Pages
▼
Isnin, 21 Mac 2011
PERTEMPURAN DAHSYAT DI LIBYA SUDAH BERMULA.. Satu Lagi Kroni US Bakal Tumbang!!
TRIPOLI Mac - Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis membedil Libya dengan peluru berpandu Tomahawk dan serangan udara secara besar-besaran sehingga ke awal pagi ini, mencetuskan kemarahan Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan seluruh Mediterranean sebagai 'medan pertempuran'.
Kapal-kapal perang Amerika dan kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke Libya mulai semalam, dalam campur tangan Barat yang terbesar di dunia Arab sejak serangan AS dan sekutunya ke atas Iraq pada 2003, kata tentera AS.
Televisyen kerajaan Libya berkata, 64 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam serangan udara tentera bersekutu itu, termasuk gelombang serangan baru ke atas ibu negara, Tripoli awal hari ini.
Pegawai Pentagon, Laksamana William Gortney memberitahu wartawan, peluru berpandu itu 'mengenai lebih 20 sistem pertahanan udara bersepadu dan kemudahan pertahanan udara lain di darat'.
Serangan itu dilancarkan dua hari selepas resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Liga Arab meluluskan tindakan ketenteraan bagi menghalang tentera Gaddafi daripada menghancurkan pemberontakan terhadap pemerintahan autokratik pemimpin Libya itu.
Wartawan AFP berkata, bom-bom digugurkan awal hari ini dekat ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, Bab al-Aziziyah, dibalas oleh tentera Libya dengan bedilan antipesawat udara yang berlarutan selama 40 minit.
Televisyen kerajaan sebelum itu berkata, beratus-ratus orang berkumpul sebagai perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa Tripoli.
Serangan tentera bersekutu itu bermula pada 1645 GMT semalam (12.45 malam tadi waktu Malaysia) dengan serangan jet pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan yang dikatakan dinaiki oleh tentera pro-Gaddafi.
Gaddafi dalam mesej ringkas yang disiarkan oleh televisyen kerajaan mengutuk serangan itu sebagai 'keganasan tentera salib yang kejam dan tidak wajar'.
Beliau berikrar akan melancarkan serangan balas ke atas kedudukan tentera dan awam di Mediterranean, rantau yang telah bertukar menjadi 'medan pertempuran sebenar'. - Utusan
Gaddafi ni dulunya salah satu sahabat-sahabat U.S di rantau Arab. Dia pun sama juga seperti Mubarak di Mesir yang di 'bela' oleh U.S sekian lama. Makin lama, makin tersungkur kroni-kroni U.S di Arab, mula-mula Sadam Hussien, lepas Mubarak dan kini Gaddafi pulak. Kat Malaysia pun ada 'sekor' Melayu berjiwa U.S yang teringgin nak jadi Presiden Republik Pertama tak percaya baca kat sini.
P/s: jangan berkawan dengan syaitan, nanti makan diri..
Mctheory:
U.S umpama dajal di dunia ini, baiknya selalu ada makna..
Pemberontakan dimulakan oleh rakyat Libya...berakhir dengan Libya diserang.
BalasPadamLibya huruhara...rakyat Libya(termasuk pemberontak)menderita.
Pemberontak dapat apa?
Pemberontak yg didalangi pembangkang SEBENARNYA telah MEMBUNUH rakyat mereka sendiri.
sudah terlambat..Liga arab kata mereka hanya izin no fly zone..mereka dah lupa sejarah..tentera2 kafir akan terus membunuh selagi namanya umat islam..ini kan pula dibei lesen oleh liga arab..betapa bodohnya negara arab..moga tsunami menghancukan mereka..
BalasPadamPemberontak xsalah sbb depa ni rakyat yg tertindas. yg salah adalah si Diktator Gadafi yg xletak jwtn. Hasilnya, si Celaka Amerika-Yahudi dan konco2nya mendapat alasan utk menyerang dan menjajah 1lg negara Islam. Nasib Libya akan menjadi spt nasib Iraq jua. Akhirnya umat Islam termasuk kita juga yg rugi.
BalasPadamSama2lah kita doakan agar Allah menolong rakyat Libya dan menjatuhkan penjajah Yahudi-Amerika dan rejim Gadafi.
BalasPadam