Pages

Isnin, 28 Februari 2011

SOKONG TINDAKAN JAIP MEMANTAU AKTIVITI MASJID UNTUK SEMENTARA!!


Mc sokong tindakan Jabatan Agama Islam Pahang menghantar wakilnya bagi memantau dan ambil alih sebarang aktiviti oleh AJK Masjid dan Surau di Dun Kerdau. Ini kerana seringkali masjid dan surau digunakan sebagai tempat berkempen oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Disebabkan tindakan tegas pihak JAIP, menyebabkan pemimpin tertinggi Pas dan penyokongnya tidak senang duduk akibat disekat dari mengadakan tazkirah politik didalam masjid.

Walaupun bukan semua masjid dikendalikan oleh AJK yang menyokong Pas, tetapi tindakan wakil pegawai JAIP yang mengawal sebarang aktiviti yang melibatkan parti politik adalah satu tindakan terpuji. Peliharalah masjid dan surau dari disalahgunakan.

Islam tidak melarang kita berpolitik, tetapi menjadi salah apabila Islam digunakan sebagai alat untuk berpolitik.

Sebagai contoh salahguna terjadi di Masjid Rumpun Makmur, hasrat beberapa AJK masjid itu untuk meminta N.ajis menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat. Namun hasrat mereka disekat apabila ada arahan yang melarang tazkirah oleh ahli politik kepada jemaah.

Walaupun dimaklumkan tazkirah yang akan disampaikan oleh N.ajis tidak mengandungi unsur politik, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, hasrat mereka harus disekat.

Siapala yang tak kenal orang tua N.ajis tu, mulut bukan ada insuran pun. Cakap main lepas je, dia bukan kisah, dalam masjid ke, luar masjid ke, bila keluar je perkataan dari mulutnya, pasti akan disabitkan dengan politik.

Harap pendekatan yang dilakukan oleh JAIP ini akan diikuti oleh Jabatan-jabatan Agama Islam daerah dan negeri yang lainnya.

P/s: dengar cerita Pas akan bantah habis-habisan pendekatan baru JAIP ni.

Mctheory:
Nampak sangat, puak penganut Agama Pas ni susah nak diajar!!

1 ulasan:

  1. JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

    • Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

    • Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

    • Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
    • Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

    • Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

    • Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

    • Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!