Pages
▼
Khamis, 1 April 2010
Isu APCO dan 1Malaysia!
Jawapan Balas yang menarik dari usaha blogger pro UMNO. Mesti Baca!
Mereka kata : Hubungan pemimpin-pemimpin Umno-BN, khususnya Perdana Menteri, menggunakan konsultan APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat, jelas amat membahayakan negara.
Sebagai sebuah negara yang dihormati sebagai antara peneraju pergerakan negara-negara Islam, adalah amat malang dan memalukan apabila pemimpin Umno-BN, membuat hubungan rasmi dengan agen-agen yahudi untuk mempromosikan agenda mereka.
Kita kata : Tuduhan bahawa Malaysia ada kaitan dengan APCO adalah sangat dangkal sekali dan seluruh rakyat 1Malaysia sudah membaca penafian APCO. Setakat ini Raja Petra sahaja yang menggosipkan perkara tersebut. Isu ini ditimbulkan oleh Raja Fitnah yang terkenal di 1Dunia bernama Raja Petra.
Ada komen menarik di blog Perisik Rakyat berhubung isu ini :
1... Kutipan cukai langsung tahun 2008 Kelantan sekitar RM214 juta. Dan penyumbang utama adalah dari TESCO. Jelas dan jangan lupa Jangan lupa bahawa dulu benci yahudi skg dah sayang...besar lak tu. Kita masih menanti fatwa dar pencacai PR, jika dahulu mengharamkan BN kerana berurusan dgn TESCO bagai mana pula dgn KELANTAN yg hidup dgn cukai TESCO KB?
bagaimana Kerajaan Pas Kelantan yang mendakwa Islamik itu boleh pula membenarkan Tesco beroperasi di negeri Serambi Mekah ini sedangkan Tesco disifatkan sebagai milik Yahudi dan menyokong Zionis Israel? Fakta ini bukanlah bermakna Kerajaan anti-Tesco, tetapi sekadar menempelak sikap pemimpin PAS sebelum ini.
2... Dalam blog Raja Petra Kamarudin, beliau mengakui semasa dia mengetuai kempen memungut derma untuk Anwar Ibrahim, bekas ketua Pemuda Keadilan Nasional Ezam Mohd Noor dan setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan Anuar Shaari telah betolak ke Amerika untuk mengambil wang daripada George Soros.
3... Manakal Ezam (yg dahulunya ketua Pemuda Keadilan Nasional) menyatakan Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar mengetuai rombongan untuk melobi Geoge Soros supaya membantu Anwar dan PKR dari sudut kewangan.
4... Tidak dinafikan Anwar adalah pemimpin Foundation For Future (FFF), yang menurut menurut Washington Post, Jabatan Luar Negeri Amerika mengakui telah memberikan sumbangan hampir dua-pertiga kepada yayasan tersebut dengan anggaran $56 juta Dollar US.
5... Sehingga kini Anwar Ibrahim juga adalah Ahli Jawatankuasa dalam International Criss Group (IGC) ICG dibina pada tahun 1995, oleh tokoh-tokoh Yahudi Amerika Syarikat iaitu Mark Malloch Brown, (ketika itu) Naib Presiden Bank Dunia dan Morton Abramowitz, bekas penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat, dgn tujuan untuk memastikan aset milik Yahudi tidak terhakis. Dan Krisis kemelesetan ekonomi dunia berlaku pada 1997 yg disebabkan oleh penyagak matawang berbangsa yahudi dan teman rapat Anwar.
6... Forum Dunia US-Islam ke 7 ini DITAJA oleh Saban Center of the Brookings Institution. Iaitu satu badan Yahudi Amerika yang modus operandinya adalah untuk menghalalkan kekejaman Israel dan Amerika kepada dunia Islam. Salah satu sumbangan badan ini adalah melaksanakan Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel pada tahun 2007 dan menariknya perjanjian itu turut di tandatangani Anwar Ibrahim. Anwar juga pada tahun 2005 telah menyokong perang keatas Iraq dan seperti menghalalkan Perang Amerika ke atas Iraq kerana ingin membodek dan membuktikan beliau adalah sealiran dengan badan itu.
