Pages
▼
Khamis, 10 Mac 2011
Mctheory!! KENAPA ORANG BENCI UMNO?? why? why?
Tajuk yang selalu di utarakan di blog-blog puak pembangkang. Kali ni Mc nak menaip mengikut pengalaman dan fikiran Mc. Pada asalnya UMNO adalah nama yang sangat besar dalam kehidupan orang melayu, nama yang semua melayu akan sanjung hingga menjadi sebati dengan kehidupan. Tapi apabila orang-orang dalam UMNO sendiri yang membusukkan nama UMNO, maka ramai melayu terasa diri mereka dipergunakan, diperbodohkan dan dipermain-mainkan.
Ada sesetengah pihak benar-benar ikhlas berjuang demi kepentingan parti dan memegang teguh pada asas Agama, Bangsa dan Tanah Air. Tanpa bayaran, tanpa upah, tanpa mengira titik peluh, sentiasa mengutamakan perjuangan yang sebenar. Dalam masa yang sama, ada juga pihak yang mengambil kesempatan, hanya berjuang untuk kepentingan 'poket dan nama sendiri'.
Tidak lekang masalah dalam UMNO disebabkan duit dan keikhlasan. Selalu yang menjadi mangsa adalah orang yang benar-benar bekerja dan ikhlas dalam parti. Apa salah yang bekerja dengan ikhlas dan baik dijaga dan dibalas dengan kerjanya yang setimpal. Mereka ini bukannya nak duit puluhan ribu, bukannya nak duit juta-juta, mereka ini hanya mahu dihargai.
Salahkah individu penting dalam UMNO yang dilantik ini menjaga rakyat yang menyokong mereka? Tidak kiralah mereka ini ahli UMNO atau tidak, jika mereka sanggup kopakkan poket sendiri untuk perjuangan parti, turun padang untuk berkempen, tinggal anak bini demi parti, pengorbanan mereka ini harus dibayar, kalau bukan dengan upah, tapi dengan penghargaan.
Mc sendiri pernah alami peristiwa apabila hasil kerja kita tidak dihargai, penat lelah kita didengki malah hasilnya dituai oleh orang lain. Tapi itulah realitinya dalam UMNO. Individu-individu sebeginilah yang menjahanamkan UMNO. Orang yang makan hasil daripada usaha tuaian orang lain. UMNO tidak bersalah, cuma orang yang dilantik dalam UMNO yang menyebabkan UMNO kelihatan buruk dan busuk disesetengah mata rakyatnya.
Pertembungan diantara blogger mesra kerajaan dan UMB, merupakan satu kejadian terbaru apabila amanah yang diberi pada yang dilantik, tidak digunakan untuk jalan yang lurus. Hingga menimbulkan bibit kemarahan, akhirnya meletup disebabkan kegagalan orang yang memimpin. Apabila seseorang pemimpin gagal dalam perjuangannya, maka harusla dia berundur diri, dari diundurkan oleh orang lain.
Mc tidak menyokong mana-mana pihak pun, tapi Mc nampak cara blogger mesra kerajaan bergerak dan bekerja. Walaupun tidak diupah, sekurang-kurangnya hargai dan mudahkan kerja mereka untuk bergerak dan bekerja. Jangan sampai orang yang kita sayang menjadi benci.. akhirnya kubu yang kuat akan jatuh dengan sendiri.
P/s: haram makan duit hasil dari titik peluh orang lain...
Mctheory:
UMNO berani berubah!! banyak yang nak kena ubah!!
Jgn salah faham org tak benci pada umno,tapi rakyat meluat pada kerajaan yg di tunjangi Umno.ambil satu contoh saman ekor rakyat di tekan secukupnya.
BalasPadambetul kata Datuk seri Khir Toyo,hanya golongan miskin saja yg ditekan dalam penguatkuasa saman ekor.Bayangkan kawasan 90km highway menuruni bukit.Tup-tup ada perangkap laju.itu baru satu contoh.
Rakyat akan terjemah pada PRU 13 nanti.sama samalah kita tunggu.
I love Umno dulu kini dan selamanya
SAYA DAH LAMA TAHU MENGAPA ORANG BENCI PADA UMNO , TUAN/PUAN BOLEH TANYA KALAU TAK PERCAYA , JAWAPANNYA SUDAH TAHU SEBAB KATA MEREKA ORANG UMNO RASUAH ITU SAJA JAWAPAN YANG SAYA DENGAR . PADA SAYA ORANG MELAYU CUKUP SUKA BERDENGKI DAN IRI HATI ATAS KEKAYAAN,KEJAYAAN DAN KESENANGAN YANG DIMILIKI OLEH SESAORANG PADA MEREKA KALAU ORANG KAYA DAN ORANG UMNO MESTI TERJEBAT DENGAN RASUAH PADA HAL MEREKA LUPA DENGAN MENUDUH ORANG RASUAH TAMPA BUKTI ADALAH BERSDOSA DISISI ALLAH. MEREKA HANYA PANDAI MENUDUH TANPA USUL PEREKSA ,SERAHKAN PERKARA INI PADA YANG BERWAJIB DAN TUHAN ATAS SEGALA PERBUATAN MEREKA JIKA MEREKA BENAR MELAKUKANNYA SAPA KITA HENDAK JATUH HUKUM PADA ORANG.ORANG ORANG YANG BENCI UMNO INI SENTIASA AKAN BUAT FITNAH DAN CERITA YANG BUKAN BUKAN TENTANG KEBURUKAN ORANG UMNO , SAYA RASA MEREKA INI MUNGKIN MENGALAMI SAKIT JIWA TAK DAPAT DENGAR NAMA UMNO. DITEMPAT SAYA ADA TERDAPAT ORANG YANG SAPERTI INI ASAL MULA BUKA MULUT SAJA NAK MENGATA UMNO DAN KERAJAAN TAK BETUL WALHAL DIRI DIA PUN TAK BETUL . MAMAT MAMAT SAPERTI INI TIDAK DISUKAI OLEH RAMAI PENDUDUK SETEMPAT PADA SAYA KALAU BOLEH TAK MAHU TENGOK RUPA NYA DAN KALAU NAMPAK AKAN TERUS BEREDAR SUDAH SAMPAI TAHAP BENCI.PADA SAYA ORANG SAPERTI INI AMAT RAMAI DIKALANGAN PENYOKONG PEMBANGKANG MEREKA AKAN CERIA BILA MENDENGAR ORANG MENGUTUK UMNO DAN KERAJAAN DAN TERUS MENJADI KAWAN KARIB WALHAL ANAK MEREKA BEKERJA DENGAN KERAJAAN DAN MENUNTUT DI ITM.
