Pages

Selasa, 7 Jun 2011

JENAYAH!! REMAJA DI ROMPAK, DI RABA DAN HAMPIR DI BOGEL!!


KUALA LUMPUR: Dua pekerja perempuan sebuah kedai serbaneka berusia 18 tahun bukan saja diraba tiga lelaki sebaliknya mereka dipaksa berbogel dalam satu kejadian samun di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, di sini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, kedua-dua mangsa terselamat daripada dibogelkan apabila melarikan diri sebelum mengunci diri mereka dalam sebuah stor.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila kedai berkenaan dimasuki tiga lelaki yang memakai topi keledar.

“Mangsa dan rakan yang menyangka tiga suspek adalah pelanggan terkejut apabila dua daripada lelaki terbabit memanjat kaunter bayaran.

“Dua mangsa yang tergamam dipaksa seorang daripada suspek supaya menyerahkan telefon bimbit,” katanya.

Mangsa enggan lalu diarahkan menanggalkan pakaian sambil diraba.

Nasib baik mangsa sempat melarikan diri dan bersembunyi kalau tidak nescaya mangsa tentu akan diapa-apakan.

McTheory:
Ini nak merompak ke, nak mengatal? celaka betul!! geng Mat Sabu la ni!!

1 ulasan:

Segala Komen Anda Adalah Tanggung Jawab Sendiri.

Harap Maaf dan Harap Maklum!