7... Dalam kes sodomi ke-2 Anwar juga jelas bahawa PR adalah anak didik Yahudi. Masakan tidak, belumpun perbicaraan tamat, malah pihak Anwar sendiri masih belum dipanggil untuk memberi keterangan tetapi agen2 kerajaan yahudi mula berkokok mempertahankan anak agen mereka si Anwar Al-juburi. Sebagai contoh Australia, Kemenangan kerajaan Australia sekarang banyak bergantung kepada pengaruh komuniti Gay yang mendapat dokongan dan dorongan Yahudi dan Israel. Malah gerakan Gay yang pertama di Australia sendiri adalah dipelopori kaum Yahudi, Daughters of Bilitis, yang diasaskan dan ditubuhkan pada tahun 1969 di Melbourne, Australia. Kemudian ia diikuti dengan pertubuhan Society Five yang ditubuhkan pada januari 1971, juga di Ibu Kota Melbourne.
Jelas siapa sebenarnya ada hubungan akrab dengan Israel dan siapa yang bukan pro Israel !!!
Mereka kata : Kerajaan BN jelas menodai mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, sekaligus mereka membohongi rakyat, bahawa kononnya mereka mempertahankan Islam dan anti-Zionis.
Rakyat memandang serius, isu kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk membantu BN menguruskan negara dengan mempromosikan slogan 1Malaysia, menyamai slogan 1Israel semasa kerajaan haram Yahudi dipimpin Perdana Menteri, Ehud Barak suatu ketika dahulu.
Kita kata : Sehingga kini bukankah hubungan diplomatik dengan Israel tidak wujud sejak dulu hingga sekarang ? Bukankah ini bukti bahawa Malaysia tidak mengiktiraf Israel walaupun tidak menolak kerjasama dengan pihak yang memberi manfaat kepada negara walaupun Yahudi. Ini pendirian konsisten yang tidak difahami penyokong pembangkang khasnya dari PKR. Mereka juga terlupa bagaiman sokongan kita kepada kempen boikot Israel dan juga bantu Palestin yang disebarkan di media massa dan cetak seluruh negara.
Mereka kata : Dalam hal ini, bukan soal hendak menyamakan Umno dengan Yahudi, tetapi yang dipersoalkan ialah, mengapa Umno yang mendakwa mereka sebuah parti Melayu-Islam menggunakan khidmat perunding Yahudi?
Apa perlunya Yahudi digunakan untuk mempromosikan slogan One Malaysia? Apakah dalam keadaan sekarang, amat mendesak buat Umno untuk menggunakan khidmat Yahudi untuk menyambung hayatnya dalam politik negara?
Kita kata : Jelas kenyataa mereka sendiri menunjukkan kegagalan hujah yang mereka miliki untuk mengaitkan Umno dengan Yahudi. Bagi kita, perhubungan dengan mana mana bangsa selagi tidak membawa mudarat kepada diri,negara atau agama adalah harus dan diterima oleh semua orang yang bersikap rasional. Jika nasihat yang baik meskipun diberi oleh agensi ada kaitan dengan Yahudi untuk mewujudkan perpaduan di negara Malaysia apakah kita tidak wajar menerimanya ?
Nasihat yang menyarankan kita menjayakan konsep 1Malaysia yang sangat bagus ini tentu tidak bercanggah dengan Islam. Soal berapa jumlah yang dibayar tidak timbul kerana natijahnya lebih besar dari jumlah yang dilaburkan. Jika perpecahan berlaku sehingga mengakibatkan kematian, adakah cukup RM 60 juta diguna untuk menghidupkannya kembali ???
Malangnya dalam hal ini kita terlupa bahawa ada orang menerima nasihat, bahkan turut menerima WANG jutaan ringgit untuk membawa ketidakstabilan dalam negara kita(contoh mereka fitnah palsu ) tetapi mereka tidak dikutuk oleh blogger sebelah sana. Adakah ini adil ?
Mereka kata : Kita mendesak supaya Umno-BN yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memperjelaskan keadaan ini. Kita mendesak supaya Umno-BN membatalkan kontrak dengan APCO Worldwide.
Walaupun ada jawapan rasmi kerajaan di Parlimen yang menyatakan bahawa perkhidmatan APCO Worldwide tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi, tetapi yang dipersoalkan sekarang ini, apakah keperluan dan kewajarannya dibayar syarikat Yahudi ini puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat?
Kita kata : Yahudi terkenal dengan kepintaran mereka. Dalam hal ini jika negara mendapatkan pandangan pihak yang pakar untuk tujuan yang memberi faedah kepada negara adakah ia tidak dapat diterima oleh rakyat ?
