Pages
▼
Selasa, 29 Mac 2011
PANAS!! APA PAS BUAT UNTUK MENGEMBANGKAN AJARAN ISLAM DI MALAYSIA? Orang Pas boleh Tolong Jawab??
Pas selalu mengutuk kerajaan Pusat, mencela segala projek pembangunan kepada rakyat. Tapi sekurang-kurangnya kita nampak apa yang Kerajaan BN cuba lakukan kepada rakyat di Malaysia. Kemajuan Islam di Malaysia pun, dirancang dan dilakukan oleh kerajaan pusat. Pas, ada buat apa-apa ke?
Pas sibuk mengatakan ramai Melayu Islam di Malaysia murtad, malah ramai lagi yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna. Yups.. itu betul dan benar, tapi walaupun begitu, Mc tengok Pas langsung tidak pernah mengadakan sebarang program atau apa-apa aktiviti untuk memajukan Islam di Malaysia, malah untuk mengurangkan masalah sosial pun Mc tak pernah dengar Pas buat, tak payah la di negeri-negeri BN, buat kat negeri dibawah dijajahan Pakatan Haram pun dah cukup, itu pun Pas tak pernah.
Nak tanya ni, berapa ramai orang Islam di Malaysia yang masuk Islam disebabkan Pas? Mc tak tahu statistiknya, tapi selama Mc dok mengikut perkembangkan Parti Pas ni, rasanya takdak kot, kalau yang ada pun penyokong Pas yang bukan Islam masuk parti Pas, atau pun yang memang Islam, masuk Islam Pas, macam Bob Lokman, lepas tu menangis, kononnya dah masuk syurga. kah kah kah.. lawak betul..
Jabatan agama Islam negeri dan Jakim yang ramai mengislamkan orang di Malaysia, malah agensi-agensi kerajaan jugak aktif dalam dakwah kepada rakyat dan memberi penerangan kepada saudara baru yang berminat untuk menganut agama Islam. Pas ada ke buat program macam ni? Apa yang Pas buat untuk aktiviti saudara baru? Kalau ada tolong beritahu Mc.
Kehidupan di Malaysia bercampur, ada baik ada buruk, tidak dinafikan memang sosialnya agak tinggi, tapi sebagai manusia, kita yang memilih jalan kita sendiri. Akal Tuhan bagi untuk membezakannya, agama menjadi pegangan, Al-Quran dan Sunnah sumber rujukkan dan panduan, jika masih lagi terpesong, masih ada lagi yang sudi beri bantuan.
Nak sembahyang? Masjid dan Surau kerajaan sediakan, dimana-mana saja pun ada Masjid dan Surau, cuma nak dengan tak nak saja. Sebenarnya Islam di Malaysia sudah disusun dan dirancang dengan teliti, cuma perlaksanaan dan aktiviti saja perlu diperkuatkan lagi. Itu perancangan oleh kerajaan Pusat, kiranya semua usaha dilakukan oleh kerajaan pusat, malah peruntukkan untuk aktiviti kemajuan Islam ditambah setiap tahun ketika Bujet tahunan negara dibentangkan.
Jika semua yang kerajaan Pusat buat tidak betul, Mc harap Pas ada cara untuk majukan Islam dengan cara Pas. Tak payah tunggu untuk memerintah Malaysia, buat dulu di Kelantan dan Kedah. Apa yang Mc nampak, Pas hanya pandai bercakap, dulu janji nak buat negara Islam, sekarang? Sejak kawan dengan Dap, negara Islam pun hilang entah kemana. Kemudian hudud, berkobar-kobar sebut pasal hudud, lepas tu? hilang juga, hangat-hangat taik ayam.
Di Kelantan, nak haramkan judi pun bergelut, bincang la, rombak la, itu la ini la. Tu baru Kelantan, soo.. apa yang Pas boleh buat untuk majukan Islam di Malaysia? Malah Apa yang Pas telah buat untuk majukan Islam di Malaysia??
