DSN MENIPU RAKYAT SEMATA DENGAN IDEA 1MALAYSIA?? ADA FAKTAKAH WAHAI ABU LAHAB ZAMAN MODEN?lETAKKAN HUJJAH DAN FAKTA YANG MENOKONG KOMEN ANDA...JANGAN JADI ANJING YANG HANYA TAHU MENYALAK SAHUT MENYAHUT TAPI TAK TAHU MENGAPA.....POOORAHHHHHHHHH!

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!