Pages

Khamis, 16 Jun 2011

GEGAR LAGI!! NGO MELAYU BERKUMPUL DAN BERSATU MENENTANG PUAK BERSIH!!


KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergabung membentuk Gerakan Anti Bersih bagi menentang perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) pada 9 julai ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira kesan perhimpunan tersebut yang boleh menggugat keamanan negara dan keselamatan rakyat.

Beliau juga yakin perhimpunan tersebut mempunyai agenda tersembunyi dan bukan semata-mata mahukan pilihan raya bersih seperti diuar-uarkan.

"Tindakan untuk adakan perhimpunan itu (Bersih 2) adalah tidak munasabah. Tidak masuk akal untuk kumpulkan ratusan ribu orang di jalanan semata-mata mahu membentuk pilihan raya yang adil.

"Jadi, kami akan menentang habis-habisan perhimpunan tersebut. Kami juga akan berkumpul seperti mereka pada 9 Julai nanti kerana bagi kami mereka telah mencabar kedaulatan negara dan tidak harus dibiarkan sahaja," katanya di sini malam ini.

NGO yang terlibat dengan Gerakan Anti Bersih antaranya Perkasa, Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan, Persatuan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan dan Persatuan Anak Kelantan Wilayah Persekutuan.

Turut hadir ialah YB Dato Zulkifli Nordin dan YB Dato Seri Zharin yang telah memberi kata putus untuk bersama membantah perhimpunan Bersih.

Zulkifli Nordin yang mempunyai pengalaman serta pernah menjadi ketua didalam perhimpunan saperti itu berkongsi pengalaman dengan para hadirin berkenaan kemungkinan perkara perkara yang boleh berlaku jika Perhimpunan Bersih ini di benarkan.

Beliau juga berkata kemungkinan perhimpunan Bersih kali ini ada kaitan dengan perkara perkara tertentu yang orang ramai telah sedia maklum.

McTheory:
Bangkit!! bersama kita membantah.. lahanat Bersih yang buat onar di muka bumi kita..

3 ulasan:

  1. manela hishamudin ni..xtegas lgsg..kecewa ak..ak bnci tgk negara kecoh..xde isu djadikan isu..ni la..ngo pun same nk berarak mmbntah..sng citer..polis kne tahan sume yg berarak utk brsih..xpyah tunggu depa berarak..susah sgt mcm ni..kecohla..org bodo je join demo bodoh mcm ni..sume kerna gila kuase..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!