Pages
▼
Khamis, 24 Mac 2011
PRN SARAWAK!! PEHIN SERI TAIB MAHMUD KEBAL DI SARAWAK!! Anwar boleh jalan daa..
Kita ubah bicara mengenai video seks ke PRN Sarawak, bosan juga Mc, asyik bincang isu video seks Anwar yang kita sendiri pun belum tengok. Baru-baru ni Mc terjumpa dengan rakan lama Mc, orang Sarawak, dia ni anak kepada Wan Yep Mohdzar, antara orang-orang yang ada nama di Sarawak, kiranya bau-bau bacang dengan Taib Mahmud.
Mc ajak dia lepak kat kedai mamak, dah lama tak jumpa, lama jugak la Mc burak dengan dia. Sedang seronok berburak, terkeluar topik politik. Mc tahu dia ni antara penyokong kuat Anwar, memang hard core punya fans la. Mc cuba usik dia dengan soalan-soalan berbau politik, mana tau dapat korek apa yang patut. heh..
Dia tahu Mc ni UMNO, jadi dia pun jawab macam tak jawab. Takdak yang menarik, tapi bila Mc ajukan soalan mengenai PRN Sarawak, dengan tegas dan lantang dia jawab, "Kalau Sarawak, mimpi ngeri la Pakatan, jangan kata nak usik, nak cuit pun belum tentu dapat". Dia terus menyambung, "politik Sarawak tak macam semenanjung, Taib Mahmud kat Sarawak umpama Perdana Menteri, cuma kita memanggilnya dengan panggilan Ketua Menteri, sebenarnya beliau Perdana Menteri Sarawak".
Kawan Mc ni sambung lagi, "Orang Sarawak majoritinya sayangkan Taib Mahmud, walaupun beliau kaya, tapi beliau tidak lupa pada rakyat dibawahnya. Kemajuan di Sarawak datang dari air tangan Taib Mahmud. Orang kat sini tak faham, Sarawak bukan tak maju, tapi agak susah nak dimajukan. Ini kerana di sana masih lagi terikat dengan budaya dan tradisi kaum yang kuat, mereka sudah selesa dengan kehidupan sebegitu, jika salah ubah, mau diperanginya kita nanti".
Suka Mc mendengar panjang lebar keterangannya mengenai Politik Sarawak "kalau Taib Mahmud nak majukan sebuah bandar, bukannya tak boleh, contohnya bandar Petrajaya, sebuah bandar terancang dan prasarana yang lengkap. Masterplan bandar juga dibuat sendiri oleh Taib Mahmud, jikalau nak bandingkan Petrajaya dengan bandar besar di Semenanjung ni, bagus lagi Perancangan Bandar di Petrajaya". Katanya lagi.. sambil Mc mengangguk.
Kiranya mengikut pendapat kawan Mc ni, Pakatan Haram yang datang dari Semenanjung ni memang tidak mempunyai peluang untuk menguasai Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud tersangatlah kebal. Kalau puak Pakatan ni nak menang pun, mungkin la ada satu dua kerusi, itu pun kena minta pertolongan dari pembangkang yang asalnya dari Sarawak. Kalau tak takdaknya orang Sarawak nak mengundi puak pakatan ni.
Bila kami dah nak balik, Mc bagi soalan cepu emas, "ko kan hardcore fan Anwar, kenapa ko boleh menyanjung Pehin Sri?" Sambil tersengih dia menjawab. "Kalau ko nak bandingkan Taib Mahmud dengan Anwar, kami orang Sarawak lebih hormatkan Taib Mahmud sebagai pemimpin utama kami".. Mc menganggukkan lagi kepala macam orang bodoh, sambil berkata "ooOOoooOOo..".. he he he..
Akhirnya Mc semakin faham dengan suasana dan situasi sebenar politik di Sarawak, Mc ni agak 'buta' dengan keadaan politik disana. Mc harap pembaca juga memahami dengan keadaan politik Sarawak yang berbeza dari semenanjung.
Pesanan terakhir kawan Mc pada Mc. "Jaga-jaga kempen politik disana, salah kempen (salah masuk kampung) mau kena potong (bunuh) tanpa rekod, orang sana tak suka diganggu orang luar".
ngeri juga dengarnya.. heh..
P/s: pesanan tu untuk puak pakatan je, Mc orang Pehin.. hehe..
Mctheory:
Nampaknya.. mimpi sedih lagi la Pakatan nak take over Sarawak!!
pehin tu budu. x bela rakyat, kaya sorng2, singkirkn aje.
BalasPadamjgn yakin sgt bro..dengar cerita ada yg nak buat undi protes..so actually seram la kan kat sarawak ni..
BalasPadamSalam sahabat, saya ingin join, mohon perkenan submit link saya kedalam blog Tuan
BalasPadamhttp;//www.KemBalakEnterprise.blogspot.com