Ada orang Pas boleh tolong jawabkan soalan ini tak?? Bagi satu contoh je.. tolong la..
P/s: satu je tak banyak.. kalau ada la.. heh!
Mctheory:
macam tak ada je pun.. heh!
aaa...mmm...aaa...susah soalan kau ni mc..
BalasPadamAda laa.....
BalasPadam1. Buat maksiat dibolehkan dan dihalalkan tetapi bila terasa bersalah boleh jumpa nike ajis untuk diputihkan kemdali..
2. Arak boleh dijual dikawasan melayu
3.Kitab kristian bahasa melayu dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia
4. Kedai loteri haram tetapi boleh dijual secara gelap
5. Pub dan pusat maksiat boleh dibina berdektan dengan pejabat MB supaya senang untuk dipantau.
6. Masjid di Kelantan biar kerajaan Pusat yang bina..Kerajaan negeri cuma membantu pembiayaan pembinaan patung budha..
betul la ko anak lenggong....
BalasPadamKerajaan BN adalah kerajaan double standard. Tangan kanan membina kebaikan, manakala tangan kiri membina kemaksiatan.Sape yg nak ikut Islam ada jalan, yg xnak ikut pun ada jalan disediakan. Konsep amal makruf nahi mungkar yg sebenar tidak dipraktiskan. Hasilnya lihatlah sekeliling kita. Dan bayangkan tempoh 20 tahun lagi.
BalasPadamKerajaan PAS pun adalah kerajaan double standard. Tangan kanan mempropagandakan kebaikan, manakala tangan kiri menghulur ke kemaksiatan (adun pas dan seks).Sape yg nak ikut Islam ada jalan, yg xnak ikut pun ada jalan disediakan. Konsep amal makruf nahi mungkar yg sebenar tidak dipraktiskan. Hasilnya lihatlah sekeliling kita. Dan bayangkan tempoh 20 tahun atau lebi lagi perintah kelantan.
BalasPadamKerjaan pas pernah buat berhala terbesar la, sumbangan jugak tu kan....bn mana pernah buat camtu..
Kepada yg buta sejarah, Hudud pernah hendak dijalankan di Kelantan dan Terengganu, tetapi mendapat ancaman dari Kerajaan pusat pimpinan UMNO. Alasannya ramai rakyat yg masih xfaham hukum hudud. Peliknya, undang2 lain boleh laksana terus wp rakyat xfaham dan xpernah tau. Hasilnya mengikut JPN, 1 drpd 10 kelahiran adalah anak tak sah taraf (statistik JPN 2006 -2010).
BalasPadamPerkara maksiat jangan menuding kerajaan semata-mata, jalan kehidupan adalah pilihan masing2.
BalasPadamMasjid bina banyak2 pun buat apa kalau org xde. Sbbnya rakyat lebih disajikan dgn pelbagai jenis hiburan dan keseronokan dunia. Kt sekolah pula, dah susah nak didik budak2 skrg.
BalasPadamHudud..? ada lagi ke hudud dalam agenda Pas..?
BalasPadamjangan katakan hudud... ingatkan maksiat di Selangor makin pupus, tapi makin bertambah plak.
petik kata2 Nizar, carikan saya dlm perlembagaan Pas yang mengatakan Pas hendak melaksanakan hudud.
TOLONGLAH SEDAR DARI LAMUNAN DAN JGN ASYIK MENYALAHKAN PR YG BARU PERINTAH SETAHUN JAGUNG.
BalasPadamMAKSIAT, KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA, ANAK LUAR NIKAH, DADAH, ZINA, JENAYAH BERAT MAKIN BERTAMBAH DAN TELAH SEBATI DLM HIDUP KITA SABAN TAHUN SEJAK DARI KITA MERDEKA LAGI..
