Jangan terkejut bila baca tajuk Mc tu. Memang benar apa yang Mc katakan. Kalau KL, pirate dvd ni bersepah ditepi jalan dan pasar malam. Kat JB lagi menarik, dalam shopping mall, kedai tepi jalan dan gerai-gerai kecik bersepah kat sini. Mereka menjual pirate dvd macam biasa, macam benda tu tak salah.
Kalau siap boleh bukak kedai tu, apa maknannya? Tersangatlah.. bebasnya. Lagi satu, harga dvd di JB ni tersangatlah murah, memang tak boleh dapat harga macam ni kat KL. Satu dvd rm4, itu kalau satu, kalau beli enam, hanya rm20. Kalau dah jadi pelanggan tetap, taukeh akan bagi satu dvd cuma rm3. Bagi dvd lucah, mahal sikit, rm7 satu dvd. Kalau kat KL mau rm20 atau rm15 paling murah. Sebab tu Mc kata JB ni syurga dvd pirate.
Nak beli dvd kat JB ni, tak susah, kat mana-mana pun ada. Boleh katakan malam-malam, setiap tepi 7 Eleven ada orang jual dvd. Kalau pergi mana-mana shopping kompleks, kebanyakkannya ada kedai dvd haram ni (contohnya Holiday Plaza dan KSL). Mereka buka kedai serupa jual dvd yang halal pulak. Pihak berkuasa tak nampak ke? Atau nak tunggu report baru bertindak?
Mc pernah duduk lepak sembang-sembang dengan taukeh kedai dvd ni. Taukeh kedai dvd ni untung banyak, sebab satu dvd kosnya tak sampai rm0.50 (lima puluh sen). Dia jual rm4, kiranya rm3.50 dah masuk poket. Kerja tak payah, cuma copy dvd je lepas tu jual, sebab tu makin ramai yang jual dvd haram ni, senang dan mashyukkk.
Bab penguatkuasa tu, dia tak risau, sebab kalau ada serbuan, akan ada 'orang' yang akan beritahu dia dulu. 'Orang' ini dibayar untuk memberikan maklumat kepada mereka mengenai gerak kerja dan tempat serbuan. Sebab itu bila penguatkuasa nak serbu je, kedai dvd ni dah tutup pintu.
gambar contoh |
Puak-puak ni pandai, penguatkuasa pun diorang beli, kongsi gelap pun diorang jaga. Kiranya kalau nak benteras, kena dari akar sampai la pucuk. Kalau tak, tak jadi jugak. Mc harap akan ada pihak berwajib dan bertanggungjawab menyelesaikan perkara ini. Sebagai pengguna kami tak kisah, dvd murah kami beli aje, tapi sebagai rakyat, kena la ambil berat, benda salah tu, takkan nak biar.
Jangan main serbu kedai je, rampas. Esok kedai tu bukak balik. Macam tak ada apa-apa. Baik tak payah serbu. Buat penat badan. Mc dedahkan dalam blog bukan nak aibkan sesiapa, cuma nak tegur orang suruh buat kerja, amanah beb, takkan nak tengok saja, makan gaji buta ka? (maaf ye pada yang terasa).
Sekian laporan pada hari ini, banyak lagi benda yang nak dedah ni.. banyaknya benda yang tak kena kat JB ni. Maaf kalau menganggu.. he he he.
P/s: jangan tidor sangat, bangun buat kerja sikit meh..
Mctheory:
Sakit mata memandang, sakit lagi hati yang menanggung.
SLM BRO. JB MMG SYURGA LANUN TOKEY DVD CIPLAK BROO. PENDEK KATA KAT MANA2 JEK BLEY DPT. YG TUT, YG TET, YG TIT SEEEEME ADE!. CUMA SUSAH SKET NAK BANTERAS HABIS2AN SBB BENDA NI SENTIASA DPT SAMBUTAN HEHEH. TP KERAJAAN KENE LA LAKUKAN BERSUNGGUH2. WAT SERBUAN SEMINGGU 3, 4 KALI. JGN AMIK TINDAKAN BERMUSIM PLAK HUHUHU
BalasPadamLa Mc.. banyak kali dah pihak berkuasa serbu.Syurga dvd tahap tinggi adalah di Holiday Plaza tu.Saya orang Johor dan dah bertahun kerja di Holiday Plaza tu... memang camtulah gamaknya...Mcm you katalah hari ni rampas... esok bukak balik..macam takde pape jek dorang ni. yelah permintann tinggi manjang.singaporean pun sangat suka pergi situ.so, sangat susah kot nak membendungnya.haishhh...
BalasPadam