Majlis Pertunangan Anak DS Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pertunangan anak perempuan mereka Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22, yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, malam ini.
Kelihatan Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan bersalaman dengan Noorhayana Najwa.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nurzahirah serta Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Hajah Kalsom berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.
Mc ambil cerita ini dari blog pembangkang!
Mc berharap Wisma Putra mengeluarkan kenyataan mengenai penjelasan ini. Dulu kecoh DS Najib ke Kazakhstan mengunakan wang kerajaan untuk urusan peribadi. Kemudian Wisma Putra mengeluarkan kenyataan dan menjernihkan kembali keadaan,
Kini benarkah majlis pertunangan anak DS Najib diadakan malam ini?
Daniyar Nazarbayev bersama Nooryana Najwa |
Mc minta penjelasan dari Wisma Putra.
Sebagai blogger yang menyokong kerajaan, isu ini benar-benar bola tanggung bagi puak sebelah sana.
McTheory:
kenapa la kita nak bagi orang ketuk kita?
ya Allah! soal jodoh pun nak dipolitikkan ka? betui2 dah tolak qadar & qhada' Allah! bukankah ajal maut, jodoh pertemuan hak Allah SWT belaka? yg tak dicaripun akan dapat kalau dah Allah firman KUN FAYAKUN!!!!
BalasPadamEntah, dah jadi PM anak tak boleh bertunang? Buat kecil di fitnah, buat meriah juga akan di fitnah.
BalasPadamBertunang, tidaklah langsung seburuk melanggan China Doll beb!!!
Saya pun sokong kerajaan BN juga. Tapi cara isu ini diselesaikan sebelum ini saya lihat tidak profesional dari segi PRnya. Jangan nafikan jika memang tahu ia perkara sebenar berlaku atau akan sebenar berlaku. Rakyat akan tahu juga akhirnya. Peliknya ada menteri yang buat penafian dan ditambah dengan agensi kerajaan sperti wisma putera. Aneh bukan ! memang aneh. Nampak macam panik sahaja. Nah, sekarang apa sudah jadi...nanti orang tak percaya you.
BalasPadam