HIDUP KITA SEMAKIN SENANG ATAU SEMAKIN TERHIMPIT SKRG? DULU, SIANG KERJA MALAM BEREHAT JG ANAK, SKRG? SIANG MALAM BEKERJA, ANAK TERABAI. INILAH PEMBANGUNAN DUNIAWI
Kerajaan Kelantan telah bnyk merintis dlm bnyk perkara utk kemajuan Islam dan mengukuhkan institusi keluarga. Alhamdulilah, bnyk juga yg telah ditiru oleh negeri2 lain;
BalasPadam1. Cuti 2 hari seminggu
2. Cuti bersalin 60 hari kemudian 90 hari
3. Pinjaman tanpa faedah
4. Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn)
5. Rumah Tiga bilik
6. Bantuan RM1000 utk golongan muda berkahwin
7. Masjid Cina di Rantau Panjang
7. Menutup Premis Perjudian & Pusat Hiburan serta mengetatkan penjualan arak
8. Maahad Tahfiz Sainz
9. Takaful Kifalah utk warga emas
10. Skim Takaful Warga Emas (percuma)
11. Mewujudkan urusniaga Dinar Emas/Perak
12. Skim Al-It'am (Beras Percuma untuk Rakyat miskin)
13. Skim Bantuan Armalah (ibu tunggal)
14. Rumah Dhu'afa (bantuan miliki rumah)
15. Program bulan sembahyang
16. Memperkasakan bidang pertanian sbg satu ibadah.
17. Jom Heboh Islamik dengan konsert nasyid
18. Perkenal Bulan Ramadhan Bulan Melawat Kelantan
19. Pekerja wanita Islam di permis berlesen wajib menutup aurat
20. Papan Iklan Wanita menutup aurat
21. Penggunaan takwim Islam dalam urusan Kerajaan Negeri
22. Mengutamakan penggunaan tulisan jawi di papan perniagaan
23. Pembinaan bangunan2 baru di KB yg berciri Islam
24. Penjawat awam Kelantan paling bebas rasuah (Pengakuan SPRM 2010)
Dan banyak lagi. Tp cukupla utk tatapan Mc Theory setakat ini. Mudah2an akan lebih ramai terbuka hati utk mendekati PAS bukannya mencemuh
Ore Kelate,
BalasPadamJawapan macam ni la yang Mc nak, Insyallah biar Mc kaji dulu jawapan anda, kemudian, akan ada kebenaran yang akan muncul..
Ntahla...
BalasPadamOre Kelate,
bagus, ramai orang sokong n setuju kpd kebaikan yang dibawa kerajaan kelantan..
tetapi,
orang pas, pkr n dap, tak pernah sokong dan setuju kpd kebaikan yang dibawa oleh kerajaan persekutuan.
segala apa pun yang dibuat PASTI akan kena cemuh dan hina..
suruh anak2 muda BELAJAR inggeris, pun kena kutok,
suruh SIMPAN WANG utk masa depan pun kena kutok,
suruh cari KERJA BETUL pun kena kutok,
sediakan KEMUDAHAN orang awam pun kena kutok,
suruh orang MELAYU BERUSAHA BISNES SENDIRI pun kena kutok,
beli RUMAH SENDIRI pun kena kutok,
semua kena kutok!!! kalau ada salah n silap, perbetulkan lah dengan BETUL cara yang betul.. BERGANDING BAHU SESAMA SENDIRI.. supaya RAKYAT dan PEMERINTAH senang bekerja..
susah lah nak ckp ngan puak2 pembangkang nie.. sure kena kutok!!!
kelantan hanya banyak slogan, slogan itu slogan ini, tapi hanya slogan, buat apa kalau ada hanya slogan saje tapi pengurusan tadbir negeri teruk, air pun tak terurus, banyak orang kelantan berhijrah ke luar mencari rezeki maknanya, kat negeri kelantan kurang berkah, walaupun ramai yang mendakwa ulamak, ulamak yang sebenar sikit tak suka menonjol diri, yang ada ulamak politik, ulamak yang akan memihak, tidak akan memberi nasihat yang betul, mengikut agama, kecuali kepada parti
BalasPadam