Pages

Isnin, 20 Jun 2011

GERTAK!! PERKASA TUNJUK TARING!! LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP BERSIH!!


KOTA BHARU Jun - Hampir 2,000 penyokong Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), berarak serta membuat laporan polis di sini hari ini, bagi membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kota Bharu dan diketuai Presiden MTRK, Azmi Ali.

Azmi berkata, MTRK dan Perkasa yang sentiasa mendokong keharmonian serta keamanan rakyat dan negara, tidak rela prinsip demokrasi negara berperlembagaan diperkotak-katik oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan politik.

"MTRK dan Perkasa tidak nampak apa-apa faedah yang bakal diperolehi rakyat di sebalik perhimpunan haram Bersih itu melainkan huru-hara atau ketegangan," katanya semasa ditemui hari ini.

Turut hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Biro Antarabangsa Perkasa Pusat, Datuk Mustapha Yaakub.

Azmi menjelaskan, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perjalanan proses pilihan raya boleh menyuarakannya melalui mahkamah dan bukannya di jalan raya.

Beliau berkata, jika mengambil kira sentimen itu, rakyat Kelantan juga boleh mengambil langkah sama kerana tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan negeri sepanjang 21 tahun memerintah.

Di KUALA LUMPUR, lima laporan polis dibuat pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan haram itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Laporan itu dibuat pada pukul 12 tengah hari oleh Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Wira Perkasa, Wirawati Perkasa Malaysia, Wira Perkasa Parlimen Batu dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM).

Menurut Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader, tindakan Bersih mengadakan perhimpunan akan mengganggu ketenteraman awam dan mencemar imej negara di peringkat antarabangsa.

"Kami khuatir perhimpunan itu didalangi 'tangan-tangan' yang keji dan kotor serta menjejaskan pelaburan asing serta kedatangan pelancong ke Malaysia," katanya.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, pihaknya bimbang jika perhimpunan itu diteruskan akan menimbulkan rusuhan rusuhan seterusnya mencetuskan keadaan huru-hara.

Di ALOR SETAR, kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir di sini hari ini, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih itu.

Kumpulan berkenaan berhimpun secara aman selama 30 minit sebelum berarak kira-kira satu kilometer seterusnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi.

Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail percaya perhimpunan Bersih didalangi individu tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi.

Kata Mohd. Yusoff, penganjuran perhimpunan Bersih hanya merugikan orang Melayu kerana percaya ramai peserta terdiri daripada kaum itu.

"Perkasa akan menentang sekeras-kerasnya perkara yang melibatkan perpecahan bangsa lebih-lebih lagi jika orang Melayu diperalatkan demi kepentingan peribadi," ujar beliau.

Di KLANG, laporan polis dibuat Perkasa Daerah Klang terhadap perhimpunan haram itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Perkasa Klang, Rahman Saat berkata, pihak yang menganjurkan perhimpunan itu sengaja ingin mewujudkan suasana tidak harmoni di negara ini. - utusan

Bangkitlah bangsaku, bangkitlah bersatu menentang musuh negara. Aik! Perkasa saja yang turun padang? Mana geng Pekida? Double 7? Kata pejuang fisabillilah, masa ni la nak tunjuk teror, setakat teror dengan kaum sendiri dan anak dara orang saja buat apa.

McTheory:
Cakap bergegar-gegar.. jumpa cina, menikus macam kucing..

1 ulasan:

  1. salam...
    blog tuan telahpun dilinkkan ke blog saya.
    harap dapat linkkan juga blog saya di blog tuan.
    terima kasih!

    http://jendelamy.blogspot.com/

    BalasPadam

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!