Pages
▼
Rabu, 6 April 2011
PAS PEMBUNUH BUDAK!! Kejam betul Ustaz Pas ni!!
PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.
Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah dibawah kelolaan parti Pas itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.
"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Selasa.
Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang menambah, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.
Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan pula berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.
Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.
"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya. - Bernama
Komen:
Memang haram jadah Cikgu Pas tu!! Dua jam dia pukul budak tu tanpa henti. Dia tuduh budak tu mencuri, kemudian hentam habis-habisan. Budak tu baru umur 7 tahun, kenapa la nak pukul teruk-teruk. Agak-agak nak bergaduh, cari la yang sama saiz. Ini la mentaliti kebanyakkan orang Pas. Otak ada, Akal takdak. Sebab tu orang macam ni boleh sokong Pas.
Islam mengajar kita jadi kejam macam ni ka? Patut belasah cikgu Pas tu ramai-ramai, biar dia tahu macam mana rasa sakit kena belasah!!
Mctheory:
Haram jadah sungguh!!
boleh minta maaf aje?. Tu ustaz, otak dah kelabu dg politik bengong
BalasPadamKenapa nak kaitakan dgn PARTI pula?? Sblm ni bnyk kes kematian berkaitan penjawat awam Kerajaan Pusat, xpernah pula dikaitkan dgn PARTI. MMG DASAR BUSUK HATI DAN PEDAL BETUL KORANG NI!!
BalasPadamKebanyakan penyokong PAS ni tak da otak. Sokong buta buta je, mcam kes budak ni jugak, belasah budak buta buta...
BalasPadam