BalasPadamkalau cikgu menentang kerajaan ialah kerana sebab bebanan kerja tambahan seperti kerja hari sabtu. diorang rasa macam terbeban apabila kerja lebih masa tanpa gaji dibayar, tapi diorang tak melihat orang lain kerja 8AM - 4PM, cikgu kerja 8AM - 1PM, 5 atau 6 jam je, orang lain 8 atau 9 jam, lepas tu cuti, orang lain dapat 30hari, kalau swasta 16 hari, cikgu boleh dapat 2 bulan cuti, itu pun bising kalau kena krusus. macam tak iklas je kerja.
BalasPadamyes stuju ngan anon 10:02 AM. slalu sngt dengar diorang benci umno n kerajaan psl diorang MAKAN RASUAH! sungguh dangkal. bila diorang ckp psl tu, trus aku xnk sembang apa2 psl politik mcm orang nih. otak dah benak kena liwat,spin,auta,kencing ngan pembangkang.
BalasPadamHARGA BARANG SEMAKIN NAIK, GAJI SWASTA TAK NAIK. MAKNANYA, GAJI KITA SEMAKIN MENGECIL.. AKTA GAJI MINIMUM PERLU DIPERCEPATKAN, DAN "INTEREST" BANK UNTUK RUMAH PERLU DISELARASKAN 4% SPT KERAJAAN UTK PEMBELI PERTAMA. ITU SALAH SATU USAHA YG PATUT KERAJAAN SKRG BUAT.
BalasPadamBlogger budiman,
BalasPadamMakcik/pakcik dikampung tak tau cerita rasuah2 ni.Yg tau pasal rasuah and inside stories ni semua ialah mereka yg disekeliling org UMNO. maknanya,kalau tak diberitahu, kami taktau.
Tapi, kami benci sebab beberapa perkara asas yg semua orang tau.
1. Tidak amalkan prinsip Islam.Kami tak expect UMNO ni pakai jubah atau jadi ustaz (kalau jadi, lagi bagus).
Tapi kami sukala kalau org UMNO ni dilihat hadir ke majlis2 agama bersama rakyat.
Walaupun hangpa kaya, kami tak kisah..infact kami happy. Tapi, kami lebih selesa dgn UMNO yg tak tonjolkan kekayaan/kemewahan..bersederhana. Hangpa nak tunjuk kat sapa? Apa niat hangpa? Org boleh tau samada niat hangpa nak 'menunjuk' atau 'membuat diri rasa yakin'.
Hangpa suka nak buh GAP antara UMNO & non-UMNO. Hangpa rasa hangpa elit/more educated. Hangpa lupa non-UMNO ada yg lebih educated tapi zuhud. Kalau dimajlis2,hangpa kat pentas duk atas kusi..org yg kat bawah melangut duk atas tikaq. Bini hangpa masuk kg pakai labuci semua, nak tunjuk kat sapa ? Bukan tak boleh...tapi tak kena tempat.
Org UMNO pandai gebang sana sini, tapi family hangpa tonggang langgang, samseng. Org tatau pasal inside story of rasuah, but org tgk, perati family hangpa. Yg tua2 duk karan rambut lagik, yg anak2 remaja/belia duk tayang keta besaq, yg hangpa sendiri duk tayang songket mahai hangpa ...that widens the GAP. We dont feel we are being represented by fairly.
Org UMNO takdak perasaan 'humble' & sederhana. Thats what makes hangpa kalah ngan Nik Aziz (walaupun dia mmg merapu meraban). He represents 'orang2 biasa' yg tatau citer inside stories. PPl are more comfortable mendekati dia dari orang UMNO (again,if we rule out the fact yg dia tu melalut).
Kami nak pemimpin rakyat bukan pemimpin politik. I have no doubt that UMNO will win PRU 13 but selagi perangai macam hampeh, it will always be short term winnings. And u bloggers akan terus penat mempertahankan mereka.
ikhlas - rakyat biasa.
sejak kita lahir, dibesarkan, sekolah, masuk univesiti dan bekerjaya semua dengan bendera dacing tulah dan peringatan buat saudara seagama semua ingatlah ketika ini dalam pemerintahan ini segala gerak-geri kita bebas sebagai contoh nak ke surau masjid orang tak kisah atau marah nak tinggalkan rumah untuk bekerja pun kita rasa selamat bahkan kita tinggalkan anak isteri sekali pn kita rasa selamat. Ini kerana pemerintahan hari ini. Pikirkanlah jika pemerintah yang tidak pernah memerintah selama ini dan yang paling penting fikirkanlah soal aqidah dan aqlak zuriat kita dimasa hadapan.
BalasPadam