Pages

Isnin, 13 Jun 2011

GEMPAR!! RUPANYA MAT SABU DI BELOT OLEH AHLI PAS DAN PKR SENDIRI!!


Mc ni selalu menjelajah dari satu blog puak pencacai Pakatan, ke blog pencacai yang lain. Bukannya apa, nak baca juga hujah puak-puak ni. Nak tengok juga, tulisan mereka tu mampu tak nak menarik minat orang membacanya.

Sedang-sedang membelek, Mc terjumpa satu Blog yang agak bagus rankingnya.. dan mengutarakan topik yang sangat menarik, mengenai permainan orang dalam PKR dan Pas untuk menjatuhkan Mat Sabu. Kiranya ini merupakan satu cerita sensasi bagi Mc.

Mc tak tahu ceritanya betul ke tak, cuma cara penceritaannya tu, bagi Mc, nampak lebih banyak tak betul dari betul. Pembaca cuba baca sendiri la.

Kat bawah ni petikan dari artikel tersebut,

Hari ini terbongkar bahawa gambar tersebut adalah perbuatan orang atasan PKR sendiri, memandangkan perkara tersebut telah lama berlalu maka gua tak mau kecoh2. Apa yang gua nak kecohkan sekarang ini adalah tentang penyebaran video seks Mat Sabu pula.


Video pertama (CD-1) di edarkan kepada para Perwakilan sebelum Muktamar PAS tempohari bagi mempengaruhi Perwakilan tidak mengundi Mat Sabu, projek tersebut gagal mencapai matlamat mereka, Mat Sabu tetap menang hahahaha.... terkedu puak2 UG... kah...kah...kah...


Maka di lancarkan Video Kedua (CD-2), untuk merosakkan imej Mat Sabu... kali ini siapa yang lantang bersuara berkaitan video kedua ini... hahahaha... beliau ialah pompuan atasan dalam PKR, lu orang carilah kenyataan akhbar pompuan ini yang menjadi pencacai tegar orang atas... atas.. atas... lagi dalam PKR.


Kalau pembaca semua boleh tahan muntah dan nak baca tulisan tu, boleh klik sini.

Kalau muntah, bukan masalah Mc, itu tanggung sendiri. he he he..

Kalau benar bagai dikata, sememangnya Mat Sabu ni tak lama pegang jawatan tu. Dengar kata Pas bagi Mat Sabu pegang jawatan tu pun sebab nak suruh Mat Sabu lawan UMNO habis-habisan. Kiranya Mat Sabu ni senjata sulit Pas la. Ciss.. macam UMNO takut sangat dengan Mat Sabu tu. tuihhh!..

Ustaz Nasa pendekatannya lebih lembut dan menurut berjuang secara Islam. Mat Sabu pula lebih keras, dan Islam boleh tolak ketepi. Tambahan pula Mat Sabu ni penyokong kuat penyatuan diantara Dap dan Pas. Sebab tu kepimpinan Pas memberikan kemenangan kepada Mat Sabu.

Atas sebab itu barula hubungan Pas dan Dap lebih akrab, sebab pemimpin no dua tertingginya Pro Dap.

Sebenarnya bagus juga, Mat Sabu jadi orang besar Pas, kerana Mat Sabu ni bukannya pandai tadbir, dan pula orang Pas sendiri pun ramai yang tak suka dia. Nescaya, pasti Pas lingkup lebih cepat. Insyallah..

McTheory:
Jika benar Pas parti Islam, kenapa setiap permintaan Pas, Allah tidak pernah perkenankan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!