Isu ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pihak pembangkang selamanya akan membangkang walaupun mereka sendiri memahami isu yang dibangkangkan. Mereka tahu kesan dari hubungan Anwar Ibrahim dengan rangkaian zionis Yahudi di seluruh dunia telah merosakkan imej pembangkang. Justeru mereka mahu menggunakan kesempatan ini untuk menyerang kembali kepimpinan negara kita dengan isu yang sama.
Saya teringat Yahudi turut berperangai sedemikian ketika menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w serta kerasulan baginda seperti yang ditegaskan oleh Al Quran Al Baqarah 146 :
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
Kerajaan Umno-BN seharusnya sedar bahawa perkhidmatan APCO Worldwide, selain digunakan Israel sebagai konsultan propagandanya, perkhidmatannya turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.
Justeru dalam hal sebegini, Kerajaan Umno-BN tidak harus menyembunyikan kepada rakyat, apakah peranan APCO Worldwide yang sebenarnya dan berapakah nilai kontrak yang dibayar kepadanya.
Kerajaan Umno-BN harus mendedahkan kepada rakyat, apakah syor-syor yang diberikan oleh APCO Worldwide kepada semua kementerian yang digunapakai untuk faedah rakyat jelata.
Sebagaimana yang ditegaskan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff di Dewan Rakyat, 22 Mac lepas, "Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara.
"Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel."
Kita kata : kenapa pembangkang begitu beria-ia ingin tahu tentang APCO ini ? adakah kerana mereka sudah nampak kejayaan 1Malaysia sehingga gusar ia akan meruntuhkan kekebalan mereka di minda rakyat ? setakat ini mereka sekadar melontar tuduhan tanpa membawa bukti kepada tuduhan yang dilemparkan. Jelas ini adalah fitnah terbaru yang ingin menukar persepsi rakyat yang sudah menerima konsep 1Malaysia hasil usaha Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menggunakan khidmat pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff, dengan jumlah bayaran yang begitu besar.
Difahamkan, Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.
Malah Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dikecam keras kerana mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di sebuah majlis koktel di Pertunjukan Udara Paris, 17 Julai tahun lalu.
Kesemua bukti ini menunjukkan wujudnya muqabalah antara pemimpin Umno dengan Yahudi, sedangkan pada masa yang sama Yahudi cukup terkenal dengan nama Penyembelih Gaza (The Butcher of Gaza).
Hubungan ini amat menghiris hati umat Islam di negara ini yang majoriti anti-Yahudi. Maka dengan itu, keadaan ini semakin membulatkan tekad rakyat, yang beragama Islam untuk menguburkan Umno pada PRU ke-13 nanti.
HaramkahDaily
Kita kata : jelas propaganda murahan yang mereka mainkan ini ( baca : recyle ) bertujuan untuk memastikan rakyat membenci usaha gagasan 1Malaysia ini selepas ia berjaya diterima oleh rakyat negara kita. Kerana selama ini mereka telah berjaya menghasut Cina dan India sehingga sokongan telah beralih begitu mendadak sekali kepada pembangkang pada PRU lepas. Sehingga mereka menang besar walaupun meletakkan calon yang tidak sesuai untuk menjadi wakil rakyat.
Hari ini selepas mereka gagal mempamerkan kesungguhan dan kejayaan menjadi pentadbir kepada negeri yang diperintah, mereka cuba pula untuk merosakkan agenda nasional yang dibawa oleh pemimpin kita dengan harapan segala pembohongan yang mereka buat atas 'api kemarahan' yang membakar emosi rakyat pada PRU yang lalu akan berterusan.
Percayalah rakyat sekarang sudah cerdik dan tahu menilai mana satu pemimpin atau parti yang mengUTAMAkan rakyat atau mengAUTAkan rakyat.
Pilihan di tangan kita antara auta atau utama rakyat 1Malaysia.
sumber - Kita Gempur
MctHeory:
Isu ini hakikatnya Propa yang tak sudah dari pihak pembangkang!
SEBAGAI PEMERHATI BEBAS
BalasPadamPAB BERSETUJU 100% HUJAHAN BLOGGER PRO-UMNO.
SETELAH DIBANDINGKAN HUJAHAN PRO-PR, JELAS WUJUD KEDANGKALAN HUJAH YANG NYATA DAN DIGUNAKAN BERULANG-ULANG UNTUK MERUNTUHKAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA UMNO/BN
PESANAN PAB... SELEPAS TSUNAMI PRU12.. RAKYAT SUDAH SEDAR YG MANA KACA YG MANA PERMATA..
BUKTINYA KITA AKAN LIHAT PADA PRK P94 NANTI..
Wassalam
Sayonara...