Pages

Isnin, 5 April 2010

PAS LANCAR PERANG P94! UNIT AMAL MULA BERGERAK!



Unit amal Pas? Apa motif penubuhan unit ini? Untuk beramal ke? atau menjaga kekecohan atau menjadi pencetus kekecohan? Mc cuba menyiasat mengenai unit ini yang ditubuhkan di Kelantan dan pada asal tujuan penubuhannya berfungsi seperti rukun tetangga, untuk menjaga kampung.

Tetapi kini Unit Amal Pas kelihatan tak ubah seperti Polis 'Pas'. Setiap kali ceramah atau perhimpunan haram yang Pas adakan pasti ada unit ini untuk mengawal keselamatan dan mengekang asakan dari pihak polis, semasa polis cuba untuk melakukan tangkapan.

Kini, unit ini mengumpul ahli-ahli baru yang terdiri dari bawah umur dan bersekolah rendah untuk dilatih menjadi anggota unit. Latihan yang diberi termasuk seni mempertahankan diri dan cara penggunaan senjata. Apakah relevan unit ini untuk masyarakat? Atau unit ini dilatih supaya menjadi polis kepada Pas?

Mungkin bagi ahlul Pas, PDRM dikatakan polis kepada UMNO/BN maka mereka cuba menubuhkan unit keselamatan sendiri untuk mengekang kemaraan Polis Diraja Malaysia. Unit ini penubuhannya semakin disalahguna dan jika tidak dipandang serius oleh kerajaan ia mungkin akan menjadi barah dalam masyarakat kelak.



Lihatlah berapa beraninya remaja yang dilatih untuk menjaga keselamatan ahlul Pas dan Pakatan Haram untuk membuat kacau dan berhimpun secara haram. Mc diberitahu pengambilan ahli baru bagi unit ini dilakukan secara besar-besaran di negeri bawah pemerintahan Pakatan Haram.

Kerajaan harus memantau dan memandang serius keadaan ini. Jangan terhantuk baru nak mengelabah! Mc juga diberitahu bahawa unit amal diserata negara sudah digerakkan ke Hulu Selangor khas untuk membantu kerja Pakatan Haram disana.

Jika unit amal sudah digerakkan, maka kempen ala gerila pasti akan terjadi di Hulu Selangor. Seperti mana terjadi di Bagan Pinang apabila ketua militan Pas, Tantawi melancarkan serangan kononnya ala jihad kepada UMNO/BN.

Pelbagai taktik kotor Pas dan Pakatan Haram pasti akan dilaksanakan diHulu Selangor. Kita rakyat Malaysia berharap agar PRK ini berjalan lancar dan tiada sebarang musibah yang berlaku.

Mc minta agar anggota UMNO/BN yang berkempen di Hulu Selangor lebih berwaspada kerana Mc merasakkan pergerakkan lebih aggressif dari Unit amal Pas dan pergerakkan kempen yang lebih ganas dari Bagan Pinang.

MctHeory:
Minta-minta menteri amaran tidak sekadar memberi amaran sahaja!

5 ulasan:

  1. menteri amaran lembik dan penakut!

    BalasPadam
  2. ini maknanye org umno sudah takde tulur!

    Din

    BalasPadam
  3. Bro, unit ini akan menjadi seperti pasukan unit khas yg akan mengambil sebarang tindakan semasa komunis berkuasa, semasa Jepun menjajah.... akan bertindak jika ada apa2 yg bakal menggugat parti mereka....

    BalasPadam
  4. Betul tu YG. . Mc pun setuju dengan kata-kata YG. .

    BalasPadam
  5. Unit amal PAS ni bukan untuk buat amal tapi untuk buat kacau diPRK P94 nanti

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!