Pages

Selasa, 15 Mac 2011

KASI GEGAR!! UMNO JOHOR SUDAH TEMPAH BATU NISAN UNTUK PRU KE 13!!


Mc percaya mesti ada yang hentam Mc selepas baca post Mc kali ini. Tapi untuk pengetahuan pembaca dan rakan blog, artikel ini hanyalah sebagai teguran kepada UMNO Johor yang sedang baring malas di atas kerusi empuk. Kata orang, bila dah selalu selesa, kerja pun agak malas sikit. Ia lebih mendatangkan keburukkan dari kebaikkan.

Rasanya Mc baru 4 bulan di Johor. Macam-macam cerita Mc dah dengar, mula-mula malas aje nak layan, tapi lama-lama nampak makin lama makin teruk pulak keadaan politik UMNO Johor sekarang ni.

Sebelum ni Mc dah beritahu, banyak kisah salah laku dan sombong pemimpin UMNO di Johor ni yang Mc dengar dan terima. Kalau gabung-gabung cerita dah boleh jadi Selangor nombor dua dah. Hari ni kita sentuh sikit pasal Kota Tinggi, Kota Tinggi merupakan daerah yang besar di Johor, 3 parlimen dan 6 dun. Semuanya dimenangi oleh UMNO.

Orang kuat-kuat UMNO pun ada sana. Syed Hamid, Halimah, Azalina, Adaham dan lain-lain lagi. Kalau tengok pada hiraki dan organisasi UMNO di Kota Tinggi memang kukuh, malah Kota Tinggi merupakan kubu kuat UMNO. Bila dah jadi kubu kuat ni faham-faham je la, letak la calon apa pun, bah kan kalau letak songkok pun boleh menang.

Disebabkan keyakinan dan keselesaan itulah yang menyebabkan pemimpin tempatan UMNO disana leka dan alpa. Mc taknak sebut nama, cuma pergaduhan diantara Ahli parlimen dan Adun yang kedua-duanya dari UMNO menyebabkan akar umbi yang menyokong pecah belah.

Mula-mula ingat pecah sikit, rupanya lama-lama makin teruk. Hinggakan kalau ahli parlimen tu buat majlis kenduri ke marhaban ke, geng-geng Adun ni akan pulaukan. Sama juga kalau Adun ni buat majlis, geng Ahli parlimen tu pulak yang akan pulaukan. Kiranya UMNO ditempat ni pecah belah tahap kritikal.

Malah pernah ada pergaduhan diantara kedua-dua puak. Sedangkan yang bergaduh tu sama Agama, Bangsa dan Partinya. Keadaan jadi makin teruk apabila Kota Tinggi dilanda banjir. Peruntukkan kepada mangsa banjir dikatakan diseleweng dan diagih secara tidak jujur oleh seorang ahli parlimen di Kota Tinggi, kejadian itu menyebabkan perselisihan faham selama ini menjadi semakin teruk.

Mc ada nama ahli parlimen dan adun yang bergaduh tu. Cuma Mc nak rahsiakan dulu, bila tengok keadaan masih tidak berubah dan masih tegang. Sampai masa Mc akan dedahkan juga identiti mereka ini. Sebenarnya Ahli Parlimen dan Adun tu hanya bergaduh bila dalam mesyuarat dan semasa berbincang, tapi mereka berdua masih lagi boleh pergi 'mengeteh' (minum) sama-sama bila dah selesai kerja.

Yang jadi masalah dan bergaduh, hanyalah pemimpin peringkat bawahan dan penyokong akar umbi, mereka ini yang begitu taksub dengan ketua mereka, hinggakan sanggup bergaduh sesama sendiri. Pemimpin atasan ni pun satu bendul, apabila mereka tahu pepecahan yang berlaku, tapi tiada tindakan yang diambil malah merasa bangga dengan penyokong mereka.

Inilah salah satu penyakit akibat terlalu selesa, sampaikan penyokong sesama parti pun boleh bergaduh. Pas kat sana, hanya tepuk tangan dan tunggu masa. Jika UMNO benar-benar pecah, baru Pas boleh masuk jarum dan ambil alih segala yang boleh. Sudah tentu bila ada yang kecewa mereka akan terjun masuk Pas.

Jika keadaan ini berterusan, nescaya Johor boleh ditawan dengan mudah oleh Pakatan Haram. Bukan kerana UMNO yang lemah, tetapi disebabkan rakyat atas pagar yang menyampah melihat karenah orang-orang UMNO yang berlagak dan bergaduh sesama sendiri.

Itu baru kisah perpecahan, belum lagi masuk kisah peruntukkan yang tak sampai, seleweng, adun bela samseng (orang kanannya sendiri), rasuah dan kroni. Takpa kita simpan dulu, nanti kita pecahkan yang lain pulak.

Artikel ini hanyalah peringatan sekecil hama untuk UMNO Johor dan UMNO Kota Tinggi. Berubat sebelum sakit, berubah sebelum kena, beringat sebelum terhantuk. Jangan terhantuk baru nak gelabah. Jangan sampai UMNO sendiri yang tempah batu nisan untuk PRU ke 13.

P/s: sakit mata orang bawah tengok wehh..

Mctheory:
Jangan sampai PRU ke 13, Johor dibawah Pakatan Haram, sudah laa...

8 ulasan:

  1. Takde sapa nak marah ko Mc. Kelemahan perlu diperbetulkan. Perpecahan lah yang membawa bencana.

    BalasPadam
  2. anda mungkin salah faham. harap jgn cepat mmbuat ksimpulan dr apa yg anda dgr krn ia berbeza dr apa yg org lain alami. keadaan di kota tinggi telah dimaklumkan kpd Kpimpinan tertinggi umno dan mereka sudah sedia maklum serta langkah pembaikan sedang dan akan dibuat. (org tempatan)

    BalasPadam
  3. alaa buat macam biasa la.nak mengundi nanti hulur la dua tiga ratus sorang settel la masalah.

    BalasPadam
  4. Mmasalah kepimpinandan perpecahan dlm parti, itu semua xmenjejaskan sgt undi org Melayu yg mmg sebati dgn UMNO. Yg penting pembangunan kena ada. Kuat x kuat UMNO sampai ada ungkapan "letak batang pisang sbg wakil UMNO pun, UMNO ttp menang".

    BalasPadam
  5. hehe.. aku org johor dan menetap di selangor.. ade kebenarannya cerita ini.. x tahan aksi eksyen pengampu2 pemimpin UMNO johor.. mulut berbuih suruh UMNO negeri lain berubah..sampai x sedar diri masih x berubah2 lg.. sedarlah sikit orang Johor sayangkan UMNO, bukannya sayangkan pemimpin2 jenis ni..

    BalasPadam
  6. WA CILOK SEKEJAP BRO HUHUHU

    BalasPadam
  7. Assalam Bro

    Saya pun orang Johor dan menetap di Selangor. Memang betul Bro, UMNO Johor sedang senang lenang. Kalau ikutkan yang jadi wakil rakyat sekarang ni tak layak pun bertanding. Disebabkan PM anak beranak sebelum ni yang memilih maka banyaklah kaki bodek dalam UMNO Johor. Kalau tak sedar lagi maka tunggulah bila jadi Selangor No 2.

    BalasPadam
  8. dedahkan cepat, org johor dah bosan dgn wyg diorg ni.takkan nak tggu lps PRU13

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!