Pages

Rabu, 2 Mac 2011

TERKINI!! PRK KERDAU!! RISALAH BERACUN MENGHANTUI ANAK MUDA FELDA!!


Foto ini telah di hantar oleh blogger Generation Cyber yang sekarang ini sedang berada di DUN Kerdau. Menurut beliau yang kebetulan berada di Felda Jengka 22,23 dan 25, kalender kecil dengan propaganda PAS ini sedang di edarkan oleh Calon PAS kepada orang ramai.

Secara kesimpulan, apa yang di nyatakan di dalam propaganda PAS ialah :

1) 2011 - Masa Untuk Berubah
2) 2011 - Adalah Tahun Milik Anak Muda

Seterusnya mengajak anak muda bersama PAS membuat perubahan. Dari kalender ini, kita dapat kaitkan propaganda PAS dengan apa yang sedang berlaku di Timur Tengah sekarang. PAS sedang mengambil kesempatan membawa semangat kebangkitan anak muda di sana untuk dilakukan juga di Malaysia.

Namun PAS lupa bahawa Kerajaan Barisan Nasional sangat prihatin kepada orang muda dan orang muda sekarang bukan lagi mudah untuk ditipu. Propaganda yang mereka lakukan ini sebenarnya akan berpusing dan berpihak kepada Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Barisan Nasional telah banyak berjasa kepada rakyat. Lihat sahaja apa yang telah mereka lakukan untuk membawa pulang semua pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir baru-baru ini. Walaupun ada di kalangan mereka yang tidak mahu berterima kasih kepada Kerajaan, namun YAB Perdana Menteri sedikitpun tidak tersinggung kerana kerajaan di bawah kepimpinan beliau tidak mengharapkan apa-apa balasan. Akhirnya, anak-anak muda ini sedar sendiri dengan keikhlasan Kerajaan...

Percayalah, dengan pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak, pada pilihanraya kecil dan seterusnya PRU ke 13 nanti, anak-anak muda ini sudah kembali menyokong Barisan Nasional. Sama-samalah kita lihat nanti.

Anak Jati Felda


Mctheory:
Update dari Anak Jati Felda memang dahsyat!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!